assalamualaikum dan selamat hari raya lagi sekali hehe ('o') kali ni nak cerita pasal sambutan hari raya dan persediaan semasa syawal..raya aritu aku balik awal dari orang lain, balik hari khamis dah kat kampung dah then khamis depannya dah start kerja lak..tapi tak rasa menyesal sebab dapat join untuk persediaan raya contohnya mengacau dodol, bakor lemang, tgk orang masak tempeyek, melibatkan diri dalam aktivit merendangkan ayam dan menganyam ketupat (haha matila propa je). siap ada aktiviti merayau kampung macam YB, aktiviti menyumbang dan main bunga api n mercun, tp mercun bodoh2 je la, tak berani nak main yang ekstrem sangat. malam raya tu menantu mak dari seberang perak bawak bunga api untuk merdeka tu meriah la jugak..untuk aktiviti lain aku dah letak keterangan kat gambar yang disertakan. cukup malas rasanya nak mengarang panjang2..kalau nak tau bacala tulisan yang ada kat gambor tu..sekian wassalam
No comments:
Post a Comment