Monday, June 27, 2011

PudiNg RoTI

assalamualaikum semua pembaca-pembaca yang masih setia nak membaca blog aku ini yang semakin berkisarkan kepada makanan. Bukannya apa, sekarang ni aku ngan kawan tgh mood nak memasak2 plak but bukan yang tahap professional seperti mamasak nasi beriani kambing berempah. Cuma benda yang simple mimple macam membuat puding roti nih. First time aku makan benda ni rasanya kat buffet hotel, masa tu rasa macam english man sangat makan benda-benda macam ni and never know yang nak membuatnya agak mudah dan cepat sambil menonton tv cerita anakonda pun boleh buat.
Bahan-bahan yang nak guna pun macam bleh ada kat dalam peti ais rumah orang yang dah beranak pinak or bujang yang bergaya. Kalau bujang tu sekedar kiut macam aku je makanya nak menyediakan puding roti ni pun terpaksa mejengah pintu peti ais kat tesco tu, maklumla peti ais yang ada kat rumah adalah comel seperti aku. Bahan-bahan perlu ada yang senantiasa ada stoknya kat rumah aku adalah roti ngan telur je, but mentega, tepung kastad ngan susu segar kena beli. tapi dalam kes pembuatan puding roti kali ini thanks to faiz sebab telah memprovide bahan-bahan yang diperlukan macam 2tbsp tepung kastad, 8 keping roti disapu mentega, 750ml susu segar, 5 biji telur dan segenggam coklat cip hershey separa manis dan 6tbsp gula dan 2tbsp vanila essen. Apabila bahan-bahan telah tersedia depan mata maka kerja-kerja memukul telur bersama gula bolehlah dilaksanakan, macam aku contohnya masa tu menggunakan whisker je ye tidak mampu untuk memiliki mixer lagi. so pukulla telur ngan tabah sampai dia kembang mekar then masukkan susu yang telah dipanaskan. masa panaskan susu jangan sampai mendidih ye, buat dia separa mendidih je then masukkan esen vanila dan tepung kastad kacau jangan dia berketul2. sebelum melakukan perkara-perkara diatas adalah lebih afdhal sekiranya roti2 yang dispu mentega dipotong2 dan disusun sesedap hati kat dalam loyang disamping menabur cip coklat atau kismis. kendiannya bolehla bahan susu, gula dan vanila tadi dituang kedlam loyag dan dibiarkan dalam 15minit biar roti mengembang dan menyerap susu tu. Lepas rasa roti dah kembang tahap maksimum then masukkan dalam oven yang panas pada kepanasan 280degree selama 30menit. Pintu oven dibuka selepas 30menit maka siaplah puding roti itu, nak cuba elok masak ke tak cucuk dengan lidi kata orang tapi masa tu aku takde lidi so aku tikam je ngan pisau. kalau keluar bersih maknanya dah elok la tu.

Kalau terasa nak lidah lebor bolehla makan terus but baik tunggu la sejuk dalam peti ais barang semalaman untuk dijadikan breakfast omputih yang dihidangkan bersama baki susu segar. hahaha...nak buat dia punya kastad sos pun senang, panaskan susu + kastad + gula...kacau sampai memekat.

Monday, June 20, 2011

Kek Hari Jadi untuk Apak


Semalam ahad ketiga bulan june adalah hari bapa sedunia dan hari ni 20hb june 2011 plak adalah ulangtahun kelahiran apak aku yang ke 64. Bersempena dengan itu aku selaku anaknya adalah wajar untuk mengucapkan selamat hari jadi kat apak aku. Selantaran itu juga aku dengan gigihnya telah menyediakan ket diatas spesel untuk bapak aku dan juga untuk jamuan mata korang-korang yang memandangnya.

DOA HARI LAHIR
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.


Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin.
Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]

sumber: sini




Sunday, June 19, 2011

Apak aku anaknya 12 orang

Assalamualaikum dan selamat hari ahad pembaca tegar blog aku ini. hari ni hari ahad dan hari ni jugak adalah merupakan hari sambutan hari bapa sedunia. so dikesempatan ini aku nak menyampaikan ucapan hari bapa kat apak aku yang telah dengan jayanya membesarkan 12 orang anaknya yang bermacam karenah dan gaya sampai jadi orang. Alhamdulillah atas tunjuk ajar dan panduan hidup yang sempurna dari kedua orangtua aku so takdelah antara anak2nya yang mengalami masalah sosial yang terlampau macam anak-anak muda zaman kini. melalui pandangan mata aku yang biru ni aku rasa bebudak skang ni sangat terspoil. Apa nak semua dapat. dan atas sebab itu jugak aku mengucapkan terima kasih kat apak sebab tak memanjakan kami-kami ini. masa bebudak dok main video game kami kena gi kebun tanam pisang [walau sebenarnya aku main pondok2]. Tapi masa tu takdelah plak terdetik kata kenapa aku kena gi kebun, follow aje la bila diajak, never say never kat arahan mak or apak aku. Apakah rahsia mereka membuatkan kami-kami ini memfollow cakap mereka. Nak kata apak aku ganas asyik merotan takde gak...tapi masa tu macam bila apak kata kita buat, takde nak melawan sangat2...tu sebab pergi kebun but main pondok2 hahah...at least arahan pertama dipatuhikan. Rasanya bapak2 zaman skang ni kena belajar la cara orang2 yang dulu mengajar anak diorang so nanti akan dapatla anak-anak yang baik macam aku ni hohoho.

Kalau nak cakap pasal jasa bapak aku dalam membesar dan mendidik aku banyak sangat kot, so kat kesempatan ini aku nak mengucapkan TERIMA KASIH yang amat sangat kat apak sebab dah membesarkan dan mendidik aku dan adik beradik aku yang lain dengan jayanya... nak cakap depan2 malu so aku tulis kat sini and harap ucapan aku ini akan disampaikan oleh angin kepadanya...hahaha ayat jiwang sangat.

Wednesday, June 15, 2011

biskut cokelat cip

 Assalamualaikum dan hahaha kepada semua pembaca, nampaknya belog ini sedang mengalami evolusi untuk menjadi sebuah blog yang memberikan menu2 untuk masakan terutama untuk panduan para gadis-gadis metropolitan yang sedang mengharapkan pedoman cara-cara untuk menyediakan makanan yang cukup sekedar mengisi perut.

Malam tadi aku ngan Faiez Buer dengan gigihnya telah membakar biskut cokelat cip sesudah dinner nasik lemak makcik balik mekah. Bercita-cita setinggi gunung nak buat cokelat cip rasa macam famous amos rupenye tak cukup hebat lagi, sipi-sipi je lagi nak rasa macam famous amos. Tapi untuk percubaan pertama malasla nak tunjuk terer sangatkan so aku buat la macam kuih yang nak dihidangkan diatas meja di Aidilfitri je. Tapi syukur alhamdulillah untuk percubaan pertama it was better than good enough. leh jugakla buat kudap-kudapan sambil menonton sinetron kat tv3 tu.


Untuk menjayakan pembuatan cookies ini kelmarin lagi kami dah ke tesco membeli bahan mentahnya ye, semalam sampai rumah dari kerja terus mencairkan 275g butter pada suhu bilik. Bila butter dah mula melembut iaitu jam 830malam aku masukkan 1.5 cawan gula perang, 2biji kuning telur dan 2st esen vanila. Kemudian dipukul sehingga gebu, aku pukul guna whisks tu tau sebab masih belum mampu utk memiliki mesin pemutar tu huk huk so anyone yang nak belikan utk aku? sambil2 aku memukul telur si faiz plak mengayak tepung, tepung jagung 2 cawan, tepung gandum 2 cawan, soda bikarbonat 1,5st ngan serbuk koko 0.25 cawan. Siap ayak cantik membentuk banjaran himalaya hehe..then dah siap ayak masukkan semua bahan ayak skali nngan butter pukul tadi kacau sampai sebati, kendiannya rangup2kan kepingan badam dan masukkan skali ngan cip coklat ca hershey yang separa manis tu.


Sampai kul 1.30 pagi jugakla aku duk mebakar cookies ni pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit untuk setiap bakaran. Memandangkan sekarang ini zaman mikro so aku sebagai masyarakat yang mengikut perkembangan semasa hanya ada oven bersaiz mikro yang mengizinkan aku membakar 15 keping je setiap kali. Jenuh ok nak tunggu habiskan semua huhuhu...tapi rasanya berbaloi la aku siapkan semalam so arini aku leh fokus kepada benda2 lain hahaha...macam orang penting je aku tulis. Theologi dalam proses membuat cookies ini adalah: Semuanye memerlukan pengalaman, alah bisa tegal biasa. so nanti next time aku akan buat yang sebijik macam famous amos punya cookies...

ucapan terima kasih jugak aku sampaikan kepada reen sebab memberikan resipi kukis ni, cumanya air tangan aku tak cukup hebat lagi untuk memperfectkan kesedapan kukis ni. Dikesempatan ini juga aku membuka peluang kepada makcik2 dan kakak dan abang2 diluar sana untuk membuat tempahan sempena Ramadhan yang semakin hampir ini.

Monday, June 13, 2011

Projek Rhizo at PD



Assalamualaikum...Kali ni nak bercerita pengalaman membakau bersama volunteer untuk projek rhizo anjuran sime darby kat PD. Kawan aku yang kerja kat sana telah membantu untuk meregisterkan aku ngan beberapa orang lain untuk join projek membakau kat PD ni.

Ahad 12 Jun 2010 - kul 5.30 pagi dah bangun untuk brersiap gi membakau, kejut kawan depan rumah dalam kul 6.00 lepas semayang subuh gerak gi ambik kawan kat Puduraya dia turun dari Penang. Sebab bangun pagi sangat otak biol sikit2 so ppergi suruh kawan aku buat kerja sia2 drive masuk MEX padahalnya aku sendiri pun tak paham motip aku suruh dia ikut MEX tu, memang sepanjang kat MEX rasa sesia tapi aku senyap je haha...Sampai Wisma sime darby lajak 10minit dari masa yang ditetapkan iaitu 6.30. Tapi rupanya kelewatan kami tidak memberi kesan kerana dekat pukul 8.00 baru bergerak ke Port Dickson naik bas sewa khas. Sampai kat PD dah dekat pukul 10.00 ambilkira tempoh sesat, huhuhu sedikit nasihat untuk penganjur sila servei dulu tempat yang nak dituju ye. First station SD promosi diorang punya stesen janakuasa as we all semua sedang kelaparan dan kesejukan dan perasaan ingin kencing yang meluap2 dengar sipi sipi je penjelasan yang diberikan oleh pegawai kat situ. Salah satu perkara yang didengar adalah pembinaan ruang kedap bunyi untuk elak orang sekeliling bising. Janji manisnya konon breakfast at the lakeside but at that time sebab dah terlewat so aku hanya mampu memandang bihun goreng and kuih2 yang dihidang dari dalam bas memandangkan bas tu pun lalu je kat kawasan tu sebab dah terlari dari schedule. Seriusly masa tu memang aku rasa geram-geram ayam ngan penganjur hahaha.

sebbaik la penganjur bawak makanan2 tu ke tepi pantai kat tempat nak membakau plak, dapat jugakla makan bihun goreng yang hanya dijamu mata tadi. Sampai kat Pantai Cahaya Negeri ada la penerangan pasal cara2 nak membakau tu but as my stomach already hungry so again i dont care what they are talking abbot haha..

nanti sambung balikkkkk.............hahaha jalil mcm bizi....aku dah sambung balik dah kalau nak baca klik butang read more kat bawah..