Tuesday, March 1, 2011

End of season...


Gambar penghias blog diatas mempamerkan Halim yang tengah gigih mengkopak durian dan ditunggu dengan tabah oleh faiez n aku (xde dlm gambar). aku bukan taknak tolong kopak tapi secara jujurnya mengaku memang aku tak berapa terer nak bukak buah durian tanpa kelengkapan lengkap. so thanks to halim sebab dia dengan setianya menjadi pengkopak durian dan sebagai tanda terima kasih kali ni gambar dia aku letak sebagai pembuka story...

kali ni aku nak berblog pasal musim durian yang melanda daerah tempat tinggal aku dikebelakangan 2 bulan ini, yang aku tau berdasarkan pengalaman lalu, musim durian ada 3 peringkat; memula dia luruh sikit2 - buang buruk katanya pastu jatuh dengan jayanya dan meriah - masa gegak namanya dan lastly yang last2 ni buahnya dah sikit balik dipanggil sebagai buah batu. makanya nasihat bijak membeli durian dr aku adalah: masa yang terbaik kalau nak cari buah durian adalah masa dia tengah2 musim masa tu kononnya buah durian berada dalam kondisi yang terbaik isi yang kuning dan gebu. manakala diwaktu awal kejatuhannya kebanyakannya adalah mangkor(isi keras/muda) ataupun banyak yang rosak, dan diakhir kejatuhannya plak isinya kurang sedap n banyak biji berlapis kata sesetengah pihak profesional. teknik nak tau durian tu masak ke tak pun ada banyak; leh bau, campak n garu dia.
Durian ni plak ada macam2 rasanya..ada yang lemak manis, ada yang pahit ada yang bergas tinggi dan ada juga yang manis secukup rasa, ada yang kuning..ada yang putih..ada yang oren..ada yang lembik..ada yang keras..kat kebun aku boleh dikatakan every pokok ada namanya yang tersendiri ada durian mak.. tok.. hijau.. besor.. kucing tidur.. tepi sempadan.. jantung.. de.. terung.. doremon.. changkat.. patah.. kalau dulu2 setiap adik beradik aku ada pokok durian sendiri but skang ni yang tinggal durian kak jah ngan ju je yang lain semua dah kena tebang demi penanaman sawit, termasukla pokok aku.. dalam banyak2 durian ni pada aku yang paling sedap adalah durian besor sebab buahnya besar n tak tebal tak nipis isinya dan rasanya sedap2 je tak banyak gas tak manis leting..sedang2, wasatiah je duriannya hehe..kalau durian mak plak isinya putih je tapi sedap buahnya rasa lemak manis n ada rasa mcm susu sikit2..pun kire mcm buah peberet la jugak, tp aku sebenarnya bukanla pemakan tegar sangat durian ni..so dalam banyak2 pokok tu aku makan yang terpilih je..yang padanya sesuai dengan naluri kedurianan aku ni.mengikut kajian an hipotesis aku yang belum terbukti sangat semakin hijau kulit durian semakin kuning/oren warna isinya..makanya kepada sesiapa yang memakan durian memandang kepada warna isinya silalah buat pilihan bijak ye
sempena musim durian 2011 ni jugak la aku akhirnya berjaya mengqabulkan harapan beberapa orang kawan aku yang nak merasa makan durian kat tempat aku ni. , bak kata Halim dia tunggu dah 4 tahun baru aku terajak ke kebun durian bapak aku ni "sometimes it wasn't me yang tak nak ajak but becoz of the time restriction sedar2 musim dah habis", Kepada yang tak terjemput tu mintak maaf la ye kiranya macam aku terlepas pandang la tu, then masa tu hanya boleh bawak cerita n share gambor je la..nak suapkan buah duriannya dah nan ado. tapi alhamdulillah tahun dapat gak la kawan2 merasa pengalaman mengutip sendiri buah durian yang segar baru gugur dari dedahannya. Anyway kalau ada rezeki tahun depan boleh ajak lagi, hopefully mana yang tak dapat join tahun ni leh la join sizen akan datang plak, tapi itu pun kalau aku tak pura2 bz la masa tu haha.


kalau tengok gambar kat atas tu, buah yang atas skali tu namanya durian hijo sedap buahnya walau kecik, isi bukan warna oren lagi..sebelah kanan warna kuning tu durian terung dan yang besar tu durian besor rasanya...sebelah kiri skali durian tepi sempadan
masa sekarang ini musim durian tempat aku dah sampai sizen buah batu dah, so rasanya mana buah yang sampai kat KL tu pun rasanya dah bukan buah yang tip top so tapi tak tau la kalau ada buah dari kawasan lain. so bersama dengan ini juga aku announcekan bahawa produksi durian di kebun pak salleh yang terletak di daerah sungai manik telahpun sampai ke penghujungnya, so jangan ada yang gedik2 tanya nak makan2 durian lagi aku sekeh kan skali kang. kalau ada rezeki tahun depan aku war-war kan lagi...
ermmm terpikir kalau buat projek homestay bagi tunggu durian siap bermalam kat pondok tak berdinding(rujuk gambar1) tu agak2 ada yang nak tak?..
yang gambor manggis ni plak saja nak maklumkan bahawa buah manggis musimnya adalah hampir serentak ngan buah durian tapi kali ni mcm takde plak aku nampak orang jual buah manggis takde yang menjadi kot tahun ni..sebab manggis aku ni pun cantik buat ambik gambor je haha isi dalam rusak n dah la tu buahnya yang dekat pokok pun macam segan segan je nak tumbuh maka utk musim kali ni takde banyak sangat buahnya..kali ni aku dapat makan 3biji je agaknya buah manggis walaupun pokok ada 6 pokok huhu, dengan bangganya nak announce aku ada pokok manggis atas nama aku sendiri, tapi buahnya tak dapat tahun ni sebab kena berlumba ngan tupai nak rebut buahnya yang sebijik da je tu haha.
lepas musim durian n manggis herecome musim rambutan n cempedak. lalu bawah pokok cempedak wangi je bau buah cempedak tu lalu dekat pokok rambutan dari jauh dah nampak pokoknya bersulam merah buahnya. pasni kerja menggoreng cempedak la plak, ohhh ye tahun ni jugak aku jumpa satu pokok koko yang berbuah sebiji je tp tak sempat nak merasa sebab koko tu dah ditebuk tupai, lama sungguh dah aku tak makan koko...

No comments: