Thursday, July 4, 2013

Coming soon...

Musim Buah Ntah Tahun Bila Ntah...

Assalamualaikum kepada pembaca pembaca sekalian....

Hahaha ini adalah post lain yang telah terperam lama dalam aku punya draft list yang tak tau nak tulis apa, most nya aku masukkan gambar je. Bak kata orang gambar boleh menceritakan 100 ribu juta perkara kan hahaha so aku let la korang menginterpretasikan gambar gambar ni semua. Kot rajin nanti aku tambahkan ceritanya perlahan lahan. Bak kata orang lama berdikit dikit...hahaha lagi skrip pemalas. Kejadian adalah di UPM.
Merasa naik traktor beramai-ramai sebab luas kawasannya
Mencari port dan pokok mangsa yang sesuai, masa ni most of the pokok dah dikerjakan oleh orang lain.






Yang perempuan perempuan sedang menunggu hasil
Macam penyangak dah aku nampak berbondong bondong bawak buah rambutannya
Sampai pejam pejam mata la diorang makan durian dari A-Z sebut aje, semua ada. hahaha tipu







Cameron Highland 2013

Dipercayai ini adalah buah raspberry yang ada dekat Mardi Cameron Highland

Bismillahirrahmanirrahim.... dan Assalamualaikum....
Adalah dengan ini saya selaku tuan empunya blog merasmikan come back saya untuk tahun 2013. Hahaha setelah sekian lama tak meng update kini saya update pasal trip mengejut ke Cameron Highland, Pahang Malaysia hujung February yang lalu.

Memang takde rancangan nak naik Cameron pun masa balik Kg hujung bulan lepas tapi tetiba je adik ajak naik sebab nak hantar kawan dia yang praktikal kat atas tu kat Ladang Strawberries and Chillis. Tetiba terkenang mesti macam cool je kalau aku dulu pun praktikal kat Majlis Daerah Cameron Highland yang cool tu. Kot tak merasa la aku makan stroberi hari2, bangun pagi je petik stroberi segar kat ladang orang. Satu ilmu yang nak share ngan korang yang nak ke cameron tu silalah beli buah strawberry yang bersaiz kecil molek sebab kawan adik aku tu kata kalau yang bersaiz besar besar tu cepat lembik bila dah dipetik especially bila dibawak turun dari Cameron Highland tu.

Buah Strawberry ni kalau yang saiz kecik lambat nak lembik

Air Terjun Lata Iskandar yang dah lapang

Teluk Intan - Cameron Highland boleh naik ikut Tapah sebab akan menjimatkan banyak mileage tapi kena la masa cuaca yang baik since jalan belah sini adalah sangat berliku-liku dan mempunyai jurang yang tinggi. Aku ingatkan bila dah bukak jalan naik dari Simpang Pulai lori lori sekalian akan menggunakan jalan yang baru, tapi nampaknya diorang still nak guna jugak jalan yang kecil dan sempit ni, apadaaa....

Bertolak sebelum asar then solat asar kat Tapah then naik ke Cameron Highland dan sampai sana betul-betul dah nak maghrib. Tapi we all bukanlah naik direct terus ke Tanah Rata, ada jugaklah menyinggah-nyinggah. First stop adalah air terjun Lata Iskandar, kecik kecik dulu masa mandi kat sini sejuknya rasa sampai ke tulang sumsum tapi baru ni pergi takde la rasa sejuk mana sangat pun airnya, betul la kot kalau pokok dah kurang sejuk pun kurang la. Masa dulu tu rasanya keliling air terjun ni macam redup penuh dengan pokok-pokok besar so sebab tu airnya amat dingin.


Dulu pernah cuba baring atas pokok teh ni









 Dah puas berpusing-pusing jalannya kitorang pun sampai kat Ringlet sampai kat Cameron Valley Tea Farm singgah sekejap nak pee wee, dapat la melampiaskan hajat ngan sentosa sebab tandasnya bersih dan airnya dah mendingin. Masa sampai tu mmg dah senja pun dah pukul 6 lebih rasanya..so bergambar gambar depan pintu btandas je la masa tu. Gambar kat atas tu adalah view daripada kawasan tandas tu. Berbukit bukit ladang tehnya. Masa kecik dulu abang aku propa kata leh baring atas rimbunan pokok teh tu kitorang pun cuba la, dan adalah dinasihatkan janganlah korang terpedaya sebab pokok teh tu takkan mampu menampung berat korang anda anda sekalian especially yang bersaiz comel macam aku ni.

Ini bukan hotel penginapan kami!!!


Sampai kat Tanah Rata yang mana merupakan pekan nombor satu kat Cameron Highland ni pun dah maghrib sangat dah, dah gelap kata orang. terus la tuju cari hotel bajet kat pekan ni yang satu row ngan Maybank. Dapatlah bilik rate RM30.00 satu malam, takdela semenggah mana pun biliknya, ok la untuk tidur satu malam dan semata-mata untuk tidur je. Bilik aku siap kitorang tolong cucikan kipas lagi sebab dah berkeladak sangat sampai tak dapat rasa pun anginnya.

Dah check in, kemas bilik sikit kitorang g jalan-jalan makan angin kat pekan Tanah Rata tu masa tu baru dalam pukul 830 gamaknya and orang atas jalan memang dah sangat kurang tapi ramai pelancong duk lepak makan minum kat deretan rumah kedai kat situ. Malam pun takde la sejuk sangat and takdelah apa sangat aktivitinya sebab semuanya gelap, tapi kalau kena tiup ngan angin dia terasa jugakla sejuknya. Tak taula sama ada memang CH dah tak sejuk or lemak aku yang semakin menebal. Jalan-jalan dalam kul 10.30 malam balik bilik.

Malam tadi sebelum tidur duk google point of view sunrise yang cantik katanya dekat CH ni, hasil googlelan banyak suggest tengok view dari Equatorial punya dock yang sah-sah kitorang takleh nak masuk tu.

(04/07/2013 - Khamis) Di bawah bawah ini adalah gambar yang diambil semasa bercuti tersebut....sorry la sebab dah takde idea nak mengarut apa. Post ni pun sebenarnya dah lama simpan dalam ni, cuba malam ni terasa kesian plak tengok blog aku ni takde sebarang update sekian lama aso aku tepek la satu hahaha....selamat menghayati uolsss....







 


yang last sekali ni bukan gambar kat Cameron yang ni gambar kat Tapah kat Kuala Woh...

Saturday, November 17, 2012

Berkhatan...

Assalamualaikum!!!

Cuti sekolah is here and masa cuti sekolah ni antara aktivit yang kalau dulu dulu macam ngeri je nak lalui adalah berkhatan. Katanya kalau dulu dulu punya sunat kena rendam dalam air sungai dari subuh sampai ke siang nak bagi anu kebas. Pastu tok mudim lak dibayangkan bermisai lentik tengah asah parang kontot nak guna buat potong anu tu nanti. Masa awal 90an dah guna doktor spital dah, dah ada ubat bius orang kata tak sakit macam kena gigit semut je. Semua tu dusta belaka ingat lagi masa kena potong memang tak sakit sebab masa bius tu dah sakit yang amat rasa nak terajang je orang yang tengah biuskan tu. Sekarang ni sunat macam senang aje, macam kelip mata dah siap. Pastu takde la payah nak kena jalan kangkang kangkang sebab anu nye dah kena balut cantik. So mereka mereka zaman kini tak merasa ngilunya tergesek ngan kain pelekat.
Yang pegang bunga manggar tu adalah my apak aka atok kepada budak baju kuning yang tengah diusha olehnya.
Kalau masa aku dulu berkhatan di-organize-kan oleh family tapi sekarang ni sunat beramai ramai macam anak buah aku ni, PIBG sekolah dia yang anjurkan melibatkan peserta yang ramai sampai 34 orang gamaknya. Anak buah aku ada 2 orang joined yaitu yang pakai baju kaler kuning tu; sorang darjah 4 sorang darjah 3 rasanya. Memori aku dulu malam sebelum khatan buat makan makan meriah kat rumah ingat lagi malam tu dapat makan ikan bawal masak kicap memang sedap, bebudak sekarang lagi maju diorang dapat KFC untuk breakfast.
Wajah wajah ceria sebelum dikhatan mengadap KFC

My Dad memang professional dalam mengupas durian, muka siap macam
COOL aje
untuk majlis berkhatan beramai ramai kat Desa Coalfield ni apak telah menjadi penyumbang buah durian untuk tetamu tetamu yang ada kat kawasan kejadian. Jenuh jugak la nak ngopeknya nak jamu kat orang, ingatkan aku dah terer kopek durian rupanya tak cukup terer lagi bila kena bukak secara laju dan banyak. Nasib baik la jugak ada yang terbukak and mana yang tak terbukak tu terus aku fitnah durian tu degil n tak berapa nak masak atau mangkor. hahaha.. memula ingatkan macam sambutan tak berapa nak hangat sebab hidang durian sebagai breakfast rupanya sambutan adalah sangat menggalakkan sampai habis jugakla sebonet buah durian yang bapak aku bawak dari kampung tu habis. Maybe sebab durian tu durian kampung so lain sikit and most importantly it is FREE...hahaha siapa yang mau menolak rezeki kan. Siap mana yang aku tak sukses untuk bukak tu ada makcik yang bungkus bawak balik. So disini aku nak mengewish kepada makcik tersebut semoga berjaya membukanya.(",).
Kena pancut ngan air sekarang ni dah macam acara wajib kan kalau ada khatan berkhatan dan sunat menyunat ni. Dah jadi macam SOP lak setiap kali ada upacara khatan mesti ada segmen mandi air macam ni. Memang nampak bebudak tu macam sangat seronok, tapi ok la untuk membuatkan mereka lupa keperitan dan kepedihan yang akan dilalui oleh mereka selepas itu. Muahaahaha...Dalam Gambar tu mana budak baju kaler kuning yang tengah pose semacam tu yang tu lah anak buah aku.
Berarak sudah, berkompang dipalu sudah, makan sudah mandi air semburan sudah so now adalah kemuncak aktiviti, hahaha sorang demi sorang akan dimasukkan kedalam bilik kat bawah ni untuk bersunat lak. Dengar ceritanya ada aje yang menjerit2 kengerian....
Bilik pembedahan

Finally aku nak mengucapkan Tahniah untuk kedua anak buah aku Akma Hamizan ngan Azri Hakim sebab dah sunat, kalau ikut kata orang dulu dulu kalau dah sunat tu maknanya dan besar and most importantly kalau time aku dulu dulu kalau dah sunat tu kalau gi semayang kat surau dan layak nak pakai kain pelekat. hahahah....

Friday, November 16, 2012

salam maal hijrah


Assalamualaikum!!!

Malam ni dah malam ketiga dalam kalendar baru hijrah 1434 dan harapnya aku masih tak terlambat untukl mengucapkan selamat tahun baru kepada semua umat islam yang disayangi semoga tahun baru ni membawa semakin banyak kebaikan berbanding keburukan. Semoga umat islam dimuka bumi dapat hidup dengan aman harmoni dan tabah menghadapi semua halangan dan rintangan. Minta juga pada sesiapa yang berkunjung ke blog ni untuk doakan kesejahteraan dan keamanan dan yang terbaik untuk saudara saudari kini yang berada di Palestin.


Sunday, November 4, 2012

Happy Graduation Day to Ismail Salleh

Asslamualaikum!!!

October dah berlalu dan now is Raining November, setiap hari hujan tak pagi petang tak petang tengahari tak tengahari malam. Maka cuaca adalah lembab dan kadar kelembapannya itu telah menjadi faktor mengapa penulis blog ini menjadi lembab dan lemau untuk memblog kini. Tambah lagi sekarang ni dah hujung hujung tahun, memasing sibuk nak capai azam yang lepas dan menghabiskan sisa sisa cuti yang banyak lagi. Hoho apalah yang aku sedang mengarutkan ini.

Balik kepada tujuan asal post kali ini adalah untuk mengucapkan Tahniah kepada adik aku yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah study yang akhirya telah berjaya menggraduasikan diri dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan kepujian dari Univrsiti Tun Hussein On Malaysia aka UTHM semalam. Walaupun jubah konvo hanya diletakkan didalam plastik pasar malam berwarna merah silalah berasa berbangga kerana akhirnya majelis telah berlangsung dengan jayanya. Abang Jale juga mengucapkan supaya Mae sukses selalu dalam apa yang dilakukan dan semoga mendapat ketabahan yang tinggi dalam hidup ini bak kata unknown "Hidup ini Susah..." hehehe

Saturday, October 27, 2012

AidilAdha yang Awesome...

Assalamualaikum!!!...

Raya Haji kali ni adalah merupakan yang pertama kalinya aku sambut kat tempat kerja. Memula perancangan memang nak menabahkan hati sambut Raya Qurban kat KL ni aje. Rupanya tak tahan godaan bila mak bagitau kat kampung ada nak buat kenduri Aqiqah untuk anak buah aku so terus ekjas cuti tarikh hari khamis. Dapat jugak la aku attend kenduri dan menyibukkan diri sepanjang hari persiapan tu. Bergerak balik dari sungai besi jam 630 pagi ikut hiway dan dengan tenang dan tanpa jamnya aku sampai kat kampung jam 910 pagi. Masa sampai rupanya orang kg sangat efisyen yang mana masa tu kerja mengaqiqahkan lembu tu tinggal part cincang mencincang and timbang menimbang aje. so selamat la tubuh badan aku dari percikan darah hahaha...

Menu untuk kenduri malam tu plak semuanya adalah berasaskan daging yang segar dan santan yang pekat. Ada nasik putih, rendang daging, gulai daging, kurma daging, additional ayam masak merah ngan jelatah timun nenas. memang rasa sangat bz masa tu and rasanya bila masa untuk raya the most happening time adalah masa hari persediaan.

Bila dah kat kampung pelan asal konon nak balik lepas kenduri pastu tapi tak jadi tangguh plak kekonon nak balik awal2 sebelum subuh nak semayang raya kat KL katanya, bila mak aku kejut pagi2 tu kata nak semayang raya kat tengah jalan pulak dah hahaha dan last last sekali aku semayang raya kat Kampung aku jugak...hahahaha....lepas semayang raya baru balik KL dan sekali lagi aku balik dengan tenang dan tanpa kesesakan and awal gakla sampainya sempat la panaskan rendang and kari daging yang ditapaukan.

Kerja aku semasa bekerja dihari raya adalah melukis benda ni, siap
buat referrence lagi k.. haha...( '_' )
Hahaha so maknanya aku tahun ni bukan totally raya diperantauan la maknanya sesuku kat kampung sesuku atas highway dan setengah lagi baru kat tempat kerja hohoho. so raya aku tahun ni adalah awesome sebab raya banyak lokasi.  Dan bertambah tambah awesome plak bila masa orang tak bukak kedai ni la aku terasa nak makan satay daging lak.Dan dikesempatan ni aku nak mengucapkan  Selamat menyambut Aidil Adha dengan tenang dan kalau makan daging tu ingat ingat la aku yang diperantauan ni, kalau sudi bawak bawakkanlah.


Saturday, October 6, 2012

Coco Gangnam


Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah lama sangat dan macam bizi sangat sekarang ni, so sangat jarang mengupdate blog ni. Jadi untuk memeriahkan sikit sikit atau memberi nafas sikit sikit kat blog ni, ni aku post tarian gangnam style yang sangat femes dua tiga menjak ni. please acknowledge yang aku bukan big fan gangnam ni tapi tengahari tadi kat the Summit USJ ada benda kiut warna biru ni buat the dance n nampak kiut. Since tangan benda biru a.k.a coco tu adalah ketot maka dia gunakan kaki untuk tunjuk gaya gangnam tu.

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Keluarga Besar Kami Bergambar Di Hari Raya Aidillfitri 2012

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun dah masuk hari raya yang ke 17 dah lebih separuh dah pun...ish ish lambat sungguh baru nak wish. Tahun ni sangat bizi berhari raya selama seminggu kat kampung, pastu bila balik KL plak terus asyik kerja macam orang gila tu yang takde masa nak wish lagi awal tu.

Kalau orang balik seminggu beraya aku lak leh kata balik seminggu berpuasa dan beraya la aku dapat both sebab aku balik seminggu sebelum raya. Since my mum's nowadays not baking any kuih dah kecuali tempeyek n kerepek pisang makanya on the way balik ikut jalan kuala selangor-sabak bernam-teluk intan aka jalan pantai aku singgah kat simpang 5 beli kuih raya.  dan perjalanan balik adalah sangat menenangkan sebab i'm driving dengan peacefully nya with breathtaking scenery along the way [hahaha script macam raya sgt].

Ingatkan bila dah balik awal tu ingat kena la pergi mencari buloh nak bakar lemang rupanya apak i sangat efisyen sebab balik balik dah ada dah bulohnya, selamat aku but to recall balik rasanya dah 2-3 tahun jugak tak rasa mencabarnya pergi ambik buloh lemang. Sekarang ni nak buloh lemang pun kena rebut merebut, kalau lambat jawabnya takde la sebab kat kampung aku orang jual buloh untuk lemang je dah seringgit sebatang maunya tak abis buloh kat sg manik tu.

From the day me arrived home till the last second day nothing special occasion happen la since i je kot yang ada kat kg tu but everyday i'll make a request menu for berbuka puasa. and since my mak tak nak buat kuih lagi, nak tunggu anak pompuannya balik dulu so those few days adalah melepakkan. Tapi takde la sampai aku sangat melaghakan diri takde buat apa2 kan, at least sempat la aku tacap tacap ayam kat laman rumah yang lantai lamannya dah berselimut daun kering, tebas paku pakis yang dah menjalar, mula menyiram pokok dengan harapan hari raya nanti daunnya sempat segar bugar and alhamdulillah my effort tui nampakla hasil sikit2. But raya kali ni takde nak memegang kamera je makanya takde la gambar sangat yang boleh diaplod plus mmg semua gambar raya dalam kamera abang ngan adik aku. Gambar yang kat atas tu pun ambik dari blog adik aku.

I'll be back...nak gi masak kari ayam jap hahaha

Tuesday, June 26, 2012

Kisah Shah punya wedding


assalamualaikum....

phewwwww....its been so long since my last updates. It was in May and now is already end of June.hoho Bukannya takde cerita tapi malas nak menaip, sejak awal bulan aritu kerja sedikit huru hara dan bermacam macam benda nak kena buat serta berbagai bagai tempat nak kena pergi. Kena pergi tolong orang kira stock. Sekarang baru ada secebis rehat.

Dikesempatan yang secebis ni aku nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada bekas housemate aku bekas sestudy USM dan juga bekas sestudy KMK dulu, Tahniah aku uapkan kepada Mohd Shahrizan Ishak yang kawennya 2june dulu kot hoho ngan pilihan hatinya Suryati Zainon (hahaha ntah betol ntah idak). Pemalu tak pemalu punya budak ni sampai sanggup tukar nama FB ke Kepak Kelopak Hijau ke apa ntah sebab taknak bagi orang wish dia. Macam ni punya manusia pun ada gak ye.

Alang alang dah post ni nak le jugak teman bercerite pasal pengalaman pergi ke rumah dia ni, sepanjang ingatan teman yang singkat ni aku ingat rumahnya sebelah kanan jalan sebelum naik ukit yang katanya leh sampai ke siam. Berpandukan memori ayam ini aku ngan bebudak rumah gigih la menuju kerumah pengantin sebab pengantin lupa nak bagi full adress so main agak2 je la jalannya. Dari Kuala Lumpur dalam kul 11 Pagi sampai kat rumah pengantin nampak penganin tengah ngangkat penyapu nak bersihkan laman dah. huhuhu memang jauh sungguh rasa pejalanannya. Nasib baik masa sampai makanan ada lagi dan makanannya adalah sedap. Nyaris nyaris adik pengantin tak cabut lagi papan tanda terakhir yang ada tulis nama pengantin tu, kot tak memang kecewa lah kami. hehehe.


Wednesday, May 30, 2012

restoran nelayan


assalamualaikum!
sambil aku menaip post yang kali ni sambil aku mengunyah cheese kapit roti yang aku buat untuk breakfast pagi tadi dan nasib baik leh telan lagi. Aha itu adalah untuk menunjukkan berapa sibuknya aku sekarang ni. breakfast makan kul 730 malam so apatah lagi untuk lunch n dinner. huh sangat sangat bizi rupanya.cerita kali ni adalah pasal lawatan aku gi makan buffet kat restoran nelayan kat tasik titiwangsa tu, and ermmm to me it has nothing special la unless the ambience yang macam cantik tapi membosankan. haha pasni aku kena buffet kan dek tokey kedai tu. Anyway thanks kepada yang telah membelanja pada hari tersebut. Sampai sana dah maghrib dan selaku insan yg ada sedikit iman pergila menunaikan solat maghrib dulu sebelum melahap bersungguh sungguh. I've been kat MAEPS punya buffet dan rasanya yang MAEPS tu is better than yang ini kot. Pilihan yang ada tak banyak sangat kot seafood dia cuma udang, sotong rendam tu ngan ketam yang kurang isi. hohoho...but alhamdulillah the nasik minyak adalah best sekali ngan lauk pauk dan desert yang ada.
k lah tetiba rasa malas nak tulis pepanjang, makanya sekian terima kasih.... (-_-)"

Sunday, May 27, 2012

Burger Bakar xyah tunggu lama


Burger Bakar Sungai Besi
Assalamualaikum!!!

Hahaha jangan terkejut my 2nd post is following very close to the previous one. Sementara sempat dan sementara tengah rajin sekejap ni biarlah aku mengupdate blog aku. Nanti kalau dah angin malas merasuk diri entah bila la pulak baru ada apdetnya kan. i know semua readers kat luar tu tertunggu tunggu selalu post aku. Its been long since i story pasal makanan kan, so kali ni aku nak bercerita pasal fenomena terbaru yang melanda demografi pemakanan sekarang ni. Fenomena Burger Bakar, walau pun aku ni seorang yang kuat suka makan tapi aku masih tak tabah untuk beratur dan menunggu sampai sejam setengah semata mata nak mengecapi kesedapan burger bakar yang katanya sedap kat Wangsa Maju, dalam hati mau mencuba tapi tak terkesampaian nak mencuba lagi sampailah semalam.

Itu pun semalam bukannya aku makan burger bakar yang femes tu, aku makan yang ada kat kawasan rumah aku je baru bukak 2 hari macam tu la kot dan cuma semalam je aku makan sebab lepas merayau rayau kat pasar malam kat pekan tu aku tak tau nak makan apa. Dah berulang kali pikir aku decide try la burger bakar tu, sebab takut kang malam malam nanti perut berkeroncong lagilah susah nak mencari makanan. Aku  parking motor baik punya depan kedai dia dan baca menu dia, simple je menu dia burger ayam burger daging tambah ayam tambah daging tambah mayonaisse macam tu je la kot. So aku order la burger daging bakar. Sambil menunggu masak tu aku bacalah dakwaannya mengatakan dia punya patty dibuat menggunakan seratus peratus daging dan menggunakan resepi warisan turun temurun untuk mengekalkan kelazatan katanya.( atok nenek dulu pandai makan beger dah ye haha). Patty dia memang buat secara segar sebab nampak akak tu dok uli daging kat belakang dapor tu. Bakar pun bukan bakar cara tradisional kot bakar dia pakai grill yang macam dalam cerita licence to grill yang kat channel AFC tu huhu. Ermm overall ok la kot burgernya nak comapre dengan yang dah femes femes tu tak tau macamana rasa yang sepatutnya sebab tak pernah makan lagi. Apa pun yang penting aku dah makan burger bakar dan tak perlu nak que sampai 2 jam.
Yang penting akak tu konpiden dah susun bangku beratur depan kedai dia hahaha...

Trip ke Pulau Tioman

Asalamualaikum!

Dah lama dah tak update, so sekarang kena godek godek cerita lama yang masih tak post lagik. contohnya cerita untuk kali ni adalah cerita pasal trip ke Pulau Tioman aritu. hahaha sedehhhh. Walaupun trip tu dah lama dah jadinya tapi masih boleh recall sikit sikit dan yang sikit sikit tu la yang akan updatekan dalam posting kali ni. weeee.....

sebab ingatan dah semakin pudar so meh aku mula cerita ikut gambar yang aku dah tepekkan dekat blog ni.

1. Gambar ni merupakan yang pertama sekali aku ambik masa sampai kat Paya Beach punya jeti. Konsepnya dekat Tioman ni bot tu akan hantar ko ke jeti penginapan korang. contohnya macam aku punya kat Paya beach so bila sampai Paya Beach tu kena aware n kena turun la. kalau tak turun maybe korang akan kena buat jungle tracking and climbing la plak nak sapai ke tempat korang tu. Kat jeti Paya Beach ni selain Paya Beach Resort tu ada gakla resort lain yang diusahakan oleh penduduk kampung situ. Air memang jernih dan biru kat situ, tapi sebab masa aku sampai tu ujan rintik rintik kasar so memang takde la nak feeling feeling jalan kaki ayam tepi pantai tu. Terus tuju tempat penginapan je. Penat kot sebab driving dari KL tengah malam tidor kejap kat Ayer Keroh then continue lagi sampai jeti Mersing dah dekat siang. Samapi Mersing pun tak sempat nak breakfast sebab terus dapat bot.

2. Yang kat atas ni plak adalah gambar lepas dah berehat rehat dalam bilik menenangkan diri after perjalanan yang sangat jauh and selepas penat memandu. Jauh bebenor rupanya nak sampai ke Mersing tu. Ingat dekat je. Masing masing tengah menahan kelaparan sebenarnya tu sebab tak breakfast yang dibawak smapai ke petang, muka ceria tu adalah drama semata mata. Or adakah gambar ni selepas kitorang makan kat kedai berdepan jeti tu. Makanan kat situ adalah terasa seperti masakan rumah dan harganya adalah berpatutan, macam harga makanan kat KL je. Sebab sesungguhnya memang kami kami ini kelaparan, so pelahap apa pun rasa sedap. Ini pose depan pintu gerbang tu our resort and rumah yang kami tinggal bukan yang dibelakang kami tu ye. tak mampu kot nak duk situ. Sebab masa kami pergi ni adalah musim monsun makanya asyik ujan dan aktiviti utama kami kat sana adalah main kad UNO.
 3. Gambar atas ngan bawah plak adalah pemandangan yang ada kat pantai paya beach tu, kawasannya banyak batu batan macam kat dalam gambar. Pasir dia kasar kasar sebab bukan pasir sejati tetapi adalah hancuran batu karang. Bila dah petang petang tu dah macam lama n bosan ngadap UNO aku ngan budak bilik pergilah pulak berlatih untuk snorkeling kat kawasan ni sebab memasing saiz dugong maka kami pilih untuk berlatih snorkeling kat ujung tanjung tempat tempat yang macam ada takde je orangnya. Suprisingly tempat tu adalah cantik and tak dalam sangat dan selamat untuk amatur macam kami ni. Alatan untuk snorkeling tu kami collect masa registration bilik and kena bayar sewa 15MYR rasanya untuk 3 hari kami disana. Masa snorkeling tu nampak gak la ikan kecik kecik, ikan bilis kot ngan ikan belang besar besar daun melur duk nyorok nyorok bawah batu kat situ. Ingat kat Tioman batu karang yang berwarna warni yang  macam selalu dalam gambar tu akan bertempiaran rupanya nan ado. yang ado hanyalah pecahan pecahan dia je kat situ, making my feet sakit bila berkaki ayam dalam air tu. Dalam gambar bawah yang nampak bangunan merah tu la Berjaya resort rasanya. hahaha meaning kalau korang terlajak feri kesana kena berenang la balik ke Paya Beach or hiking and trekking la jawabnya.

 4. Dah letih dan mabuk teroleng oleng dalam ombak walau kat tepi pantai je, Shah ngan Wan main tulis tulis atas pasir plak, so child child kan hahaha.macam gambar kat atas. Bila dah pijak pasir yang kat atas darat barula terasa silky smoothnya pasir tu. Aktiviti seterusnya adalah berposing posing atas batu yang mana tak dapat nak upload sebab gambar gambar tu sesuai untuk simpanan peribadi je. Dah nak dekat dekat maghrib barula terkedek kedek macam itik pulang ke reban. takde pun terpikir nak bergambar sunset ke sundrop ke masa tu sebab letih sesangat kot and we are rushing untuk pergi berbuffet yang disediakan sekali dalam pakej yang kami ambik. Memasing dah lapar walhal dah makan petang tadi. Buffet kat sini adalah terbaik banyak jugak jenis masakan yang ada, takat ikan dori ngan daging tu memang banyak dan masakannya adalah boleh tahan kadar ke-edible-lannya. Tak sempat nak bergambar dah hilang masuk perut kami. 
 5. Gambar yang sampan dalam kegelapan malam tu macam lukisankan? memang cerdik la orang yang ambik gambar ni. Yang ni plak lepas dah dinner lepas dah semayang isyak nak tengok tv tak ader and apa kekdahnya jalan ke pantai duk tengok tv kan, memandangkan ujan pun dah sayup sayup je turunnya maka kami kami semua pergi berjalan makan angin kat tepi pantai tu. Sambil sambil jalan tengok pemandangan malam sambil tengok orang memancing atas jeti yang katanya nak pancing ikan bawal, sambil sambil survey ole ole untuk bawak balik kat kedai cenderahati dan sambil sambil makan burger yang misteri sedapnya menyebabkan bebudak ni makan buat kedua kalinya. burger tu simple je macam kat dalam gambar kat bawah tu, ada daging ada salad ada cheese ada sos ada mayonaisse tapi rasanya special, rasa macam burger burger yang dekat kampung. Sesiapa yang kesana adalah sangat disyorkan untuk mencuba burger ni. Kalau korang duduk jetty lain silalah gigihkan diri berenang kesini. sambil makan burger tu jugak ternampak kegigihan dan usaha seorang cikgu mendidik anak bangsa, ada sorang cikgu ni naik speedboat kot datang mengajar tuisyen kat bebudak sini.
 6.Gambar yang dekat bawah tu adalah gambar masa aku tengah terbaring kat tepi laut on the 2nd day kami kat Tioman tu. Hari kedua kami pergi snorkeling yang real punya takde training training dah tapi sayangnya aku tak mampu nak bermeriah meriahan snorkeling sebab mengalami mabuk laut yang melampau lampau. merasa la aku muntah sampai perut betul betul empty. Memula masa kat first station tu gigih jugak la aku masuk dalam air tu tengok ikan berenang renang then masuk j dalam bot bluek bluek isi kandungan perut aku melimpah ruah keluar. Sudahnya bebudak lain bergembira aku tergolek je kat tepi laut tu. Gambar ni masa kat Taman Laut Tioman masa tu duk dengar bunyi air laut pun aku rasa terhoyong hayang. Sudahnya sampai balik ke jeti Paya Beach aku duduk terbaring je dalam bot tu. ngadap bontot driver bot sebab kalau aku paling belakang aku nampak air laut dan perut aku bergelora lagi nanti. haha

7. Gambar yang kat atas menunjukkan gambar ikan yang ada dekat Taman laut Tioman tu, ikan dia gedabak gedabak besar but aku tak tau la pulak ikan apa tu. nampak bentuk macam ikan sungai je. Memang banyak ikannya especially kalau campak roti kat situ, selain dari kat Taman Laut ni kat jeti kat Paya Beach tu pun kalau sua makanan kat ikan ikan tu warna warni muncul, ikan kerapu pun boleh ada gak. Cuma satu jangan mimpi nak tengok ada batu karang yang berwarna warni la sebab kat sini pun takde nampaknya, penyu aku tak pasti ada ke tidak kat Tioman ni. Gambar yang kat bawah plak gambar masa balik dari jeti seusai lawatan ke Taman Laut tu, masa ni matahai ada nampak seri sikit la so air laut nampak sangat cantik kalernya kaler turqoise kot tu. berombak ombak beralun alun je ombaknya.. Nak snorkeling snorkeling ikan pun boleh buat kat depan pantai tu tapi tak berapa syiok nak bermandi manda kat situ sebab kawasannya banyak batu batan yang legap kat dasar pantai tu.
8. Gambar yang last sekali adalah gambar yang aku ambik masa petang etrakhir kat Pualu Tioman tu masa tu jalan jalan petang merasa tengok sunset kat Pulau tu, memang macam menenangkan relax je masa tu. Projek petang tu pulak adalah membuat replika penyu gergasi guna pasir kat beting pasir kat situ. petang petang air dah surut sikit so ada beting pasir yang naik maka kami pun membuat penyu terbesar dalam sejarah hidup aku, so boleh bayangkan tak besarnya. abis je buat ada 2orang budak yang duk usha nak men tacap kan penyu tu, lantakle kome sebab masa tu kami sedang membuat percubaan untuk membuat gambar melompat lompat kat situ.
9. Gambar semua dah habis story dah rasanya aku punya story kat sana pun dah habis la kot. Malam tu kami dinner buffet again, playing UNO again dan esoknya go to local store and buy some souveniers to bawak balik to semenanjung.

pergghhhh....ini post makan masa 3hari baru siap, hahah i really am a very very busy person.