Sunday, May 27, 2012

Trip ke Pulau Tioman

Asalamualaikum!

Dah lama dah tak update, so sekarang kena godek godek cerita lama yang masih tak post lagik. contohnya cerita untuk kali ni adalah cerita pasal trip ke Pulau Tioman aritu. hahaha sedehhhh. Walaupun trip tu dah lama dah jadinya tapi masih boleh recall sikit sikit dan yang sikit sikit tu la yang akan updatekan dalam posting kali ni. weeee.....

sebab ingatan dah semakin pudar so meh aku mula cerita ikut gambar yang aku dah tepekkan dekat blog ni.

1. Gambar ni merupakan yang pertama sekali aku ambik masa sampai kat Paya Beach punya jeti. Konsepnya dekat Tioman ni bot tu akan hantar ko ke jeti penginapan korang. contohnya macam aku punya kat Paya beach so bila sampai Paya Beach tu kena aware n kena turun la. kalau tak turun maybe korang akan kena buat jungle tracking and climbing la plak nak sapai ke tempat korang tu. Kat jeti Paya Beach ni selain Paya Beach Resort tu ada gakla resort lain yang diusahakan oleh penduduk kampung situ. Air memang jernih dan biru kat situ, tapi sebab masa aku sampai tu ujan rintik rintik kasar so memang takde la nak feeling feeling jalan kaki ayam tepi pantai tu. Terus tuju tempat penginapan je. Penat kot sebab driving dari KL tengah malam tidor kejap kat Ayer Keroh then continue lagi sampai jeti Mersing dah dekat siang. Samapi Mersing pun tak sempat nak breakfast sebab terus dapat bot.

2. Yang kat atas ni plak adalah gambar lepas dah berehat rehat dalam bilik menenangkan diri after perjalanan yang sangat jauh and selepas penat memandu. Jauh bebenor rupanya nak sampai ke Mersing tu. Ingat dekat je. Masing masing tengah menahan kelaparan sebenarnya tu sebab tak breakfast yang dibawak smapai ke petang, muka ceria tu adalah drama semata mata. Or adakah gambar ni selepas kitorang makan kat kedai berdepan jeti tu. Makanan kat situ adalah terasa seperti masakan rumah dan harganya adalah berpatutan, macam harga makanan kat KL je. Sebab sesungguhnya memang kami kami ini kelaparan, so pelahap apa pun rasa sedap. Ini pose depan pintu gerbang tu our resort and rumah yang kami tinggal bukan yang dibelakang kami tu ye. tak mampu kot nak duk situ. Sebab masa kami pergi ni adalah musim monsun makanya asyik ujan dan aktiviti utama kami kat sana adalah main kad UNO.
 3. Gambar atas ngan bawah plak adalah pemandangan yang ada kat pantai paya beach tu, kawasannya banyak batu batan macam kat dalam gambar. Pasir dia kasar kasar sebab bukan pasir sejati tetapi adalah hancuran batu karang. Bila dah petang petang tu dah macam lama n bosan ngadap UNO aku ngan budak bilik pergilah pulak berlatih untuk snorkeling kat kawasan ni sebab memasing saiz dugong maka kami pilih untuk berlatih snorkeling kat ujung tanjung tempat tempat yang macam ada takde je orangnya. Suprisingly tempat tu adalah cantik and tak dalam sangat dan selamat untuk amatur macam kami ni. Alatan untuk snorkeling tu kami collect masa registration bilik and kena bayar sewa 15MYR rasanya untuk 3 hari kami disana. Masa snorkeling tu nampak gak la ikan kecik kecik, ikan bilis kot ngan ikan belang besar besar daun melur duk nyorok nyorok bawah batu kat situ. Ingat kat Tioman batu karang yang berwarna warni yang  macam selalu dalam gambar tu akan bertempiaran rupanya nan ado. yang ado hanyalah pecahan pecahan dia je kat situ, making my feet sakit bila berkaki ayam dalam air tu. Dalam gambar bawah yang nampak bangunan merah tu la Berjaya resort rasanya. hahaha meaning kalau korang terlajak feri kesana kena berenang la balik ke Paya Beach or hiking and trekking la jawabnya.

 4. Dah letih dan mabuk teroleng oleng dalam ombak walau kat tepi pantai je, Shah ngan Wan main tulis tulis atas pasir plak, so child child kan hahaha.macam gambar kat atas. Bila dah pijak pasir yang kat atas darat barula terasa silky smoothnya pasir tu. Aktiviti seterusnya adalah berposing posing atas batu yang mana tak dapat nak upload sebab gambar gambar tu sesuai untuk simpanan peribadi je. Dah nak dekat dekat maghrib barula terkedek kedek macam itik pulang ke reban. takde pun terpikir nak bergambar sunset ke sundrop ke masa tu sebab letih sesangat kot and we are rushing untuk pergi berbuffet yang disediakan sekali dalam pakej yang kami ambik. Memasing dah lapar walhal dah makan petang tadi. Buffet kat sini adalah terbaik banyak jugak jenis masakan yang ada, takat ikan dori ngan daging tu memang banyak dan masakannya adalah boleh tahan kadar ke-edible-lannya. Tak sempat nak bergambar dah hilang masuk perut kami. 
 5. Gambar yang sampan dalam kegelapan malam tu macam lukisankan? memang cerdik la orang yang ambik gambar ni. Yang ni plak lepas dah dinner lepas dah semayang isyak nak tengok tv tak ader and apa kekdahnya jalan ke pantai duk tengok tv kan, memandangkan ujan pun dah sayup sayup je turunnya maka kami kami semua pergi berjalan makan angin kat tepi pantai tu. Sambil sambil jalan tengok pemandangan malam sambil tengok orang memancing atas jeti yang katanya nak pancing ikan bawal, sambil sambil survey ole ole untuk bawak balik kat kedai cenderahati dan sambil sambil makan burger yang misteri sedapnya menyebabkan bebudak ni makan buat kedua kalinya. burger tu simple je macam kat dalam gambar kat bawah tu, ada daging ada salad ada cheese ada sos ada mayonaisse tapi rasanya special, rasa macam burger burger yang dekat kampung. Sesiapa yang kesana adalah sangat disyorkan untuk mencuba burger ni. Kalau korang duduk jetty lain silalah gigihkan diri berenang kesini. sambil makan burger tu jugak ternampak kegigihan dan usaha seorang cikgu mendidik anak bangsa, ada sorang cikgu ni naik speedboat kot datang mengajar tuisyen kat bebudak sini.
 6.Gambar yang dekat bawah tu adalah gambar masa aku tengah terbaring kat tepi laut on the 2nd day kami kat Tioman tu. Hari kedua kami pergi snorkeling yang real punya takde training training dah tapi sayangnya aku tak mampu nak bermeriah meriahan snorkeling sebab mengalami mabuk laut yang melampau lampau. merasa la aku muntah sampai perut betul betul empty. Memula masa kat first station tu gigih jugak la aku masuk dalam air tu tengok ikan berenang renang then masuk j dalam bot bluek bluek isi kandungan perut aku melimpah ruah keluar. Sudahnya bebudak lain bergembira aku tergolek je kat tepi laut tu. Gambar ni masa kat Taman Laut Tioman masa tu duk dengar bunyi air laut pun aku rasa terhoyong hayang. Sudahnya sampai balik ke jeti Paya Beach aku duduk terbaring je dalam bot tu. ngadap bontot driver bot sebab kalau aku paling belakang aku nampak air laut dan perut aku bergelora lagi nanti. haha

7. Gambar yang kat atas menunjukkan gambar ikan yang ada dekat Taman laut Tioman tu, ikan dia gedabak gedabak besar but aku tak tau la pulak ikan apa tu. nampak bentuk macam ikan sungai je. Memang banyak ikannya especially kalau campak roti kat situ, selain dari kat Taman Laut ni kat jeti kat Paya Beach tu pun kalau sua makanan kat ikan ikan tu warna warni muncul, ikan kerapu pun boleh ada gak. Cuma satu jangan mimpi nak tengok ada batu karang yang berwarna warni la sebab kat sini pun takde nampaknya, penyu aku tak pasti ada ke tidak kat Tioman ni. Gambar yang kat bawah plak gambar masa balik dari jeti seusai lawatan ke Taman Laut tu, masa ni matahai ada nampak seri sikit la so air laut nampak sangat cantik kalernya kaler turqoise kot tu. berombak ombak beralun alun je ombaknya.. Nak snorkeling snorkeling ikan pun boleh buat kat depan pantai tu tapi tak berapa syiok nak bermandi manda kat situ sebab kawasannya banyak batu batan yang legap kat dasar pantai tu.
8. Gambar yang last sekali adalah gambar yang aku ambik masa petang etrakhir kat Pualu Tioman tu masa tu jalan jalan petang merasa tengok sunset kat Pulau tu, memang macam menenangkan relax je masa tu. Projek petang tu pulak adalah membuat replika penyu gergasi guna pasir kat beting pasir kat situ. petang petang air dah surut sikit so ada beting pasir yang naik maka kami pun membuat penyu terbesar dalam sejarah hidup aku, so boleh bayangkan tak besarnya. abis je buat ada 2orang budak yang duk usha nak men tacap kan penyu tu, lantakle kome sebab masa tu kami sedang membuat percubaan untuk membuat gambar melompat lompat kat situ.
9. Gambar semua dah habis story dah rasanya aku punya story kat sana pun dah habis la kot. Malam tu kami dinner buffet again, playing UNO again dan esoknya go to local store and buy some souveniers to bawak balik to semenanjung.

pergghhhh....ini post makan masa 3hari baru siap, hahah i really am a very very busy person.

No comments: