Sunday, July 11, 2010

fLoRIa PUtraJAya 2010


Show Me the Flower
Salam...
Pesta Floria kat Putrajaya rasanya dah 3 tahun berturut2 aku pergi, semalam aku pergi lagi untuk yang 2010 punya, ini adalah perancangan secara yang tidak disangka-sangka sebab kalau ikut perancangan awalnya aku nak gi sungai buloh nak cari tanah nak buat tukar tanah pokok pokokan aku yang kat luar tu yang dah macam nak renta-renta. pokok lili aku dah sarat sangat pasunya nak kena pecahkan asingkan pokok, pokok bunga mawar aku dah tak berdaun tapi bunga bawang aku banyak lak putik bunganya<--haha sudah lari dari cerita sebenar. tetiba teringat yang Shah kata minggu ni pesta floria dah mula kat Putrajaya so aku ngan Fizi kawan aku gi la tengok pesta floria 2010 kat Putrajaya sementelahan nak tunjuk kat budak tu jalan nak gi Mariot Putrajaya tu. sampai pun dah petang kat tapak pesta tu dah dekat kul 6.
kali ni bunga latarnya agaknya heliconia kot sebab bunga tu ada kat mana2 saje kat tapak floria ni dan temanya plak mungkin konsep hutan hujan tropika n aku rasa kali ni ikebananya kat sini adalah amat tidak mengancam seperti tahun-tahun lepas<--bunga tak semeriah tahun2 berlau sbb banyak pokok gabak2 je kali ni, sebab penglanskap berjaya mewujudkan konsep hutan yang semak sangat n berteraburan itu <--syabas bette hahaha..mmg rasa macam masuk utan la ngan semak samunnya, bunga2 yang berkeliaran siap ada bunyi cengkerik katak burung nasib tak letak sound efek rimau mengaum ponti anak mengilai bagai haha...pastu yang bahagian dalam dome punya flower arrangement takde yang gah mcm flower pillar tahun lepas huhu <--sila rujuk post floria 2009. mmg sampai2 mcm kurang spirit spirit of the coin je nak jejalan huhu..tapi kelainan kali ni adalah sebab ada pokok bonsai yang kiut miut ,<--tapi gambar aku ambik semua tak kiut so it is unpublishable la ye..n kali ni jugak ada nampak involvement dari bebudak sekolah area Putrajaya ni n ok laa..cuma kalau next time ambik sekolah lama aku lagi best haha <-- kalau cantik leh la aku bersikap takbur ngan kawan2 aku..ermm dan rasanya kali ni juga terdapat penyusutan dalam penglibatan oleh PBT..kat KL ada laut ke? huhu siap ada sampan nelayan laki DBKL nya lanskap..
erkk apa lagi aku nak tulis ni, sekarang ni idea menulis aku telah menyusut sebanyak 20% la haha..<--mcm banyak je idea nulis sblm ni.. ermmm tapi semalam mmg sungguh ramai orang rasa macam bawak kereta masuk jalan masjid india time nak berbuka puasa 2 hari sebelum raya je haha <--best tak perumpamaan aku...mmg bersesak2 sungguh n kali ni most of the orang yang datang bawak SLR ye..nampak mmg kamera tu dah macam hartamampumilik je huhu..aku je yang tak mampu2 lagi.

bila dah puas nonggeng sana sini ngambik gambor mengalahkan jurugambar TV3 aku ngan kawan aku pun blah la dari kawasan kesesakan itu sebab azan pun dah memanggil2 n kamipun pergi menunaikan semayang kat masjid besi putrajaya..

sekian terima kasih<-haha ending tergantung...

No comments: