This is a story of three handsome men taking their precious time find the peace n serenity in PD...
The Journey happen a few weeks back, but im very malas those times n dono what to write <--macam nak buat write up thesis susahnya, so i decide just to peram this story until i find the correct timing to reveal the history hoh ayat ntah apa2. pergi PD ni pun menumpang bilik Shah sebab skolah dia ada buat family day Tiara Beach Resort, namanya pun beach Resort so aku membayangkan tempatnya dekat la ngan laut..rupanya jauh la jugak dari laut, siap position have to cross the road la kata omputihnya. tapi okla since dia ada pool yang sangat luas so sesuai as a family day punya tempat, masa kami pergi pun mmg banyak family day kat situ..but poor shah sebab dia terikat ngan aktiviti family day nya terpaksa la aku ngan fakri keluar melibur2..memula kami pun keluar tanpa arah tuju, then jumpa Blue Lagun bahasanya pantai yang paling mengancam la kat sini.petang tu aku sampai airnya pasang but on the next day pagi datang air dah surut siap jaug smapai ke tengah..nasib baik dia mantain cetek je.kot tak merasa mandi laut.
ini pantai Blue Lagoon [English] Teluk Biru [bahasa]
Petang on the first day masa shah tak dapat join tu aku ngan Fakry gi mendaki Tanjung Tuan nak cari rumah api yang locate kat Negeri Melaka haha..sepanjang jalan naik ni kami bergandingan ngan abang mana ntah yang dah 2 kali gakla naik atas ni n juga terserempak ngan satu grup yang baru turun yang cuba mematahkan semangat kami huhu...nasib baikla kami ni spesis tabah meneruskan dugaan petang tu, menderu2 gak la peluh kat liang roma aku nak sampai kat atas tu..but it worth it la..cantik cuma tak sanggup nak tunggu sunset sebab jalan turun amat kelam nanti + kere2 yang ramai menunggu sepanjang laluan..but the bau sangat sedap fresshhh air sungguh.. <--bukan bau2an misteri ye..turun pun dah nak maghrib n shah dah tanya kat mana sebab dia tak dapat masuk bilik...
ini plak gambor rumah api kat tg tuan...nak naik kena mintak kebenaran Syahbandar ye
malamnya sebab kami sekedar menumpang majlis orang so aku ngan fakry dengan merendah dirinya pergi mencari makanan kat luar siap sampai ke pekan PD. makan kat kedai kat area tepi pantai yg glamor kat PD nun <--sebenarnya tak ingat nama makanan dia ok la aku makan nasi ngan tom yam cari kedai ikan bakar tak jumpa lak yang best n seswai ngan bajet ye haha.. lepas makan kami merayau2 sampai ke belah sana PD n jumpa pasar malam yang ok la besarnya..tapi sebab sampai pun dah lambat banyaknya kedai dah nak tutup..tapi aku sempat beli apam balik n fakry beli Pau yang sedap putih gebu dan menggiurkan haha <--uishhh lain beno bunyinye balik bilik tengok drama melayu then tidor...
gambar kat atas menunjukkan pemandangan aku semasa makan sarapan kat PD aritu, sambil makan sambil menginsafi diri...setelah berjaya mempengaruhi shah untuk tidak join lagi family daynya dan setelah berendam di swimming pool resort yang luas kami pun pergi meliar mencari makanan n hasilnya pagi tu kedai ni jugak yang kami tersangkut..makanan dia biasa2 je..pemandangan yang berharga tu huhu..lepas dah kenyang makan aku ngan bebudak ni mulala menjalankan operasi mandi laut, kami gi mandi kat blue lagoon n masa ni la air dia suruh samai jauh ke tengah n better than Teluk Batik sebab aku tak dengar orang screaming2 kena geget ngan obor2 manja..n air dia boleh dikatakan bersih n jernih la..tp awas jgn mandi dekat ngan parit buangan resort atau hotel ye nanti tetiba kome rasanya airnya sejuk nyaman je huhu... masa mandi sempat juga aku menginterview pakcik yang sedang menjaring ikan katanya kalau dulu2 ikan banyak kat sini tp sejak tpt tu glamer ikan dah kurang so siapa nak disalahkan disini, aku juga nampak abang beach boy kat situ yang bertanggungjawab, it is second time aku nampak orang jaga kebersihan tempat dia cari rezeki first time aku nampak adalah porter masa percubaan mendaki kinabalu dulu.. mcmana nak ramaikan lagi orang macam ni kat Malaysia...bak kata abang jem kat sinar "jangan sampai bumi ni marahkan kita'.
skali lagi sian kat shah aku tak tau lak ghupenye budak ni tak mandi laut huhu ngeri katanya ntah apa2 je alasan but some people mmg tak berapa suka nak mandi laut n mandi air terjun / sungai je mungkin sbb panas agaknya, tapi aku..dua2 aku bantai haha. so sebab dia tak mandi dia dilantik menjadi bulbasor untuk mengambik gambar kami. puas bergambar kamipun balik ke resort dan terus kemas barang nak balik rumah.
Dah on the way tetiba stereng kereta aku kona masuk ada satu kawasan menaikkan ikan kat PD ni tak ingat dah namanya apa..sempatla kami bergambar2 kat sini tetengah panas terik tu..orang yang nampak lagak kami macam tak sedar diri tu mesti pk kami ni meroyan ke gile sebab duk berjemur2 tengah2 panas macam nak sunbathing je, tapi alang2 dah samapi PD yang ntah bila lagi nak sampai baik kami bergambar habis-habisan..aku percaya mmg jarang orang luar tau tempat ni kot sebab tempatnya takleh nak mandi so mungkin la tak ramai orang tertarik tapi tempatnya cantik..berkeping2 jugakla gambar aksi liar dirakamkan kat sini but it is unpublishable takut akan menggemparkan dunia modelling lak nanti..so biarla tersimpan je dalam PC aku n Shah..
aku suka dua gambar kat atas ngan kat bawah ni nampak macam harmoni je n yang paling penting dalam kedua - dua gambar ini ilusi optik yang disengajakan terjadi menampilkan susuk tubuh aku yang lebih kecil haha walaupun Fakri berusaha menghasilkan ilusi jugak dengan berpakaian hitam n aku berpakaian seragam putihh<--nampak mcm inesen sangat aku..kesimpulan yang boleh fakri buat adalah mmg la panas sangat kalau berpakaian seragam hitam kat bawah matahari yang memancar2..
ok dah itu je la cerita kami bertiga kat PD otw balik sempat singgah beli karpet yang mempunyai corak yang sama nak murah punya pasal haha..ok la dapat sekeping 35 ringgit je rasanya ok la tu