Monday, May 31, 2010

:: GaRDEnINg::

sabtu lepas aku bangun awal pagi, memula bangun menunaikan solat subuh <-saja nak tunjuk beriman, namun begitu takla beriman sangat sebab dengor je azan dr surau, tp liat norr nak gi nya..sian bilal penat memanggil huhu<--jalil keji, sedar tp tak insaf gak haha..tentatif seterusnya aku main barn buddy la berladang secara maya, memacam aku tanak..kembali aktif ber barn nbuddy sebab farmville kat rumah aku takleh nak main ntah apa puncanya ntah...

arini actually plan nak gi rumah kenduri kawin anak Pak Jalil <--bukan anak aku ye, ada pak cik sedara yang tiru nama aku. tunggu me familia sampai dari teluk intan ingatkan sampai awal pagi, rerupanya kol masih jauh lagi..so aku tak tau nak buat apa sebab arini housemate tinggalkan aku tak ajak gi jogging huk huk huk..<--hakikatnya dia tau aku malas nak gi. so aku pun sebab rasa nak berpeluh gak kalau kat kampung harus pepagi dah kena gi kebun sawit dah, walau tak pandai kait sawit aku pandai tolak sawit ngan kutip sawit gugur<--kalau buat ni tangan anda akan berbau cekam haha.. so bukak pintu nampak tanah aku yang seluas 600 ekar dah lama tak diusahakan, maklumla kan satu masa dulu aku teringin sangat nak jadi penanam anggur huhu...
so terus jantung aku terkobar-kobar rasanya menyuruh aku membersihkan ladang dan melaksanakan pengoperasian membersihkan daun-daun layu dan gugur, menegakkan pokok mana yang dah condong, menggemburkan tanah yang dah kusam dan membajakan semua sekali supaya diorg berbunga dengan meriah, melambai-lambai je rupa pokok2 an aku tu meminta ihsan aku <--puitisnya ayat jalil huhu maklumla konon-kononnya aku asyik bz n finally aku mencari pisau sumbing dan mula mngerat mana dahan yang tak perlu kat bunga taik ayam n bunga melur aku..<--hebat tak aku siap ada bunga melur?, pastu potong dahan bunga kertas buang daun pokok spider lili dan bunga loceng yang dah layu, kasi ponggah pasir dalam pasu bunga yang dah kematu2 tu..siap pindahkan pokok keladi dalam pasu yang lebih berfesyen..ermmm dah cantas dan caras aku mulakan operasi menggembur lak, terkenang masa lepas SPM inila kerja aku pepagi huhu, sesi mengimbas kenangan lalu ye...bling..bling..gambaran semakin pudar.....

"disember 1999 7.30 pagi - usai soalt subuh aku terus menjalankan rutin harian masa cuti spm ni iaitu aku terus siram pokok bunga mak aku yang menimbun2 mak aku suka tanam pokok bunga kertas je senang nak hidup, aku punya kaktus masa tu adalah dalam 100 pasu n 50 spesies agaknya gigih aku kumpul duit sikit beli tetiap minggu kat pakcik pasar tani hari ahad, kekadang pesan kakak aku yg slalu naik cameron banyak tu aku ada 50 spesies ye sekali lagi aku ulang kaktus aku ada 50 spesies..dah habis siram ronda aku mula buat kerja lain, kalau rumput panjang aku merumput selang 2 minggu aku bajakan semua pokok masa tu bunga dia mmg meriah la..macam2 warna ada, siap kalau mood baekk punya aku buat proses pengetutan lagi, senang cakap kerja landscaping n gardening kat rumah mak kau masa tu aku yang pegang la"

skang ni nan ado, dah lanjut umur ni je malas sikit2 tapi bila datang angin semangat abis semua kena gali balik kena gembur <--syabas bette ucapan jalil untuk dirinya sendiri..haha.. gemburkan tanah merumput <--walau tingkat 15 mana ntah dtg rumput aku jumpa ulat bulu ngan ulat tanah kaler putih yang aku jadikan menu sihat utk ikan pirana ngan ikan lampan aku dalam akuarium luar rumah yang penuh dengan kiambang, kiambang aku pun ada 3 spesies ye..haha teratai yang ambik kat kampung dulu taknak hidup plak, takpe pasni aku gi ambik lagi usaha tangga kejayaan..

sejam lebih gakla rupanya aku berkebun kat luar ni..dah lama rasanya peluh jantan aku pun dah mencurah2 so tindakan terakhir aku adalah mensucikan lantai bahagian koridor aku mentelahan lantai didalam rumah usdah seabad adanya tak bergonyoh menggunakan ajax kaler biru...haha

Wednesday, May 26, 2010

Jalan Paku, Bidor, Perak


penulisan kali ini aku nak buat secara interaktif plak ye wehh.. kepada yang berkenaan sila respon hahaha.....
last week aku gi mandi manda lak kat jalan paku bidor perak..huhu tetiap minggu mandi air sungai aku ni. ini adalah port terbaru untuk kubang yang kami temui melalui fesbuk kawan adik aku. ingatkan dekat rupanya jauh jugakla makan masa sejam dari rumah aku kat kg bahagia teluk intan tu <--adakah tempoh itu dipengaruhi cara pemanduan aku yang berhemah? sila jawab.
sungguh ini dah kali ke tiga aku mandi sungai dalam bulan mei 2010 ni agaknya, memula batu berangkai then lentang (rujuk blog adik aku) then kali ni kat jalan paku lak huh gigih sungguh menjadi pemburu air sungai...sungguh segar dan menyejukkan...brrrrr (buat bunyi mcm iklan coke tu) kali ini adalah gara2 terpengaruh ngan gambor cantik kawan adik aku upload kat FB dia tapi nasib baik la mmg cantik pun tempat dia. hutan masih dara dan suci lagi haha...ini disahkan lagi dengan papan tanda "jangan ceroboh tanah adat orang asli", kuiz utk kak ieja ngan cynthia: tanah adat orang asli apa maksud?

air kat tempat ni memang jernih sungguh la..sampaikan adik aku mencadangkan agar sime darby takyah bersusah payah nak gali air bawah tanah kat bidor tu, ambik je terus air kat sini huhu...akak CT adakah boleh ini dilakukan? keliling kawasan mmg la hutan banat sebab lokasinya mmg dekat kaki banjaran titiwangsa ni (haha A++ sangat geografi aku) masa tgh mandi nampak lak orang asli nak gi menembak ikan follow la rupanya tak terfollow ntah kemana la diorang pergi agaknya..kami ni duk terkial2 ikut air redah hutan last2 bosan patah balik. dalam jiwa risau gak kot terjumpa kijang emas hehe...

ermmm tak tau dah nak tulis apa...direction nak gi tempat ni senang je, kalau sesiapa nak pergi just ambik exit bidor kat traffic light ambik kanan then terus nampak jalan paku masuk sampai ujung jalan...



p/s: nasihat dari orang asli sini katanya kat sini banyak lubuk airnya dalam2 so agak bahaya sikit la ye...terutamanya yang kat air terjun besar dia tu..
sekian wassalam...

Thursday, May 20, 2010

SUP MELETUP ('_' ")

ini bukan artis ye, bukan juga model sup meletup
petang tadi aku meredah hujan yang secara renyai-renyainya membasahkan kekeringan badan aku ketika aku meluncur laju membelah hiway KESAS untuk balik ke rumah yang tinggi kat Desa Tasik... tengah memecut membelah jalan umpama Roy dalam cerita melayu lama aku tak ingat tajuk HP aku bunyi menandakan masuknya mesej ke dalam inbox.

memperlahankan motor dan mencapai henpon yang masa tu dalam beg sebab takut basah kena hujan...baca mesej housemate kata nak singgah makan sup meletup...memandangkan perut aku pun ketika itu sedang mendendangkan lagu keroncong untuk Fatimah terus aku setuju...tak tau la kenapa dua harini aku kuat makan pagi makan nasik tengahari makan nasik malam lapor gak lagiii..ceisss jalil membocorkan rahsia kuat makan..




untuk pengetahuan umum moto yang sungguh bergaya berani mati duk tengah jalan tu la motopr aku gunakan untuk merempit setiap hari...bak kata housemate kata sedapnya kuda tunggangan. ermmm tgk mmg macam moto samseng jalanan moto itu...memula parking ada 2 3 moto aweks yang duk sebelah dia..tengah hirup hirup beehun sup pandang2 jeling2 moto aku jadi solo je huhu..nak kalihkan balik malas...dah la ujan masih menurunkan sisanya...aku terus menghirupp beehun sup meletup tanpa mempedulikan keselamatan moto terchenta walau dalam hati2 sikit2 terbayang moto tu kena rempuh oleh treller mcm dlm cerita the transporter tu terus nangis moto hancur huhu..hoh merepek jauh
sup meletup ni rasanya sup paling sedap la agaknya kat area ni..dulu aku masuk wajah pekerja dia macam mamat kelantan/siam masuk akli ni wajah internasional lak yang aku nampak mcm jawa je..huhu mungkin diorang dah bukak cawangan baru somewhere else agaknya ..huh speaking london i. kawan aku tu lambat sikit sampai makanya aku oda dulu beehun sup ayam ngan milo ais makan sup panas masa ujan memang menggiurkan..huhu...pastu sedut milo ais perggh nikmat tak sedar tengah selsema...ermmm alam ni esei aku panjang la plak ..


okla aku nak gi menonton TV plak hahah aktiviti berfaedah sungguh malam ni...pasni aku bercita2 gigih nak upload kat blog pasal tempat makan yang menimbun kat area rumah aku ni...chayok2 ganbatte


Tuesday, May 18, 2010

malam ni 2

hahaha...mmg tidak syak lagi aku tengah ketagihan untuk mengapdet blog...ini adalah apdet kedua aku untuk malam ni..nak cerita pasal aku suka tengok cerita Hotel Mania...tak tau la kenapa aku setiap minggu jadi macam terperingin sangat nak tengok cerita ni, nak kata ceritanya best sangat takde la tapi ada sesuatu yang buat aku asyik rasa nak tengok cerita ni... sebab jalan ceritanya yang lite n easy kot..seba cerita dia sangat la simple dan tak perlu nak tunggu plak minggu berikutnya apa nak jadi..konsep cerita malam ni adalah untuk malam ni..minggu depan cerita lain plak kan senang kalau termiss tengok pun takpe..dah 2 minggu actually aku terlepas cerita ni haha (siap kira) malam ni aku memasang cita-cita yang tinggi untuk tengok..makanya untuk menentang kekuyuan mataku ini aku menggigihkan jiwa dan raga menahan cobaan ini (ceisss bab tgk TV gigih)

walaupun ceritanya dikatakan cerita adik2 tapi aku suka gak tonton antara pelakon yang aku suka adalah Dafi ngan BOB walau muncul macam kelip kelip je tapi lakonan diorang yang selamba aku suka...paling aku tak suka Anang ngan sapa ntah nama dia (yang rambut kaler sebaris tu)...berlakon macam bagus je, tak pernah nak kalah haha...marsha ngan yang lain2 ok je la...
okla aku nak gi berteleku depan TV ni tunggu dia start...
p/s: huhu update blog nya pasal abis air secerek aku masak tinggal setengah...nak sangat hapdetkan hah ambik ko..hahaha

malam ini

malam ini selasa malam rabu...balik kerja tadi berhujan tapi sempat gak singgah ke pasar malam kat bandar kinrara..beli lemang n rendang kerang tak sedap + yg cucuk cucuk tu pun tak sedap jugak huhu pastu balik rumah dah tak tau nak buat apa...skang ni aku tengah biorkan aje tv tu cakap sengsorang...mmg keazaman dan kecekalan aku tak cukup kuat untuk membolehkan aku menonton rancangan berita huhu...tak tau la kenapa, so no wonder la aku macam selalu je tertinggal...hehe tp takde la jauh sangat kot sebab skang ni pepagi kalau dan aku rajin jugak baca berita online, walau hanya baca 2 cerita je..haha yang lain semua baca tajuk..bosan je semua cerita iras2 je selalu
walaupun rasa macam tak tau nak buat apa campur mata dah stimm aje sebab makan lemang (siapa suh gatai beli) huhu..aku tetap menggeletiks nak mengapdet blog sebab nanti kak ieja kata aku lupa pasword lak haha...tapi sebab tak tau nak update cerita pasal apa sebab nothing special berlaku untuk 2-3minggu kecuali tragedi melanggar burung (tapi bukan langgar lari ye), apa lagi yang berlaku...ermmm last weekend gi kenduri kat bentung sekaligus hanya mampu tgk adik n anak sedara berkubang sebab tak bawak baju, apa lagi..ermmm hhaaa tengok macam takde apa yang best pun, takpe pasni aku buat entry yang mencabar sikit daripada pos ini.
supaya tak nampak sangat aku ni sebagai seorang yang tidak menjalankan aktiviti berfaedah makanya bersama ini aku uploadkan gambar anak sedara aku yang tinggal kat bandar kinrara..seorang nama hajar seorang nama daniel iskandar (nama meletops) haha..umur yang laki baru 3 bulan yang kakaknya setahun lebih rasanya...semenjak kerja tempat baru ni aku selalu je lepak rumah diorang bila masa makan tengahari..perjalannan dalam masa 15 minit pergi balik 30 minit aku lepakla dalam 20 minit je tgk cerita sambil mengunyah kalau ada rezeki hehe..tapi gambar ini diambik bila ada oneday tu aku bercuti siap angkut diorang ngan maknya pergi ke Taman Bukit Jalil je, walau aku dah bertahun jadi warga area bukit jalil sumpah baru sekali tu aku sampai...huhu [pas ni boleh buat port baru untuk jogging (konon-kononya) hahaha...so aku dah tak tau nak melaha kan apa lagi..nanti bila otak aku mencurah ngan idea aku update lenkali..huhu...
so by the time enjoy la tengok gambar anak sedara aku yang kiut miut dan gebu-gebuan macam pakciknya ini...

hajar ngan adiknya..muka macam manja je, skali bg can..huhu

hajar muka ngantuk...muka tengah kuyu

aku suka gambar yang ni sebab nampak kiut macam aku hahaha

KIUTTTTTTTTTTTTTTT!!!! mcm pakciknya

p/s: lepas ni aku buat post pasal anak sedara aku yang lain lak..anak sedara aku ramai semua sekali ada 14 tau...erkk 14 ke??

Tuesday, May 4, 2010

nak buat jahat

Hari ahad baru ni aku ngan adik adik aku gi la nak mandi air terjun batu berangkai kat Kampar dan sebelum pergi mandi kami pergila menengok adik aku yang lain plak kat SBPI Gopeng..ingatkan kalau dapat nak bawak dia keluar sekali gi mandi air terjun rupanya kecewa. cikgu sekolah dia tak bagi dia outing dan masa tu mula la plan bagai2 antaranya adalah mengkidnap dia bawak keluar dan masa tu juga berlaku satu aktiviti yang sangat kelakor dan sekaligus kalau rahsia ini diketahui ianya akan menjejaskan beberapa pihak haha..so i cannot tell the story here la., agaknya lagi setahun leh la aku ceritakan kisah ni kalau aku ingat la tahun depan tu haha ..pemandangan dari sekolah tu ke arah bukit yang aku nak mandi air terjun tu sangat cantik haritu sebab malam sebelumnya hujan turun menderu deru agaknya dats why la haritu cerah n panas merengsa je haha...

setelah operasi gagal maka kami terpaksa tinggalkan anon kat SBPI Gopeng untuk sambung studynya yang terbantut pagi tu, sian dia tapi nak buat camana...hajat nak buat kejahatan yang tak kesampaian la katakan..therefore kami terpakse la mandi berempat je kat BB tu..huhu bukan bukit bintang ye tapi Batu Berangkai...sampai2 kami terpakse mentransformkan kereta burgundy tersebut menjadi fortuner haha..sebab jalan nak menuju ke puncak semakin hari semakin sukar..tapi tetap rasa berbaloi sebab sampai2 takde orang sangat n kami dapat port yang paling best la kiranya kat air terjun ni..tapi airnya dalam melampau2 sekarang ni sebab dah ada orang tolong empangkan tempat tu..tapi air sangat sejuk dan clearrr....sempat main masak2 maggi dan juga seekor tengas sebaya ibu jari telah menjadi mangsa gorengan minyak zaitun huhu sedap rasanya bau minyak zaitun..


gambor kat atas tunjuk pemandangan bukit BB dari jauh gambar kat bawah menunjukkan betapa klearnya air di BB..