Wednesday, November 16, 2011

mamai...

arini tadi aku cuti dan aku gi jejalan kat rumah adik aku memain ngan anak2 sedara aku yang super duper kiut namun liar. haahaa..so after a moment rasa ngantuk dan jatuh tidur la aku sampai dekat kul 2petang. Bangun tidur tengok henpon oh ada 5 miskol omaigod sibuknya line tepon aku arini, selalu nak ada 1 call pun payah haha
ini gambar google

one of the call are from my boss, so as a good subordinate aku reply call la balik and the conversation between me and my boss casey (bukan nama sebenar) mcm berikut:

me: Salam, ye kak kenapa call saya tadi?
Casey: Naper tak angkat tadi, Tidor ke?
me: a'ah biasa la cuti2 ni, nak apa kak?
Casey: kalau jalil pergi S***** leh tak?
me: S****** tu kat mana?
Casey: Mr H kata kat tepi hiway je...
aku pun tak de nak pikir pikir dah jawab ok je la kan, ingat pergi bekap ke apa ke.

tetiba bila dah habis sembang letak tepon mata nan kuyu dah mula jegil jegil baru otak aku yang terpikir that she mean by pergi s***** tu bukan as a bekap or whatsoever tapi nak kena transfer kat sana la kot huwaaaa......

omaigod omaigod aku dah tersasul semasa minda aku separuh sedar tercakap setuju lah pulak, so now terpikir camana nak teragkan kat dia what i thought before and actually takdela kisah sangat nak kena PERGI tu, cuma harapannya jangan la dalam masa yang sangat dekat ni..huhuh baru nak beramah tamah ngan setaff yang ada kat tempat sekarang.

Kamera pink Burung kuning

edited version: gambar aku ambik otw nak gi kerja kat mrr2
unedited version
assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pengunjung pengunjung yang menten melawat blog ini kerana semakin lama blog ini semakin tidak berupdate namun begitu masih ada yang sudi melawatnya.

nak meracau apa kat sini pun tak tau la, kekadang tu dah taip panjang berjela2 tetiba jemari mulus ni laju je tekan ctrl A ngan butang delete hahaha.n Mungkin salah satu sebabnya aku kurang meracau<-- perkataan yang tgh up skang ni hahaha skang ni sebab kamera aku sedang mengalami masalah merajuk manja-manja. kekadang dah tangkap gambar takleh nak upload plak, ganti kad baru sebab sebelum ni dia takleh nak on pun sebab katanya kad dah rosak. huhu kalau ikutkan lanjut usianya mmg dah dipandang sinis la kan.

sekarang ni era orang pakai kamera DSLR tapi aku menten je gune kamera pink ada burung kuning aku ni. Pada aku, aku rasa puas guna kamera ni, senang nak diangkut kesana kemari dan dan kualiti gambarnya sangatla memuaskan hati...contohnya gambar KL kat atas ngan gambar bunga yang kat bawah cantik je. Standard la kalau ada pengeditan, orang guna DSLR pun kalau bukan betol2 expert kena edit sampai berulang kali kan. huhu..


by the way most of the gambar yang ada kat dalam blog aku ni adalah menggunakan kamera pink burung kuning aku ni la...termasuklah gambar2 header untuk blog ini. so kepada kamera aku jangan la meragam2 manja lagi sebab memang dah takde kot pada aku kamera yang elok macam ni, huhuhu..dah try adik abang aku punya aku tetap rasa gambar dari kamera aku ni paling meletop. Nanti kalau rosak nak cari kedai yang boleh repair kot ko rosak sukar bebenor dah le gamaknya, sebab ko boleh dikategorikan sebagai kamera yang rare...haha

edited version:gambar bunga lili depan rumah aku


Saturday, October 15, 2011

Deer Land & Orphanage Elephant Sanctuary

Assalamualaikum dan selamat pagi. this photos were taken during visit to Kuala Gandah Deer Land and Orphanage Elephant Sanctuary a few weeks ago, cannot remember. karangan nanti aku submit,

Happy Friday everyone, haha sorry la its been a long time no update here bizi macam menteri aku sekarang ni plus plak line wimax yang semakin uzur. Dah gi kat HQ cek punya cek punya cek masalah sebenar internet tak dapat sebab kadar congestion yang sangat tinggi.

okla sebenarnya nak sambung cerita pasal kuala gandah sebab dah lama tertangguh hehehe...aku pergi kuala gandah elephant sanctuary tu ngan faiz ngan wan haq the same people masa gi naik Broga dulu haha. Macam biasa the plan was always an ad-hoc one barulah rasa mencabar kan hehehe. early in that morning faiz pergi berlari2 kat mana ntah n dah lepas kul 10 jugakla baru bergerak ke pahangnya. Wan Haq dah membebel bebel sebab lambat dan takut tak dapat pass nak mandi bersama gajah and me too lah.

Alhamdulillah sampai kat sana dalam kul 1200 and masih available the pass yang kitorang nak tu, pas kaler kuning tak silap aku. Memandangkan kitorang sampai situ awal makanya yang ada ketika tu hanyalah tayangan dokumentari pasal gajah dan disebabkan aktiviti bersama gajah hanya setat kul 1400 maka kami telah melarikan diri ke Taman Rusa yang dekat ngan tempat tu. 



masa sampai kat taman rusa n nak ambik tiket tu tanya lah kat kaunter tu apa yang ada, dia kata macam2 ada kecuali beruang diorang. Muka setaf setaf yag kat situ macam tak puas hati bila menceritakan pasal beruang peliharaan diorang yang kena rampas ngan PERHILITAN sebab diorang sayang kot beruang tu, yang tinggal hanyalah kenangan kat situ hehehe..tengah jalan2 dalam taman rusa tu ada gak ular sawa yanng menjalar kat lantai taman tu hahaha...ada burung ada arnab ada landak ada ayam berbulu macam kapas ada banyak spesis burung kuang ada burung unta ada burung merak pendek kata macam2 ado...masa masuk anda akan diprovide dengan kupon untuk memberi makan kepada rusa n the food dibekalkan, makanannya harusla berbentuk vegetarian kerana rusa bukanlah spesis maging ye. Merasa la kena himpit ngan rusa rusa yang manja nak berebut makanan but aku tak sanggup nak suap kat diorang so aku pass aku punya bakul to my friend je la. menurut penjaga kat situ kena jaga jaga takut kaki kena pijak ngan kekaki runcing rusa rusa tu.



dah dekat kul 2 tu gerakla pergi balik elephant sanctuary tu sebab nak main ngan gajah plak, rasanya inilah kali pertama aku menunggang gajah and bermandi bersama gajah, actually bermandi tu hanyalah gambaran je sebenarnya ko duduk atas gajah tu 30saat kena simbah simbah air then turun ganti orang lain plak but it was fun. Last2 aku sorang je yang naik sorang dah masuk air tapi kesian kat gajah tu katanya and sorang lagi langsung tak basah...


Friday, October 14, 2011

Bandar Kuda Laut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua semua yang telh menghadirkan diri kepada blog ini. Macam yang dah bersebut dek saya minggu lepas saya dah pun selamat sampai ke MIri Sarawak dan jugak dah selamat balik ke KL. Sila juga percaya bahawa saya telah mengalami jet lag, hoh sound macam baru turun flight ke Bora-bora plak rasa jauhnya. untuk informasi semua tema bandar Miri ni adalah kuda laut, so kemana2 pergi anda akan nampak kuda laut.
kalau ikutkan rancangan aku je cadangnya ada 3 hari kat sana first masuk kerja punch card keluar jalan2...2nd day masuk punch card berlakon kerja sikit2 keluar merayap then punch out plak pastu third day punch card masuk kerja bersungguh2 dan lewat petang punch out terus ke airport pulang, tapi mungkin sebab aku ini mmg seorang yang tabah berkerja makanya tentatif awal program tidak dapat dipenuhi kerana first day kat sana punch in duk opis sampai petang..dah malam ku 7 punch out matahari pun dah hilang dah. malam sebelum tu makan nasik lalapan ayam kat kedai kat tepi jalan depan hotel, ok sedap malam kedua pun ngadap nasik lalapan kembung plak, kali ni kat restoren lalapan founder plak katanya. tapi sesungguhnya aku rasa nasik lalapan kat kedai bukan founder lagi terbaik huhu kedai founder sambal belacannya sangat terasa belacannya sampai esok tengaharinya bau tak hilang2 huhu...nasik lalapan ni kalau kat sini macam nasi ayam penyek gak, cumanya kat sana ada 8 jenis side dishes termasuk ayam.


thank god the 3rd aku kat sana dapat pergi ke Pasar Malam kat Boulevard Miri, macam2 ada kat sini and the most thing aku perasan adalah pisang and ada jugak pisang yang sangat tembam, gayanya macam pisang awak tapi bersaiz tembam. Sebelah siangnya sempat gak merayap ke Pasar Tamu tapi sebab pergi dah lewat tengahari makanya tak berapa nak meriah, kat situ jumpa dah ikan terubuk masin yang dimasinkan sendiri oleh tuan kedai. Mengenangkan takde tempat nak simpan utk malam tu so tak beli la kejap tu dan beli esok hari cadangnya. Tak beli terubuk masin malam tu beli terubuk bakar yang enak kat pasar malam daripada awek manis..haha ikan dia besar dan segar aku rasa dalam sekilo sekor ada kot, tapi harganya mabeles murah seekor 15-17 la macam tu harganya. Aku ngan Zek pun tapau sekor untuk dibaham kat bilik hotel huhu. Hasilnya daripada bentuknya macam gambar kat atas kat bilik hotel terus jadi macam gambar kat bawah.

 

selain daripada mentapau ikan terubuk aku jugak membeli beberapa ketul kek lapis sarawak tapi sebab masa tu poket kempis sikit makanya kek lapis tersebut dibeli dalam kuantiti yang tidak banyak hahaha...so peringatan disini jangan ngengada nak request2. Gambar kat bawah adalah gambar kek yang mahal berharga RM50.00 seketul katanya freshly baked..kalau yang murah2 tu maknanya dia masak semalam or kelmarin. 





cecita kononnya nak mentapau terubuk bakar tak kesampaian sebab masa pergi nak beli tu kedai semua dah tutup sebab the last day aku ntah macamana boleh plak terberlakon sibuk sibuk buat kerja kat kedai ngan si Zek. Keluar keluar je dari bangunan the sun already settling down katanya so berhambatan la si adiff bawak kete nak ke pasar tamu still tak sempat jugak. hoho so we say good bye to Sarawak without the terubuk masin la, luckily we got the kek lapis nak bawak balik...


p/s: sambil aku mengarang karangan ini sambil aku menikmati susu segar dengan mangga..perghhhh terbaekkk...

Friday, September 30, 2011

Broga Lagi

Again i visited the Broga hill, the last one was in May masa tu aku berjaya sampai ke puncak tertinggi skali kat broga tu la. tapi untuk second time ni kaki agak letih nak sampai kesana lagi.. makanya aku ngan wan haq hanya sampai kat tengah tengah 2puncak that is the the most far wan haq sampai sebab sebelum ni dia stop kat stesen which fakry plak stop this time, right at the beginning of the most mencabar track, gayat katanya.

hahaha nampak tak gambar kat sebelah menunjukkan aku dengan penuh kebahagian mengambil gambar sambil pose pose melompat, unlike faiez yang melompat dengan gaya kejung...hahaha, gambar cannot be published takut kena carut nanti haha..

hajar tanya tips tips camana nak naik sini huhu..rasanya kalau tips nak mendaki tu takdelah kot sebab laluan nak sampai atas ni bukanlah macam nak mendaki sangat sebab laluan dia dah mmg terang sebab ramai sangat yang akan join hang naik bukit ni especially kalau pergi waktu cuti lagi la berduyun-duyun orangnya.

cuma nasihat yang leh bagi silalah jangan terlajak tidur sampai sebab sebaiknya adalah mula mendaki jam 530 pagi kalau nak tengok sunrise la, tapi kalau nak tengok pemandangan yang siang-siang pun takpe, and it less mencabar bila sampai kaki bukit pukul 730 sebab takyah nak bersuluh-suluh lagi. pastu just ikut je orang yang berduyun-duyun naik atas tu. utk first timer mungkin rasa jauh sikit nak sampai sebab tak tau jalan kot or sebab orang kata pokok pokok batu batan rumput rumpai unggas dan binatang liar nak bagi salam kat korang. 

kalau tengok gambar kat sebelah menunjukkan betapa letihnya body language yang terpamer oleh wan haqq but congratulation untuk dia sebab berjaya mencabar diri sendiri and better than before, so sasaran selepas ini adalah mengangkut fakry lak sampai atas sekali dengan shahrizan ishak.

one more thing, aritu kitorang siap bawak bekal brekfest kekonon nak makan kat atas tu. On the first time pergi nampak orang makan macam best je, so gigih walau dah terlambat bangun tetap nak buat bekal. tapi rupanya bila dah sampai atas tu takde rasa nak makan sangat pun and finally all the bekal dimakan kat rumah je..haha.

p/s: the most importante yang nak kena bawak nak naik tu adalah kamera bimbit anda sebab pemandangan memang cantik dan rugi kalau takde cekelip cekelip gambor.