Sunday, June 5, 2011

Pahlawan itamputeh


Minggu lepas aku gi tengok kung fu panda 2 kat Cheras Leisure Mall, pergi MBO kat S*PARK ada yang versi mandarin je, terpaksa merantau ke tempat lain. Ingat dapat la tengok kat tempat yang takde orang, budak MBO tu suruh pergi Galaxy ampang tapi aku sesat sampai ke CLM. Movie start kul 1200 rasanya masa tu. Pergi hari bekerja ingat tak ramai rupanya separuh penuh jugakla wayang tu mostly budak2, sekolah kan dah start cuti masa tu. Pendek kata Kung Fu Panda yang ke2 ni best jugak tapi aku lebih suka yang satu punyaa cerita.

Cerita dia pasal panda nak gi menyelamatkan kung fu dari dimusnahkan oleh lord shen iaitu anak maharaja bandar gongming yang brutal . Lord shen ni ada buat senjata meriam menggunakan karbad bunga api dan bercita-cita nak tawan dunia. semasa asalnya dia nak jadi jahat ada peramal bgtau yang dia akan dihalang oleh pahlawan hitam putih aka panda. so dia pun pergi menyerang kampung panda serta membunuh panda-panda sekalian. Kali ni jugakla si panda tu baru sedar yang dia bukan anak pembuat mee dan dia mula belajar sejarah susur galur hidup dia yang sebenarnya.

kalau yang lepas tema dia pasal dragon warrior yang ni plak pasal inner peace iaitu ketenangan dalaman yang membolehkan panda mematahkan rancangan lord shen untuk menyerang china dan sekaligus menamatkan zaman kung fu di China. kesimpulannya berbaloi la kalau anda-anda sekalian pergi menonton cerita ini dipawagam berhampiran rumah anda, CD cetak rompak pun dah keluar kot...hahaha.

okeh adios amigos la dulu ye pembaca-pembaca sekalian...nak bersiap2 pergi berkerja..daaaaaaa

No comments: