cerita kashaf imani dia tayang kat Astro lama dah bulan 2 aritu lagi, cumanya sebab rumah aku tak berastro makanya baru 4 hari lepas aku tengok cerita ni, pada aku cerita ni memang akan memberikan kesan insaf pada orang yang menontonnya. Jalan ceritanya berkisar pada kisah kehidupan golongan yang kurang mampu diKuala Lumpor ni, pada aku cerita ni berjaya menunjukkan realiti kehidupan yang sebenar masyarakat dikawasan berkenaan. Ibu yang kasihkan anak2nya, anak yang kasihkan ibunya. Kisah anak yang derhaka pada ibunya. Pelakon cerita ni adalah Beto Khusyairi as Kashaf dan Amani as Imani. Kashaf sayang kan mak dia just dia tak tersebut dengan mak dia disebabkan keadaan semasa yang getir haha..then satu hari dia koma sebab kena tikam n Imani ni plak leh nampak roh dia, so si kashaf minta tolong imani untuk bagitau mak dia bertapa dia sayangkan mak dia n dia nak mintak maaf sangat2 dengan mak dia. Aku nak cerita panjang lebar pun bukan tau sangat, so kepada yang belom tengok cerita ni kalau rasa nak insaf bolehla tengok kat youtube...astro pun ada jugak. banyak skrip yang best dalam cerita ni macam
Skrip1
Kashaf: kalau kita mati esok
kawan: Kita berenang-renang dalam neraka la hahaha
then esoknya kawan dia betul2 mati...
Skrip2
Nenek Imani: Doa seorang Emak untuk anaknya tiada hijabnya....
Skrip3
Imani: Dia cakap dia tau syurga tu dibawah tapak kaki ibu
Emak Kashaf: Terima kasih kashaf sebab meletakkan syurga dibawah kaki emak...
lagu tema dalam cerita ni pun best gak aku baru je donload kejap tadi tajuk dia tiada duka yang abadi dinyanyi oleh opick...layan
lagu tema dalam cerita ni pun best gak aku baru je donload kejap tadi tajuk dia tiada duka yang abadi dinyanyi oleh opick...layan









Bila bebudak UPSI tadi dah berenti parking kat tepi aku pun ala2 melajak ke depan sikit la, konon kononnya taknak la diorang tau aku tgh ikut diorang. Teknik ni memang selalu aku guna pakaikan hehe. tapi takde la berjaya sangat sebab budak2 tu dah tau memang aku ikut diorang. tujuan melajakkan diri tu untuk lakonan pada diri sendiri je la. Port yang aku berenti tu betul2 dekat tempat yang paling ngam soi kat situ, ada tiga anak sungai bertembung kat situ. air sungai yang kecik tu tak sejuk sangat, tapi sungai utama dia punya air memang brrrrr sejuknya. Tempat tu masa tu ada dua orang makcik yang tak kurang sombongnya. Sebabnya bila aku buat2 muka manis kat diorang pun diorang berjaya memaintainkan muke kelat deme tu. Siap dok buat rawatan mata letak batu atas mata nak bagi mata bercahaya agaknya.
kalau korang penyewa kat teratak tu agaknya leh la pinjam pelampong tayar trekta tu. Aku nampak bebudak sedang beriang ria main water sliding dari tempat aku mandi ke depan teratak tu. Halaju air kat kawasan aku mandi tu boleh tahan la jugak sampai aku kena menggigihkan diri buat empangan dan kolam mandian sendiri. Memula aku sampai kat port terbaek tu aku berlakon2 pusing2 area tu ambik gambar sana sini.
Tiang tu pulak adalah tiang jambatan yang menghubungkan perak-selangor masa sebelum komunis menyerang Tanah Melayu, tapi masa jepun menyerang Tanah Melayu tiang tu dah kena bom dengan tentera jepun agaknya. Tu yang tinggal tunggul aje gamaknya. Alhamdulillah la sebab kawasan ni sebab susah sikit nak sampai, so kadar pencemaran tu terkawal la jugak. Takde la sampai azab macam dekat kawasan mandi kat Ulu Yam tu. Rama-rama pun banyak kaler jugak dekat sini, tapi semua nakal2 tak nak bagi aku ambik gambor. Nasib baik dapat gak sekeping buat bahan bukti kat korang hahaa, actually rama-rama tu kalau ditengok secara langsung kaler n bentuk dia macam daun kering..cantik. Masa mandi tu jugak aku agak terkejut bila nampak ikan keli sebesar lengan macam tengah mabuk terhuyung hayang. Entah dari mana la agaknya dia datang tu, ke baru lepas bertelur macam ikan salmon; bertelur kat hulu sungai? Overall aku rasa tempat ni sesuai la untuk camping untuk sebab banyak port2 untuk mandi dan berBBQ. Kalau rasa mampu leh la sewa bilik/chalet kat teratak tu.

