Monday, July 11, 2011

Floria 2011 Putrajaya

“When the sky is torn apart, so it was (like) a red rose, like ointment.” Quran [Surah Ar Rahman :Ayat 37]

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca tegar dan gigih blog aku ni. kali ni nak berkongsi gambar floria 2011 ngan kome yang aku ambik masa aku pergi tengok semalam, hehe walau aku masuk kul 1 petang tapi tetap mencuri kesempatan nak pergi tengok floria yang aku tak pernah miss lagi since 2008 rasanya. Tema floria kali ni adalah "rose are forever"  katanya. Bajet aku pergi boleh la tengok bunga ros macam2 saiz, warna n gaya kat sana, tapi rupanya itu hanyalah sekedar tema yang mana bunga2 ros hanya diselit2 celah2 bunga yang lain...Tapi okla sebab ada certain area yang menggunakan rose sebagai lanskap diorang yang tetap menguasai pentas adalah bunga yang banyak berbunga macam petunia dan bunga keembong cina tu..pada pandangan aku la.

garden2 international kali n pun tak mengancam macam tahun tahun yang lepas ada seketui dua je yang letak gardennya macam us uk ngan jepun tu. sebab gambar n garden tak berapa mengancam so aku tak ambik gambar dia hahaha...satu lagi agaknya bila tema rose ni pelanskap2 terus bercita2 nak buat tema english garden sana sini kalau pergi boleh tengok ada perabot kaler putih yang sinonim ngan english garden. Satu lagii perkara adalah most of the bunga-bungaan yang ada kat situ dah start layu-layu ayam...ada yang dah meliuk lentok pun, kali ni penyertaan dari negeri2 pun tak berapa banyak. Yang aku ingat ada pun negeri penang punya sebab cantik dengan kepala feri.

tapi sepanjang kembara aku semalam aku berpuas hati sebab at the end of the journey aku berjumpa kak rohani bunga ros, kakak ni memulakan ceramah kat aku ngan petikan ayat al quran kat atas tu, dia kata dalam quran ada 3 jenis haruman yang disebut iaitu haruman kasturi, haruman setanggi [kalau tak salah aku] ngan haruman mawar...then akak ni bercerita dia dulu ada penyakit yang kendiannya dia rawat dengan menggunakan haruman mawar, alhamdulillah macam dah ok aku nampak dia. Dalam bersembang-sembang ngan dia tu macam2 petua tanam bunga ros dia bagi tau contonhnya kalau nak siram pokok bunga ros jangan bagi kena daunnya atau siram dlm kul 2 petang. kalau nak potong/cantas pokok dia pun ada teknikya, tanah dia kena berpasir sikit sebab akar bunga ros perlu rongga nak bernafas, penggalak akar boleh guna dahan willow tree yang diketong ketong, kalau nak buat tut pilih dahan yang macamana, dan paling best siram pokok ros guna air bancuhan lemon...huhu terus pasni rasa nak beli pokok ros and try buat apa yang da bagitau tu, sebalum ni tanam asyik kiok karakpop je pokok bunga ros aku.

apa-apa pun semalam sempat jugak aku round habis floria secara single mingle sebelum masuk kerja kul 1.00 tengahari hehehe...

3 comments:

crisda79 said...

tajuk tiru! huhu..

syntheare said...

apa maksud ni jel? aku xpaham....explain plzz....

jalilsalleh said...

kak ija: hahahaha....
cynL: tunggu la cerita penuh dulu tgh menaip ni