Once I was a good driver, hahaha good la sangat but rasanya memang aku seorang yang sopan masa memandu. apesal lak aku tulis tajuk yang sopan macam tu?
Suatu masa dulu masa aku memandu atas jalan raya, masa tu baru2 dapat lesen so bila ada orang makan jalan aku dengan tak memberi signal aku buat tak kisah je diorang lupa kot, then kalau orang memotong secara huru hara aku kata mungkin sebab diorang emergency kot, tak kisah la masa tu aku drive kereta or menunggang motosikal. Jarang yang teramat sangat aku tekan hon, sebab niat ikhlas taknak orang terkejut sekaligus gabra dan menyebabkan aku langgar dia. Tapi ini kisah masa aku bawak kereta bapak aku ke pekan teluk intan, ini kisah masa aku bawak motor ke sekolah.
Sekarang ni tekan hon dah macam jadi tabi'i sejak azali pulak, pantang ada kesempatan pantang ada orang macam nak potong jalan aku je aku hon, ade orang memotong macam s*** pun aku hon. semenjak menginap kat bandar besar ni tekan hon bukan lagi ditujukan kepada ketua kampung yang tengah bawak motor keliling kampung. Tapi aku tekan hon skang ni sebab terpaksa. Aku ibarat mentimun dengan durian, menggolek kalah digolek pun kalah. so bila kereta-kereta bersimpang siur kat federal or mrr2 maka hon terpaksa memainkan peranan untuk mengelakkan aku tergolek kat tengah jalan tu.
Ini kisah masa aku bawak kereta bapak aku ke pekan teluk intan, ini kisah masa aku bawak motor ke sekolah. Masa tu ustazah aku kat sekolah cakap hidup manusia kena saling menghormati, yang berpangkat kena menghormati yang dibawahnya, maka orang yang kat atas takan lupa bumi yang dipijak dan akan kurang perselisihan. Ustazah aku bagi contoh orang yang bawak kereta kena hormat pemandu motor, pemandu motor kena hormat penunggang basikal dan penunggang basikal kena hormat pejalan kaki. Tapi semanjak menginap kat bandar besar ni, itu semua hanya falsafah yang amat amat sukar nak berjaya. Prinsip ni rasanya masa kat sekolah memandu pun cikgunya ada bagitahu, tapi biasala manusiakan mudah takbur...bila dah naik kereta berhawa dingin apalah sangat motor tak berbumbung, yang naik motor rasa bergaya sangat dah dapat memecut laju compare ngan berbasikal rasa lebih gah sebab naik basikal daripada berjalan kaki.
.
Once I was a good driver, masa tu aku tak hon orang sebab aku taknak orang tu terkejut, but sekarang aku tekan hon sebab aku sendiri yang terkejut, so aku rasa aku still a good driver lah kan. but terpaksa aku akui, am not a perfect driver...selalu jugak mata melilau semasa memandu menyebabkan aku terkejut. agaknya mata aku bertambah liar skang ni, tu sebab makin banyak aku tekan hon huhuhu...sampai sekarang rasanya aku tak berapa nak lulus lagi lesen memandu daripada apak aku haha...
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
Az Zukruf ::13-14
No comments:
Post a Comment