2 hari lepas tgk cerita edisi khas tv3, cerita pasal isu mukabuku walau dipersembahkan dalam bentuk komedi tapi betul apa yang cuba disampaikan. mukabuku banyak sangat mempengaruhi cara hidup sosial masa kini. Bini ralit sampai laki brekfes tak lepas2 pekerja seronok sgt mukabuku tak nampak boss lalu.
memula dulu aku buat akaun frenster bila orang dah ada mukabuku aku tetap ngan frenster, tapi kak cuyeklah orang pertama mempromosi mukabuku sampai bila aku dah kenal mukabuku ni aku terkena badinya. haha...memula main simple2 tambah kawan tgk status tutup tu je, tengok aku punya quote utk FB tu..aku buta facebook, itu quote profile aku dulu hingga kini haha. Bila dah terer sikit aku mula main game yang ada dalam tu.
Macam2 lah game yang aku main, tak tau la kenapa bila dah tua2 macam ni pun tetap terkena ganja bermain game tu..jadik macam ketagih, masa kegemilangan aku men game tu dulu berlumba-lumbalah ngan cynthia n kak ija siapa level lagi tinggi especially game FarmVille tu. Agak sukar untuk mengalahkan diorang ni sebab diorang lagi tegar dari aku masa tu, dan aku percaya masih tegar hingga sekarang haha. Bukan setakat berkebun masa tu ladang aku dah berekar2 luasnya, ikan peliharaan happy Aquarium pun banyak siap boleh jual lagi, kendian mengembangkan perniagaan dengan membukak kedai kek kat baking life ngan cafe world. Bila kekayaan aku dah melimpah ruah masa tu mula bukak bandar cityville lak, kemain lagi kekayaan aku masa tu siap boleh own bandar and pulau sendiri kat happy island hahaha..Bila dah kaya mula la duit tak tau nak buat pe pergi lak bukak zoo, tapi nampaknya projek zoo tak berapa sukses sebab kegilaan aku kepada FB semakin lusuh dimamah usia...
Tapi sebelum kegilaan memudar, masa zaman kegemilangan tu jangan cakapla aku punya giler FB celik2 mata dah bercucuk tanam, kat ofis tanaman nak kena tuai, ayam kambing nak kena bagi makan...balik rumah cek ikan kat akuarium plak kekadang tengah malam boleh set jam sebab nak bangun nak tuai hasil farmville ngan barnbuddy takut nanti tanaman layu, hahaha ko mampooo nak komited macam tu kalau buat kerja? skang ni bukan lah kata 100% tinggalkan FB punya game, skang ni bukak2 ayam utk 2 game je lagi which is barnbuddy ngan cityville..yang lain dah jarang sangat bukak...rasanya ikan aku dah mula meninggalkan akuariumnya, duyong peliharaan kat pulau dah berenang ke darat gamaknya, ayam itik lembu kambing kat farmville mesti dah kurus cekeding tak makan, kedai kek aku harus kena carut ngan kastemer sebab menu tak bertukar hohoho...
ini adalah gambar barnbuddy aku yang baru ditanam semula jam 630 pagi tadi hahahaha.... |
2 comments:
kah kah kah....set alarm tu yg xtahan tu...dulu2 aku pun giler sampai mcm tu sekali, even ayam pun xbangun lagi aku dh bangun kasi ayam lembu makan. Kelakar la ingat zaman2 tu....skrg aku tgh start bekebun balik....aku nk kejar k ija yg semakin jauh meninggalkan aku...apatah lagi ko hehehe....
hahhaa tau takpe..punya semangat masa tu
Post a Comment