assalamualaikum semua pengunjung blog ini bak kata anon peep peep sekalian. Hari ni adalah Sya'aban terakhir untuk tahun ini. Malam ni lepas maghrib akan bermulalah pengiraan kalendar hijrah untuk bulan ramadhan bulan yang mulia... Macam orang-orang dan blogger blogger yang lain jugak aku nak mengambik kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua umat islam yang wujud dimuka bumi ini semoga saudara saudari tuan puan abang kakak adik sekaliannya mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada bulan ini. Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Malam ni lepas semayang maghrib kalian kalian sekalian bolehla memasang niat puasa untuk sebulan terus in case kalau kalau nanti kome terlupa nak baca masa sahur so dah cover siap-siap sebulan, tapi lebih afdhal lagi kalau baca tetiap hari...time bangun sahur bacalah, tapi untuk orang macam aku yang selalunya liat nak bangun time sahur tu niat siap2 lepas semayang terawih or masa tengah baring-baring guling guling nak pejamkan mata tu...kalau teringat kekadang lepas berbuka lagi aku dah niat puasa untuk esoknya..