Pagi-pagi tadi pergi sarapan kat pekan sungai besi makan nasik lemak kat dalam pasar pekan sungai besi tu, ambik nasik lemak sambal bilis ngan petai plus teh aiss uuu mmg kaw punya... lepas kenyang makan untuk meredakan perut aku gi jalan2 kat kedai kedai yang berteraburan di pekan koboi aku ini. Walau hanya pekan koboi tapi i loike sebab banyak kedai dia bukak awal macam kat kawasan rural je rasanya..huhu rural penggunaan ayat maju
jalan-jalan tetiba kat kedai barangan 2ringgit tu aku nampak sticker yang lekat kat dinding yang semakin mendapat sambutan rakyat malaysia tu. terus aku teringat ada kawan aku yang berkenan benda ni..tetapi rupanya dalam hati aku pun terkenan benda ni, terus belek2 siap pergi 2 kedai lagi membelek2 benda ini
dan YA...AKHIRNYA AKU TELAH TERPENGARUH untuk membelinya, huhu aku pilih yang gambar macam kat sebelah dan bila balik dengan penuh ketekunan umpama menjawab peperiksaan semester terakhir di universiti aku telah melekat benda ini kat dinding bilik aku. benda ni aku lekatkan kat kepala katil aku.
sepatutnya ada 2 buaian yang diorang main satu laki satu pompuan, tapi nak buat camana kerana sewaktu pembikinan panorama ini tali boyan telah terputus..maknanya terpaksa le bebudak lelaki itu dengan ingkanya panjat pokok plak hahaa... walau semasa proses pemasangan dijalankan terdapat beberapa kekeliruan namun terpaksa juga aku mengakui bahawa aku berjaya melekatnya dan nampak cantik. sekaligus bilik aku yang sememang sedia ada cantik telah bertambah menjadi cantik haha....
target pasni nak cari yang ada gambor daun berjuntaian plak....
2 comments:
aku agak tertarik dgn bnda tu..boleh ko zoom out kan lg..sbb rs nya cm nk g bli jugak bnda alah tu
huhu...terpengaruh jang tak terpengaruh...ko klik kat gambor dia tu dia jadi besor la
Post a Comment