Wednesday, September 30, 2009

MENYAMBUT SYAWAL

assalamualaikum dan selamat hari raya lagi sekali hehe ('o') kali ni nak cerita pasal sambutan hari raya dan persediaan semasa syawal..raya aritu aku balik awal dari orang lain, balik hari khamis dah kat kampung dah then khamis depannya dah start kerja lak..tapi tak rasa menyesal sebab dapat join untuk persediaan raya contohnya mengacau dodol, bakor lemang, tgk orang masak tempeyek, melibatkan diri dalam aktivit merendangkan ayam dan menganyam ketupat (haha matila propa je). siap ada aktiviti merayau kampung macam YB, aktiviti menyumbang dan main bunga api n mercun, tp mercun bodoh2 je la, tak berani nak main yang ekstrem sangat. malam raya tu menantu mak dari seberang perak bawak bunga api untuk merdeka tu meriah la jugak..untuk aktiviti lain aku dah letak keterangan kat gambar yang disertakan. cukup malas rasanya nak mengarang panjang2..kalau nak tau bacala tulisan yang ada kat gambor tu..sekian wassalam

Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri, dalam kesempatan ini yang masih lagi dalam bulan syawal yang mulia ini, aku harap masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat handal dan kenalan yang mana tak terucapkan salam masa aidilfitri aritu, pada kesempatan ini juga nak memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini sekiranya terdapat kekasaran bahasa, terlanjur tulis dalam blog ini dan juga dalam kehidupan seharian.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
nota jalil: ayat dalam gambar atas tu thanks tu encik Lah

Tuesday, September 8, 2009

Tak Nyempat2 nak Beraya

huhu BMG punya staff memang la teramat proaktif, see the bukti..orang lain belum buat lagi bahagian kami dah CANTIK dah..huhu serasa macam dah dekat je ngan raya padahal ada lagi 2minggu, lampu lip lap dah pasang, ketupah reben dan gantung...kad raya-kad raya tahun lepas pun dah bergayut-gayut je...ada Bahagian yang berani celen ke? muahaha...

gambar kad raya kat atas tu adalah yang dekat meja aku, sedihhhh dapat yang kurang comel haha walaupun meja aku ni aka nya meja penyambut tetamu tapi takpe sebab aku dah mencomelkannya dengan meletakkan beruang ngan kucing ngan dinosour ngan burung.patut lampu lip lap pun letak kat tempat aku ni haha bior bling2 bijik mata aku.. malam ni aku kena stay kat opis nak kena siapkan paper untuk MMN-7 nanti..terpaksa buke kat opis makan nasik bungkus, hahaha macam la kat rumah makan nasi kawah,

nota jalil: tetiba rasa maleh lak nak menaip daaaaaaaaa

Monday, September 7, 2009

PUASA 15 & 16

Salam,


untuk puasa ke 15 dan 16 aku berbuka puasa kat De Palma Sepang, untuk hari pertama makanannya sedap terutamanya ayam bakar dia makanan nasik ngan gulai lemak ayam dia pun best jugak. walaupun tempatnya macam kecil tapi rasanya puas hati la untuk bayaran sebanyak RM29.00 per head yang dikenakan. makanan dia okla.
ada 2-3 warung la dia bukak, antara produk yang terdapat kat warung-warung tu adalah koay teow goreng, cucur udang, Ais Batu Campur ngan Rojak pecal-untuk malam sabtu tu.


bagi malam kedua plak makanannya agak hampeh sebab takde ayam panggang haha...still ada buat ikan bakar tapi maintain macam malam sebelumnya yang mana ikan bakarnya langsung tak masak. siap potong2 nampak merah lagi dagingnya. tak paham la aku, payah sangat ke nak bakor ikan, rasanya takla lama sangat tapi diorang agaknya feeling2 duk kat jepung nun kot makan ikan mentah (harap airid tak buatla makan ikan mentah tu) tapi ayam bakar dia mmg sedap dan memuaskan hati, sampai kak ieja tiga kali la beratur nak dapatkan ayamnya, rasa dia punya sos lada hitam pun light2 yang enak je...so rasanya mmg la puas hati makan malam tu, lepas makan perut pun kenyang nak kena sleep haha..selepas hantar semua jemputan balik kami balik bilik dan dapat lelapkan mata sebelum kena panggil balik untuk kerja sampai tengah malam huhu..


Thursday, September 3, 2009

WHAT type OF mercun DO you Play?

hehe..salam semua, kali ni nak bagitau lak pasal mercun apa yang biasa dimainkan bagi memastikan kemeriahan raya terasa (tapi sekarang dah diharamkan ye adik2). kalau masa aku kecik2 dulu macam2 jenis mercun ada jual siap jual kat kedai runcit pun, lepas diharamkan kena jual sorok2 dan sekarang boleh tahan la senangnya nak dapat mercun ni cuma harganya la mahal teramat sangat rasanya.. kalau dulu bunga api tangkai belang-belang tu 2ringgit dapat seberkas dah ni tadi nampak macam sebatang sekupang je harganya..huh mahal sungguh, ini baru betul2 bakar duit namanya (hahaha macam zaman aku free aje kan bunga api n mercun ni)
walau macam tu pun aku ni bukanlah pemain bunga api/ mercun yang merbahaya sangat bunga api yang biasa aku main kekecik dulu adalah bunga api batang belang tu la takpun bunga api cap kucing yang tangkainya besi tu. tak mampunya nak beli yang warna warni tu, yang tu masa umur aku dah harga 2kupang satu hoh rugi2.
tapi kalau bab mercun boleh kata semua spesies aku dah try la walaupun pada setiap tahun setiap kali nak start main mercun tu rasa macam cuak kebaibeh aje, tapi lama2 jadi syiok plak membakar mercun tu. tapi yang paling selalu n standard adalah mercun papan atau mercun padi, gambar mercun merah kat atas tu mercun papan ye mercun padi kecik sikit dari tu regenya sepapan 3kupang huahuahua...ganas tak aku siap ingat harga lagi.
mercun yang lain macam mercun roket, mercun lebah dan mercun gasing selalu gakla main cuma kadar kekerapannya jika dibandingkan dengan mercun bola n mercun ketupat tu adalah lebih tinggi. mercun ketupat ngan mercun bola ni bunyi kuat kemain n agak bahaya la jugak.so lepas pasang sumbunya terus cabut lari jauh2 haha...kalau mercun padi tu berani la main baling kat orang. kalau mercun lebah atau ular atau katak memang bahaya sebab dia main jalan kemana dia nak pergi je.
tapi apabila aku melangkah lebih dewasa start main meriam tanah lak, memula main meriam tong je tapi lama kelamaan akibat rasa boring ngan bunyinya yang tak mencabar sangat kami diinovatifkan untuk menjadi pembuat meriam tanah, siap main lawan bunyi siapa kuat lagi ngan kampung sebelah. selalu jugak kami letupkan merian ni pepagi masa waktu sahur dengan niat nak kejutkan oprang supaya bersahur...[ok la tu beramal baik sikit2]
okla aku dah ngantuk dah ni, hasil penguploadan gambar ini dari internet wimax aku yang agak slow harini, so dah terlajak waktu tidur aku...byeee....zzzzzzzzzzzzzz