minggu lepas aku n my family pergi hantar adik aku pergi poli, kami panggil dia adik, namun dia bukanlah adik yang paling adik hanya kerana nama dia adik.
adik yang aku maksudkan adalah masitah yang kini sedang menyambungkan pelajarannya di POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN a.k.a POLITEKNIK DUNGUN yang terletak dinegeri yang beriman iaitu negeri Terengganu Darul Iman. Bergerak ke Terengganu hari sabtu selepas kenduri sapinah my sepupu kat cheras around 11.00 kitorang jalan, memula budget perjalanan 6 jam tanya orang ada yang kata 4 jam, 5 jam, 6 jam...tapi kami buat 7 jam rasanya..sampai depan politeknik tu dalam kul 6.15 macam tu la.
lepas dah tengok tempat adik tu adalah pula giliran nak cari tempat tidur huhu...punyalah payah nak dapat sampai ke kuala abang la kami berjalan..sipi2 nak sampai tempat penyu bertelor. gambar kat atas tu adalah gambar kat depan kedai jual hasil laut yang segar bugar, tengok ngan sotong ngan udang dia nampaklah kesegarannya, kembung2 aje keras...warna menyalaa...kalau dapat goreng rangup2 ikan merah dia mesti sedap sangat
lepas dah dapat tempat bermalam kat perantau inn kat kuala abang tu, kami pun sleep aje la amalm tyu dan sebelum tu semapt makan dinner seafood, bay ayang kepingin sangat nak makan seafood katanya, memula jalan ngala ke rantau abang tapi kedai seafood nya macam kulat je kecik2 haha..pastu ngala kuala dungun jumpa la satu kedai yang boleh tahan tapi sepi aje keadaannya, nasib baik makanan sedap la jugak. sampai licin kami melahap malam tu, lapor agaknya.
gambor pun tak sempat ambik, LICINNNNNN
lepas makan apa lagi balik perantau inn sleep ajelah, bayar rm120 untuk satu malam, iyer2 request bilik ada dir cond tgk2 air condnya keluar angin je hawa sejuknya adalah amat minimal ye kawan2. pagi esoknya pagi2 dah jalan ke tepi laut yang memang betul depan chalet tu, malam tu tanya budak tu kata boleh mandi sekali tengok siang pagi2nya jangan kata mandi nak jejak kaki pun seriau aje rasanya..ombak dia kuat-kuat ayam tapi pergerakan macam leh tarik orang ketengah aje, pastu air nya dark aje macam dalam cerita dark water tu.
tapi apa pun nikmatilah keharmonian gambo kat tepi pantai tu pada pagi itu ye
3 comments:
teluk abang ke rantau abang ni?
NTAH JALIL NI, AKU TAK PERNAH PUN JUMPA TELUK ABANG (SELAMA AKU BUAT KAJIAN DI TERENGGANU)
silap la kuala abang, yang ni komfem betul
Post a Comment