manifestation in sabah tajuknya??haha apa yang menifestasinya? kalau nak tau bacalah aku tulis kali ni sampai hujung ye. minggu lepas aku telah menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu sekali lagi selepas trip mendaki gunung kinabalu yang tidak mencapai kejayaan itu akibat dada aku masa kat atas tu rasa panas nak meletup haha..itu cerita lain. kali ni nak cerita pasal aku sampai ke Tawau the east coast of sabah. kali ni trip adalah di atas urusan kerja semata2 sebab aku duk sana sehari je, so kepada sesiapa yang menyangka orang kerajaan selalu buang duit itu adalah tidak benar ye, sebab letih tau gi sana nak buatkan kajian untuk kegunaan ramai gak nanti. gambar intro yang kat atas tu adalah gambar yang diambil semasa didalam golden lounge KLIA ye kawan2, dapat masuk sebab ada tiket bisnes kelas kepunyaan bos aku.
flight aku yang pergi KK adalah pada jam 750 malam n sampai KK dalam kul 10.30 malam macam tu la teruk check ini kat hotel promenade dekat ngan pusat bandar KK n dekat ngan pasar filipina n hotel sama yang aku tidur masa trip ke Kinabalu dulu, thanks Baim. sekali lagi esoknya pagi2 buta kalau kat semenanjung matahari belum terbit aku kena bergegas ke airport nak ke Tawau lak yang perjalanannya memakan masa selama 45 minit macam tu, naik satu flight ngan Timbalan Menteri tempat aku kerja lagi. mendarat terus kami digegaskan ke marco polo untuk dengar taklimat oleh JMG Sabah.
dengar taklimat pasal JMG sabah, pasal LPMM, pasal tanah tinggi, dan pasal geoterma pastu kami bergegas pergi buat lawatan ringkat kat jeti buruk yang memerlukan pemodenan kat perkampungan kat Tawau ni (sila rujuk gambar dengan sampan itu) kejap je la sesi bertemu rakyat ni sebab macam dah terlari dari schedule sebenar yang mana kena gi tengok sistem penyaluran air tanah ringkas lak kat sekolah bukit quion tawau. sebelum berlalu pergi sempat la try makan kuih pulut panggang sarawak, bezanya cuma kuihnya gedabah n pulutnya agak keras. takpe2 janji dah cuba makan.
lepas tu pergilah rombongan kami ke sekolah bukit quoin tu nak tengok sistem pengairan diorang, tetiba rasa macam maju lak sistem ni sebab air yang dapat dari bawah tanah ni kualitinya adalah melebihi apa yang telah ditetapkan oleh WHO, maknanya diorang dapat bekalan air bersih sebersih-bersihnya yang mana sebelum ni diorang kena tadah air ujan dan kaalu bila musim kemarau maka kemarau jugalah tandas-tandas mereka. tapi dengan sistem ni masalah kekemarauan ini dapatlah diatasi dengan jayanya.
aktiviti meredah sungai akan bersambung selepas ini
2 comments:
WOI BOS KO XGI KER?
hahaa..gambo boss aku disembunyikan dengan niat
Post a Comment