Saturday, April 18, 2009

MAJLIS KAHWIN JAS N AMANI

JASRIZAL love ALYA AMANI
JUMAAT 17 April 2009: Majlis Berinai Kecil


Malam semalam aku ngan kak ieja n cynthia pergi menghadirkan diri ke rumah pengantin baru AU5, memula kami plan nak gi rumah jas aje terus tapi alih2 terdapat changing of plan yang mana kami akan ikut bergerak dengan makcik Jas kat taman Kemensah sebelah belakang Zoo. dalam kul 8.00 malam lebih kurang aku, kak ieja ngan cynthia sampai rumah tersebut dengan menaiki kereta kak ieja yang mana adalah baik sebab kalau naik kereta aku mungkin kami akan mengalami masalah nak meletak kereta nanti memandangkan TLK kat rumah Jas agak sedikit. hoho cerita terlajak, sampai aje rumah tempat berkumpul tu alya amani tengah bermekap-mekapan dan kami semasa sampai turut berasa bangga dan amat sesuai sekali untuk memasuki pertandingan Amazing Race sebab mempunyai pembaca peta yang amat terer iaitu cynthia, cyn jangan takbur lak ye pasni...sekali jalan je terus berjaya sampai..nasib baik Jas nya tengah berkeliaran kat depan rumah, alamat tulis no 5 tapi rasanya rumah tu no 56 macamana? hehe dah sampai tu kami menunggu lak rombongan member yang lain, kami tunggu la kak ji ngan fatimah nak sampai..dalam kul 9.15malam macam tu kami mula gerak dari rumah berkumpul ke rumah pengantin laki yang jaraknya dalam 2km je dari rumah berkumpul. dah sampai semua kami pun gerakla..siap jadik tukang bawak barang hantaran untuk pihak perempuan lima berbalas tujuh, so aku bawah dulang yang tujuh la warna pink lagi huhu..
dahla dalam rombongan tu aku sorang je laki, rasa macam menjadi tumpuan dan kacak je malam tu, siap selipar kena pinjam lagi sebab pakai selipar yang teramat universal [meminjam kata timot] ..apa lagi nak cerita ni ye?sampai kat rumah pengantin sepatutnya kami kena join majlis tahlil tetapi disebabkan kelewatan yang tidak disengajakan kami sampai lewat yang mana orang awam yang dijem[ut ke majlis itu telah pun mula makan, makanya kami yang sedang kelaparan ini disebabkan mengikut rombongan hantaran terpaksa menahan kelaparan melihat tetamu jemputan makan makanan yang dhidangkan macam sedap aje, so kami pun lepak2 la kejap dalam rumah sampai la makcik pengantin ajak kami gi makan...huhu bak kata omputih orang mengantuk disorongkan bantal la..kami pun bergerombolan-gerombolan lah bak tantara burung ababil menjahanamkan tentera bergajah abrahah, keluar aje pintu rumah tengok2 kasut aku yang warna oren yang cantik tu dah ilang..rasa kelakar macam kelkatu lak sebab kasut huduh pun nak kena kebas ke..rupanya rupa bentuk kasut tu yang universal menyebabkan ramai yang mudah untuk menyarungkannya...last2 berputar2 depan rumah tunggu selipar aku takde yang nak pulangkan so aku pulak kebas selipar orang dan gi beratur nak ambik makanan. tengah beratur tu nampak lak kasut aku terus aku tukar balik, kepada tuan empunya selipar croc hitam yang saya rompak untuk 2 minit tu sorry la ye..
selepas mengisi perut adalah plak acara sanding tipu2 atas pelamin yang gah gile tu..so kami pun beramai-ramai la plak bergambar atas tu dengan pengantin2 skali
SABTU 18 April 2009 01.00 tengahari: Walimatulurus
hari sabtunya plak keesokan harinya iaitu hari selepas jumaat 17 April 2009 aku ngan kak ieja je kali ni pergi ke rumah puan Amani, sebab cyn pergi ngan bakal suaminya so memula plannya kak ieja nak suruh aku berpanas hujan berembun kat stesen lrt bandar tasek selatan tapi aku terpaksa merejek permohonan tersebut sebab tak sanggup rasanya nak menjadi objek legap yang dipanggang matahri yang memang panas terik ya rabbi sejak hari khamis lagi, rasa panasnya meruap-ruap. so aku pun meminta jasa baik kak ieja untuk ambik aku kat apartment aku terus je..thanks to kak ieja sebab bagi tumpangkan. kendiannya aku pun tunjukla kak ieja jalan misteri untuk tembus ke MRR2 dari kondominium aku.


tulisan ni warna biru sebagai ingatan sebab aku minum air yang kaler biru dekat majlis walimatulurus yang saya hadiri...apakah sebab air tu kaler biru, 1.sebab jas kerja naik kapal n dia selalu nampak air biru, 2. bapak kepada Jas suka memancing so nampak laut kaler biru gak, 3. mengikut warna tema wedding tersebut yang kaler biru...sila pos jawapan bersama slogan ke kelang lama..haha harini aku suka merepek2 so jangan jiwa kacau ye bila baca belog ini..ooo lupa nak cerita kat korang malam tadi punya makanan mmg sedap ada gulai lemak ikan kering + nanas, rendang tok yang mabeles, daging dan organ dalaman lembu goreng, nasik putih dan lain-lain. ermmm untuk hari ini punya menu plak adalah makan nasi minyak, daging masak merah, ayam masak merah dan lain-lain, tapi tetap semalam punya makanan lagi sedap. lepas makan tetiba kak ieja berdering dering teleponnya mendapat panggilan daripada kak cuyek yang bertanya dimanakah lokasi mak pengantin mengikut koordinat GPS henset aku, so kami pun yang mmg seelok-elok abis makan terus menemani rombongan pengantin tersebut

aduhh malasnya dah rasa nak bercerita lagi apa kata korang enjoy ajela gambar yang aku sertakan dalam belog ini, last sekali terima kasih untuk makanan dan penghargaan yang diberikan kepada saya selama ini, saya berasa amat bertuah kerana telah pergi kekenduri ini hahaa..sebelum saya berundur diri biar la saya memberikan serangkap dua pantun yang dicilok ini. ooo kejap sebelum tu nak masukkan gambar sikit2 lagi..alamakkk tengok2 banyak lagi gambar..okla gambar lepas ni adalah gambar acara menepung tawar, lepas gambar menepung tawar, lepas tu acara makan beradab pulak dan last sekali gambar sebelum kami balik


ermmm ini gambar masa makan beradab, menurut pandangan mata aku yang jernih bak kejora ini, pasangan ini amat sesuai teramat sekali bak kata orang lama-lama bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata chewwaaahh...[HOHOHO JAS sangat seronok nampaknya tu]

bersama-sama dengan ini aku tujukan lagu pandang-pandang jeling-jeling nyanyian S.M Salim dan SIAPA NTAH untuk kedua pasangan memperlai ker cerpelai ini?...hahaha

Acara wajib apabila menghadirkan diri kemajlis perkahwinan sebegini adalah untuk mendapatkan rakaman gambar bersama pengantin supaya dikemudian hari boleh mengemukakan tuntutan secara paksaan bagi pasangan pengan tersebut menghadiri majlis kita pula..so ingat tu Puan Amani ngan Mr Jas ye..haha walau aku kahwin ntah lagi 65000 tahun cahaya agaknya

p/s: 1. minggu depan ada jemputan majlis jas n amani gak skali lagi kali ni kat Holiday Villa, aku nak pakai baju kurta warna oren macam tulisan ni, ada sesiapa yang nak sponsor?

2. pantun tadi ganti la aku jumpa kisah best kat link ni: http://blog.myazhax.net/2009/02/pantun-malam-pengantin-baru/

Tuan Jasrizal ngan Puan Alya Amani leh la cuba2 baca...hahahahaha

4 comments:

crisda79 said...

ko tak pakai siap ko jalil. dah 800 juta org ko canang nak pakai baju kurta oren ni..huhu..

diyana Farid said...

kurta oren cm baju kura2 jersss....pi kenduri ada ke pakai selipar jerss??ciss..nanti aku repot kat dr bada.

hahahaha

jalilsalleh said...

eija: hahaha..kalau ada orang tolong sponsor adalah baju yang saya nak pakai.kot tak pakai baju dalam je la..hahaha

diyana: huhu janganla bagitau Dr Bada, kasi tau Dr Alip aje haha

syntheare said...

Jalil kacak, aku x penah takbur tau....bangga skit2 tu wajib la kan. Aku rasa aku memang leh masuk amazing race, cuma aku failed cakap omputeh jer, nanti klue suh aku carik serangga, aku gi bantai ngap sekali hahaha.... Bab selipar ni aku pun ada satu citer nanti aku update hehe....

p/s : nape gambo ko kaler lain dgn yg kak ija punya? bukankah ia datang dari satu sumber yg sama?