ermmm my first balloon fiesta ni adalah event pertama kali buat kat Malaysia, start dari hari khamis minggu lepas sampai la ahad semalam..following photos are taken on the first day of the event. all the balloon were flew at 18.00, there is about 20 balloon...ada yang bentuk gajah pink, merak cawan nescafe ngan buah oren, tapi yang paling aku suka sekali bentuk belon biasa yang macam mentol tu, lagi2 kalau dia warna warni macam dalam gambar 1 n 2 dibawah.
kat atas tu gambar semasa proses belon-belon itu ditiup, memula skali belon akan dipam-pam menggunakan angin biasa, guna kipas kedai mamak yang besar tu aje pastudah kembung belon tu macam dalam gambar 1 tu baru api akan dipasang, panas sungguh apinya sebab aku yang duduk kat luar pagar pun terasa bahangnya masa diorang test power api tu. masa petang ni yang boleh naik belon ni adalah golongan press, bebudak yang datang ngan mak bapak pun ramai sangat meriah la..n diorang paling fascinate bila tengok belon gajah n nescafe tu. kat bawah ni pulak aku tunjuk gambar belon yang dah almost nak naik terbang ke awan tinggi. ermmm sebab belonnya banyak dekat 20 bijik so nak tiup satu persatu n lepaskan naik ambik masa n belon terakhir yang naik adalah belon nescafe yang naik dah pukul 1900 pun. masa tu aku dah on the way nak balik dah.
setelah penat mengepam belon tu mesti la nak suruh dia terbang pulakkan, so aku tengok satu persatu belon naik ke angkasa yang tinggi, ermmm tapi takdela tinggi sangat rupnya kemampuan belon ni untuk naik, and most importantly rupanya dia mmg bergerak mengikut pergerakan angin.
kalau rujuk pada web diorang sepatutnya belon ni landing kat PICC tapi jatuhnya nampaknya berteraburan, n mc majlis ni mengumumkan bahawa belon akan jatuh kat Alamanda and to sesiapa yang nak tolong menarik belon tu turun bolehla ke Alamanda, beratnya nak tarik benda tu dalam 2tan siot. n satu perkara lagi pasal belon ni adalah ianya tidak boleh terdedah kepada pancaran cahaya matahari yang panas, teori aku..sebab belon tu kena tiup ngan belon panas makanya kalau dia kena panas matahari maka kulit belon tu akan layu sebab kena masak dari luar dan dalam, bila belon layu maka akan jatuh tergolekla belon itu.
sebelum balik tu sempat la sembang ngan abang yang jaga belon tu n tanya kat dia camana nak naik belon tu, dia kata ada jual tiket untuk naik RM10 [murahkan] untuk hari jumaat n sabtu. tapi tiket takleh beli n advance so aku planning la nak naik ngan housemate ngan sorang lagi kawan ari sabtu tu, sebab ari jumaat kan hari bekerja dan aku adalah pekerja mulia yang taknak ponteng kerja...[benarkah??... haha]. ari sabtu tu pepagi lagi aku dah terpacul kat situ nak beli tiket, masa temuduga abang tu dia kata start jual tikel kul 0700 aku kul 0655 dah sampai tetengok q panjang ya amat, ingatkan aku yang terperingin skali nak naik rupanya ada yang sanggup beratur dari kul 5 pagi, kejam betolla diorang ni sebab diorang la aku tak dapat tiket na ride hot balloon tu, tapi paling kesian ada sepasang budak yang muka mmg fresh gileerr muka bangun tidur mak ngan bibik dia bwak konon-kononnya nak naik belon, tetapi tetap kecewa macam aku.
ada ke patut jual tiket 50KEPING aje..kejam betull..
2 comments:
wahh kejam gila..bodoh betui sbb tak jual banyak..
harus sadis...
Post a Comment