Tuesday, March 10, 2009

SEPETANG DI SUNGAI BULOH

Semenjak 2menjak ni aku teramatlah sangat berminat untuk menanam pokok bunga kat rumah aku yang tinggi ni, certain dari pokok yang aku tanam sepatutnya senang berbunga mengalami komplikasi untuk memproduksikan bunganya mungkin disebabkan kedudukan pada altitud yang tidak sesuai dan kadar sinaran matahari yang kurang tepat bagi memberikan tumbesaran terbaik kepada pokok-pokok saya itu. [hoho..penerangan saintifik sangat]

Disebabkan mengalami tekanan sebab pokok yang tak mahu berbunga makanya pada cuti yang lalu sebaik turun dari genting highland aku telah ke kebun bunga aku yang terletak kat sungai buloh temankan kawan aku nak cari orkid untuk kakak dia. kawan aku beli orkid taiwan, harganya sampai 40ringgit sepokok, sebab mahal sangat so aku letak dalam blog ni pun takde maknanya sebab aku nampak jenis orkid tu dah banyak dipalsukan..merata2 ada, kalau kat JKPTG ada kat pintu masuk jambatan ke bilik Dato' KP tu. yang daun gemok2 tu. bezanya yang taiwan ngan Malaysia adalah kadar kepanjangan tangkai bunganya, kalau yang malaysia tahan 3 bulan n Taiwan tahan untuk 4 bulan bunganya kembang. kakak kedai tu cakap "MALAYSIA PUNYA PENDEK, TAIWAN PUNYA PANJANG" hahahaha....

dibawah ni aku tunjukkan pemandangan bunga-bunga kat kebun bunga aku dekat sungai buloh, selangor. kalau rasa nak tengok bunga cantik-cantik disyorkan saudara-saudari semua kesini sebab banyaknya bunga mengalahkan cameron highland.
gambar last tu bukan kat Cameron ye tapi kat sungai buloh, yaaa....di sungai buloh pun ada jual pokok strawberry bahkan buahnya adalah besar2 sebesar besar penumbuk bayi mengalahkan yang ada kat Cameron cuma beza kat sini tak sejuk macam kat sanala.
kat atas tu lak adalah antara kedai bunga yang ada kat sini, rasanya semua sekali adalah dalam 30-40 buah kedai agaknya, ada kedai leong, gohtong, boleh kata semua ownernya adalah cina, itu row dalam je yang dekat ngan kediaman pesakit kusta suatu masa dahulu.
ohh lupa lak nak bagitau asal tempat ni adalah rumah untuk pengasingan bagi pesakit kusta yang mana mengikut sejarahnya penghuni sini dulu digalakkan menanam pokok bunga yang mana kendiannya dijual untuk bagi mereka duit poket, tapi sekarang dah takde dah pesakit kustanya, n lokasi tempat ni betul2 dekat ngan hospital besar sungai buloh tu, siap ada exit tol PLUS lagi.
jalan2 kat Sungai Buloh tu nampak pokok asam batu kegemaran mak aku, so aku pun belikanla satu untuk mak sebab cadangannya nak balik kampung minggu ni, mak lak sesuai n rasi betullah bak kata orang putih ngan pokok ni. gemuk2 jadinya, dah besar nanti leh la aku kidnap balik bawak kerumah aku yang beraltitud tinggi ni..haha..to whom who don't know is asam batu it is as shown below. aku belikan untuk mak aku yang daun warna hijau putih dalam frame 1 dan frame 2 lak adalah untuk zoom daun asam batu yang aku beli masa naik Cameron aritu, harga sama je n kat sini lagi banyak choice. harap2 mak suka la nanti haha..
hahaha...sajaje letak banyak gambar dalam post kali ni sebab nak bagi fizi jeles...hahaha

2 comments:

diyana Farid said...

"to whom who don't know is asam batu it is as shown below"

tu tuju kat aku tuh..aku xtau pun nama pokok ni asam batu..hahahhahha

Anonymous said...

kat situ ada tak kedai jual pokok plastik untuk hiasan. tengah cari pokok tiruan buat hiasan dalam rumah, tp xjumpa kedai. as_mislily@yahoo.com
ttq