Monday, November 28, 2011

Pesta Bunga Api diBulan November

Masuk yang malam ni dah kali kedua rumah orang kaya belakang rumah aku main bunga api tahap pesta bunga api yang kat Putrajaya tu gahnya. Pasang bunga api sampai 10-20 minit lamanya, memang kaya sungguh melampau lampau lak pakcik tu, sebab setau aku bunga api yang bunyi pes pes tu pun 100 das dah berpuluh ringgit regenya.

Sebelah petang tu orang berduyun duyun masuk kat kawasan orang kaya tu, aku syak diorang ada mesyuarat nak cabut undi giliran kutu kot. Pastu penutup parti cabut giliran kutu tu diorang tengok pertunjukan bunga api secara beramai ramai hahaha....


Oh! Sushi King TIDAK Halal


Kepada pengemar sushi … be careful

Oh! Sushi King TIDAK Halal


Berikut adalah petikan dari email, persoalan dari Abdul Rahman Omar (seorang pengguna) kepada pihak pentadbiran Sushi King sendiri mengenai status halal atau tidak restaurant tersebut.
Question:
Dear Marilyn,
Another element of halal is on the use of alcohol in food preparation / cooking or the presence of alcohol in the ingredient use such as sauces etc.
Can you tell me whether Sushi King use alcohol or use materials
(such as sauces) that content alcohol?
Answer:
Dear Mr. Abdul Rahman Omar,
Thank you for your email. For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Sushi King is not certified ‘Halal’. This is due to some of our food contains ‘Mirin’.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.
Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
On top of that, some of our restaurants do sell beer
However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.
Hope this clarifies your concern.
Thank you.
Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283

Dapat emel dari kawan aku, dan sebelum ni pun kawan aku memang kata sushi king takleh nak makan sebab diorang memang pakai mirin especially dalam kicap masin dia tak silap aku. Kalau betul marilyn yang jawab camtu memang leh respek kat dia sebab memang jujur dan takde nak sorok2 terutamanya dalam bab diorang tak dapat sijil HALAL daripada JAKIM tu.

Makanya adalah afdhal dan terbaik sekiranya tak makan sushi dah sebab menjauhi yang was was...huhuhu, pasni kena makan sushi jusco la plak

ADI IDA


Dua pasang pengantin of the day, Ida ngan Kakak dia...pelamin cantik and sempoii

Pepagi ni takde idea sangat nak tulis panjang2 la...tulis sikit padam tulis sikit padam heheh makanya kat sini aku hanya nak mengucapkan selamat pengantin baru pada 2 orang kawan aku yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Kepada Adi ngan Ida, aku nak mengewish kepada korang-korang ini semoga senantiasa berbahagia dan rahmat tuhan will always be with uols. Semalam kami sampai kat wedding tu agak lewat selepas bertungkus lumus memburu sebijik lagi kereta yang sungguh liar hahaha, sib baik la sempat jugak tengok pasangan pengantinnya...komen abang hassan Adi sangat berwajah serius....
Geng geng gerombolan gadis yang cool je duduk dekat meja makan sambil bermesyuarah...
Geng geng gerombolan lelaki tengah sibuk nak ambik gambar pengantin kat pelamin

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualikum dan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin dan muslimat yang diingati sekalian. Kepada yang tak ingat bahawa hari ini adalah permulaan tahun baru untuk kalendar islam maka adalah lebih baik cepat2 sedar ye....

Friday, November 25, 2011

Metrojaya Festive Sale


DISINI ADA PENGUMUMAN!!!

to all readers yang duduk dekat dalam Putrajaya ataupun kat kawasan sekitarnya ataupun yang duduk jauh sikit sikit ataupun yang jauh banyak banyak dari Putrajaya.

Kalau all readers sekalian takde nak buat apa2 weekend yang panjang ni leh la gi usha-usha barang kat Metrojaya Festive Sale dekat PICC putrajaya.

Kat situ ada macam macam dari pakaian atas ke bawah, luar ke dalam, patung beruang, pinggan mangkuk al fresco, kain langsir, sarung bantal, cadar tapi tilam vono takde jual kat situ tilam tilam lain pun takde jugak. Kot2 ada yang berniat nak cari kelengkapan sekolah mebe kecewa sikitla sebab tak banyak sangat barangnya, pen/pencil yang ada pun ada gajah bertenggek kat atas hulunya.

Tapi apa apa pun kalau takde nak kemana or buat apa arini leh la datang cuci cuci mata kat promotion ni. Leh la beli handbag sebijik dua tuala sehelai dua or beruang 2-3ekor...

Lupa plak nak bagitau yang promosi tu setat 11pagi sampai 9malam sampai hari ahad ni aje ye...