Saturday, October 15, 2011

Deer Land & Orphanage Elephant Sanctuary

Assalamualaikum dan selamat pagi. this photos were taken during visit to Kuala Gandah Deer Land and Orphanage Elephant Sanctuary a few weeks ago, cannot remember. karangan nanti aku submit,

Happy Friday everyone, haha sorry la its been a long time no update here bizi macam menteri aku sekarang ni plus plak line wimax yang semakin uzur. Dah gi kat HQ cek punya cek punya cek masalah sebenar internet tak dapat sebab kadar congestion yang sangat tinggi.

okla sebenarnya nak sambung cerita pasal kuala gandah sebab dah lama tertangguh hehehe...aku pergi kuala gandah elephant sanctuary tu ngan faiz ngan wan haq the same people masa gi naik Broga dulu haha. Macam biasa the plan was always an ad-hoc one barulah rasa mencabar kan hehehe. early in that morning faiz pergi berlari2 kat mana ntah n dah lepas kul 10 jugakla baru bergerak ke pahangnya. Wan Haq dah membebel bebel sebab lambat dan takut tak dapat pass nak mandi bersama gajah and me too lah.

Alhamdulillah sampai kat sana dalam kul 1200 and masih available the pass yang kitorang nak tu, pas kaler kuning tak silap aku. Memandangkan kitorang sampai situ awal makanya yang ada ketika tu hanyalah tayangan dokumentari pasal gajah dan disebabkan aktiviti bersama gajah hanya setat kul 1400 maka kami telah melarikan diri ke Taman Rusa yang dekat ngan tempat tu. 



masa sampai kat taman rusa n nak ambik tiket tu tanya lah kat kaunter tu apa yang ada, dia kata macam2 ada kecuali beruang diorang. Muka setaf setaf yag kat situ macam tak puas hati bila menceritakan pasal beruang peliharaan diorang yang kena rampas ngan PERHILITAN sebab diorang sayang kot beruang tu, yang tinggal hanyalah kenangan kat situ hehehe..tengah jalan2 dalam taman rusa tu ada gak ular sawa yanng menjalar kat lantai taman tu hahaha...ada burung ada arnab ada landak ada ayam berbulu macam kapas ada banyak spesis burung kuang ada burung unta ada burung merak pendek kata macam2 ado...masa masuk anda akan diprovide dengan kupon untuk memberi makan kepada rusa n the food dibekalkan, makanannya harusla berbentuk vegetarian kerana rusa bukanlah spesis maging ye. Merasa la kena himpit ngan rusa rusa yang manja nak berebut makanan but aku tak sanggup nak suap kat diorang so aku pass aku punya bakul to my friend je la. menurut penjaga kat situ kena jaga jaga takut kaki kena pijak ngan kekaki runcing rusa rusa tu.



dah dekat kul 2 tu gerakla pergi balik elephant sanctuary tu sebab nak main ngan gajah plak, rasanya inilah kali pertama aku menunggang gajah and bermandi bersama gajah, actually bermandi tu hanyalah gambaran je sebenarnya ko duduk atas gajah tu 30saat kena simbah simbah air then turun ganti orang lain plak but it was fun. Last2 aku sorang je yang naik sorang dah masuk air tapi kesian kat gajah tu katanya and sorang lagi langsung tak basah...


Friday, October 14, 2011

Bandar Kuda Laut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua semua yang telh menghadirkan diri kepada blog ini. Macam yang dah bersebut dek saya minggu lepas saya dah pun selamat sampai ke MIri Sarawak dan jugak dah selamat balik ke KL. Sila juga percaya bahawa saya telah mengalami jet lag, hoh sound macam baru turun flight ke Bora-bora plak rasa jauhnya. untuk informasi semua tema bandar Miri ni adalah kuda laut, so kemana2 pergi anda akan nampak kuda laut.
kalau ikutkan rancangan aku je cadangnya ada 3 hari kat sana first masuk kerja punch card keluar jalan2...2nd day masuk punch card berlakon kerja sikit2 keluar merayap then punch out plak pastu third day punch card masuk kerja bersungguh2 dan lewat petang punch out terus ke airport pulang, tapi mungkin sebab aku ini mmg seorang yang tabah berkerja makanya tentatif awal program tidak dapat dipenuhi kerana first day kat sana punch in duk opis sampai petang..dah malam ku 7 punch out matahari pun dah hilang dah. malam sebelum tu makan nasik lalapan ayam kat kedai kat tepi jalan depan hotel, ok sedap malam kedua pun ngadap nasik lalapan kembung plak, kali ni kat restoren lalapan founder plak katanya. tapi sesungguhnya aku rasa nasik lalapan kat kedai bukan founder lagi terbaik huhu kedai founder sambal belacannya sangat terasa belacannya sampai esok tengaharinya bau tak hilang2 huhu...nasik lalapan ni kalau kat sini macam nasi ayam penyek gak, cumanya kat sana ada 8 jenis side dishes termasuk ayam.


thank god the 3rd aku kat sana dapat pergi ke Pasar Malam kat Boulevard Miri, macam2 ada kat sini and the most thing aku perasan adalah pisang and ada jugak pisang yang sangat tembam, gayanya macam pisang awak tapi bersaiz tembam. Sebelah siangnya sempat gak merayap ke Pasar Tamu tapi sebab pergi dah lewat tengahari makanya tak berapa nak meriah, kat situ jumpa dah ikan terubuk masin yang dimasinkan sendiri oleh tuan kedai. Mengenangkan takde tempat nak simpan utk malam tu so tak beli la kejap tu dan beli esok hari cadangnya. Tak beli terubuk masin malam tu beli terubuk bakar yang enak kat pasar malam daripada awek manis..haha ikan dia besar dan segar aku rasa dalam sekilo sekor ada kot, tapi harganya mabeles murah seekor 15-17 la macam tu harganya. Aku ngan Zek pun tapau sekor untuk dibaham kat bilik hotel huhu. Hasilnya daripada bentuknya macam gambar kat atas kat bilik hotel terus jadi macam gambar kat bawah.

 

selain daripada mentapau ikan terubuk aku jugak membeli beberapa ketul kek lapis sarawak tapi sebab masa tu poket kempis sikit makanya kek lapis tersebut dibeli dalam kuantiti yang tidak banyak hahaha...so peringatan disini jangan ngengada nak request2. Gambar kat bawah adalah gambar kek yang mahal berharga RM50.00 seketul katanya freshly baked..kalau yang murah2 tu maknanya dia masak semalam or kelmarin. 





cecita kononnya nak mentapau terubuk bakar tak kesampaian sebab masa pergi nak beli tu kedai semua dah tutup sebab the last day aku ntah macamana boleh plak terberlakon sibuk sibuk buat kerja kat kedai ngan si Zek. Keluar keluar je dari bangunan the sun already settling down katanya so berhambatan la si adiff bawak kete nak ke pasar tamu still tak sempat jugak. hoho so we say good bye to Sarawak without the terubuk masin la, luckily we got the kek lapis nak bawak balik...


p/s: sambil aku mengarang karangan ini sambil aku menikmati susu segar dengan mangga..perghhhh terbaekkk...

Friday, September 30, 2011

Broga Lagi

Again i visited the Broga hill, the last one was in May masa tu aku berjaya sampai ke puncak tertinggi skali kat broga tu la. tapi untuk second time ni kaki agak letih nak sampai kesana lagi.. makanya aku ngan wan haq hanya sampai kat tengah tengah 2puncak that is the the most far wan haq sampai sebab sebelum ni dia stop kat stesen which fakry plak stop this time, right at the beginning of the most mencabar track, gayat katanya.

hahaha nampak tak gambar kat sebelah menunjukkan aku dengan penuh kebahagian mengambil gambar sambil pose pose melompat, unlike faiez yang melompat dengan gaya kejung...hahaha, gambar cannot be published takut kena carut nanti haha..

hajar tanya tips tips camana nak naik sini huhu..rasanya kalau tips nak mendaki tu takdelah kot sebab laluan nak sampai atas ni bukanlah macam nak mendaki sangat sebab laluan dia dah mmg terang sebab ramai sangat yang akan join hang naik bukit ni especially kalau pergi waktu cuti lagi la berduyun-duyun orangnya.

cuma nasihat yang leh bagi silalah jangan terlajak tidur sampai sebab sebaiknya adalah mula mendaki jam 530 pagi kalau nak tengok sunrise la, tapi kalau nak tengok pemandangan yang siang-siang pun takpe, and it less mencabar bila sampai kaki bukit pukul 730 sebab takyah nak bersuluh-suluh lagi. pastu just ikut je orang yang berduyun-duyun naik atas tu. utk first timer mungkin rasa jauh sikit nak sampai sebab tak tau jalan kot or sebab orang kata pokok pokok batu batan rumput rumpai unggas dan binatang liar nak bagi salam kat korang. 

kalau tengok gambar kat sebelah menunjukkan betapa letihnya body language yang terpamer oleh wan haqq but congratulation untuk dia sebab berjaya mencabar diri sendiri and better than before, so sasaran selepas ini adalah mengangkut fakry lak sampai atas sekali dengan shahrizan ishak.

one more thing, aritu kitorang siap bawak bekal brekfest kekonon nak makan kat atas tu. On the first time pergi nampak orang makan macam best je, so gigih walau dah terlambat bangun tetap nak buat bekal. tapi rupanya bila dah sampai atas tu takde rasa nak makan sangat pun and finally all the bekal dimakan kat rumah je..haha.

p/s: the most importante yang nak kena bawak nak naik tu adalah kamera bimbit anda sebab pemandangan memang cantik dan rugi kalau takde cekelip cekelip gambor.

hotpapa

Assalamualaikum and good morning everyone,

Korang perasan tak pembaharuan kat belog (bak ejaan anon) aku ni, there's cute purple elephant on the left down side ngan header kota metropolitan aku tu. actually aku pun takde la nak cerita apa <--(skrip wajib blog ini) nak tulis pasal diari hidup semuanya macam biasa je kot, pergi kerja buat kerja balik kerja tgk tv tido haha..nak share cerita malam tadi makan home made pizza pepperoni nanti ida kata blog hot mama lak kan.hahaha...

tetap nak menunjukkan pizza yang aku buat semalam within half an hour, siap dengan sos tartar yang dah lama tak habis habis tu. tapi sesudah aku menjamah dinner aku tu tgk cerita the best in the world lagi mengancam sebab dia makan pizza itik. siap kata the real pizza is pizza yang nipis je, pizza gebu2 macam aku buat hanyalah untuk mengaburi mata dan bagi kenyang which is really true. lepas ni aku kena tenyeh doh aku sampai dia takleh naik dah haha...nak buat thin crust pizza lak. Puas hati buat sendiri sebab aku leh tabur daging/frankfurter sesedap hati kat atas tu.

selasa lepas one of my work colleague call ajak gi Miri katanya nak buat stock take kedai kat sana, aku yang baru bangun tidur petang tu terus setuju dalam keadaan mamai ayam n terus ngadap komputer beli tiket. makanya rabu ni aku akan terbang ke Miri dan balik ari sabtu nanti, so kalau aku sunyi sepi tu maknanya aku jauh. To those yang pernah sampai sana leh la share apa yang menarik untuk dimakan, dilawat, dibuat or dishopping but no side order will be entertained since naik airasia without extra luggage capacity ye. really hope will find time there to berhibur2 menengok tempat orang.

Wednesday, September 21, 2011

Ayam dimasak limau puting

assalamualaikum to all peep-peep sekelian..aku baru sudah menunaikan janji manis ku dengan masakan yang masam pada petang. dah 2hari terbantut nak masak chicken piccata with lemon kununnya but asyik terbizi je sampai ada kawan aku nak buat group FB memboikot..haha so with full heartnya aku meracik kulit lemon sampai halus sebab cari pemarut takde..huhu.

kalau ikut resepi guna 2bijik lemon tapi aku guna sebijik setengah je tapi konpius sebab chicken piccata aku turn out jadi masam macam gulai masam dah rasanya. so to those yang nak try lenkali silalah masukkan sikit2 perahan lemon tu ye.

abisla gastrik sapa yang makan petang ni hahaa


  • p/s: nota selingan from kawan aku:

    1. aku pun tak kacak so kenapa aku nak memilih yg cantik
    2. aku pun poket tak der isi, so aku perlu cari yg bekerjaya
    3. budi bahsa mmg aku cari sbb dia nak teman kita sampai bila n nak jaga kita n family kita bila kita susah
    4. akal fikiran perlu...aku nak yg ada latar belakang akademik yg baik sbb depa nak didik anak2 aku, tapi yg ni bukan keutamaan sbb mak aku pun tak der ijazah tapi cemrlang ja didik kami adik beradik

    pada aku, aku simpulkan aku pilih yg sederhana shaja....
    1.if ko nak yg cantik dah tentu ko akan kecewa bila dia gemuk nanti...
    2.klu ko nak yg kaya dah tentu cara perbelanjaanya tak sama mcm kita
    3.klu ko nak yg bijak, itu bonus...tapi dia mungkin bijak juga nak ada scandal di blkang ko hahahha

    siapa setuju angkat tangan?