Saturday, June 12, 2010

KAu RoBEk HAtiKU




huhuu robek hatiku semalam tengok cerita lagenda budak setan...mmg la bukan sekedar merobek hatiku malah juga merobekkan duit poket aku...sebelum gi tengok aku dah ada dengar komen from few orang la..bukan kata taknak menyokong cerita melayu tapi rasanya kalau cerita macam LBS ni elokla rasanya aku tunggu hari raya je, itupun kalau teringin sangat nak tengok.

rasanya kalau cerita ni tayang kat tv ari raya pun tak tentu aku akan menjaya tengok sampai habis sebab semalam masa tengok ngan adik aku kat One Utama baru setengah jalan ceritanya aku dah rasa rimas je duk dalam wayang tu huhu..mmg rasa merugikan masa tengok cerita ni. garapan dia macam tak sempurna je macam nak maintangkap muat nak habiskan berapa bab dalam satu cerita..semuanya berlaku dengan sangat pantas sampai mcm komen orang lain tak sempat nak menjiwai watak pelakon-pelakonnya...huhu yang kecewa nya awek i lisa surihani sekejap je keluar then rasa kelako pun ada siap leh buat pembedahan plastik tukar muka rasanya ketinggian pun tertambah sikit2...hahaha

couple sebelah aku memula macam syiok nak tengok cerita ni tapi agaknya lama2 macam bosan n dah 3/4 cerita terlontar komen Ehhh buncitnya perut dia hahaha aku tergelak sikit2 dengar nampak sangat dah bukan fokus pada jalan cerita penntonnya but more to look into the defect of the cerita hahaha n grup pompuan belakang aku pun macam excited je tak lama kendian senyap jugak, jangan2 kalian kat belakang tu dah tertidor...aku baca orang komen lain kata sinematografi ceritanya cantik, tapi pada aku takdela secantik mana huhu sebab sikit-sikit zoom kat muka pelakon abis nampak semua cela yang ada pada wajah pelakonnya, dah la tu mekap pun tebal sangat sampai sian nampak awek i yang naturally cun tetiba berkepuk bedak kat wajahnya huhuhu...so banyakla kalau nak komen sebab mmg since cerita mula lagi aku ngan adik aku asyik tengok benda lain je..mungkin sebab aku tak pernah baca novel dia kot...

pada aku kalau nak tengok cerita yang sinematografi dia cantik leh la tengok cerita SEPI, CINTA, arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad ke..mmg kelas sinematogarfi cantik takde la sound efek budak nangis bergema-gema dalam wayang tapi tgk muka budaknya tengok elok je tidur siap leh terkejut lagi huhu..please la lain kali ye...satu lagi nasihat rasanya janganla nak sumbat banyak sangat plot dalam satu cerita..rasanya lebih baikla pengarah tu detailkan watak yang ada dalam cerita tu je..sampai penonton paham tujuan mereka yang dilakonkan itu...ooo satu lagi nak tambah setiap 10 minit cerita ini akan diselangi dengan lagu kau robek hatiku..tak laki pompuan yang nyanyi huhuhu sedihhh sangat dengor....hahahaaaa

p/s:hahaha..jalil telah berubah menjadi pengkritik filem yang sangat berjaya sebab rasa geram sangat tengok cerita tu semalam...huhu dah la sesat larat lagi kat dalam oe utama tu nyaris2 terkunci dalam jusco hahahahhaahahahahahahahahahahahahahaha....

Tuesday, June 8, 2010

USM PLANNING 2005 ('-')

ahad lepas kul 530 petang sebenarnya dalam kul 630 ini + tempoh aku sesat <-- menyampah ngan sunway pyramid besor sangat bebudak studio planning 2005 yang cuma sekangkang kera bilangannya mengadakan pertemuan semula demi mendapatkan ole2 dari hajar yang dibawa terus daripada HK...HK disini bukanla Hari Kebudayaan ye namun HK ini membawa makna Hong Kong, thank you and regards kepada Hajar yang telah menghadiahkan baju HK warna merah spesel utk aku <--hahah spesel kah? ermmm kali ni adala 5 orang je bebudak studio yang ada aku n 4 budak perempuan yang telah aku gediskan dengan membingkaikan mereka menggunakan frame bunga-bunga haha...member lain biasa join macam bee n faisal n maman are not available at those time, maklumla musim cuti sekolah jemputan kenduri pun banyak. so diorang tak dapat meng attend kan diri.
mmg bak kata hajar bila dah berpisah barula teringat macam2 lagi tak tanya...nak tanya tu nak tanya ni, takpe2 pasni kita adakan rundigan meja bulat lak huhu takpun keliling unggun api sambil sebut unggah...unggah...unggah macam puak mesolitik dedulu hahaha...tapi bilakan lagi la agaknya sebab hajar end of July ni nak balik HK balik...
untuk next reunion harap boleh buat yang BESAR punya <--baca cam iklan maggi, dalam tahun depan la agaknya, masa tu harapnya mana yang merantau keluar negara balik la cepat2...kita buat epsta unggun api takpun macam buat BBQ last day kat STUDIO dulu..siap buat baju kaler itam lagi huahuaahuaaa

Saturday, June 5, 2010

HAPPY WEDDING DAY


Ini adalah merupakan pose yang sengaja di pos untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu saya yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya di Pusat Komuniti Bukit Cheras (agaknya la) pada tengahari tadi...
semoga berbahagia ke anak cucu dan selagi hayat dikandung badan...
sekian terima kasih
hahaha..inilah akibatnya rasa nak update blog tapi tak tau nak cerita apa huhuhu....

Friday, June 4, 2010

YA ALLAH SELAMATKANLAH PALESTIN

Salam,
Pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat PalestineSedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.. Wasalam.
The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza ! Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect! ( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

sayu hati dok tengok gambor ni...Israel ni mmg jenis takde perasaan agaknya
agaknya tangan tu tengah mengutip serpihan daging pelajar kan...
even public membantu menyelamat..insyaALLAH ramai antara mereka yang mati syahid ni
ini bukan pesta bunga api ye...ini la bom fosforus effek melampau2
salah tak kalau aku kata israel ni BAHLOL punya spesis?
" Ya Allah...ko tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di palestine dan lubnan, ko semarakkanlah semangat jihad mereka...ko tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka....bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini......sesungguhnya ya allah..mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya allah..Ya allah..ko lindungilah anak2 mereka...para wanita mereka...agar selamat..supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu...Ya allah..ko pertajamkanlah sasaran peluru mereka.....agar padu menembusi tubuh Yahudi laknat itu....kerana mereka itu cuba untuk merosakkan kebenaran agama mu ya allah..
amin...ya robbal alamain "
ALLAHU AKBAR
story n photo diambil dari emel zarina ismail minta untuk disebarkan... doa daripada sini

Monday, May 31, 2010

:: GaRDEnINg::

sabtu lepas aku bangun awal pagi, memula bangun menunaikan solat subuh <-saja nak tunjuk beriman, namun begitu takla beriman sangat sebab dengor je azan dr surau, tp liat norr nak gi nya..sian bilal penat memanggil huhu<--jalil keji, sedar tp tak insaf gak haha..tentatif seterusnya aku main barn buddy la berladang secara maya, memacam aku tanak..kembali aktif ber barn nbuddy sebab farmville kat rumah aku takleh nak main ntah apa puncanya ntah...

arini actually plan nak gi rumah kenduri kawin anak Pak Jalil <--bukan anak aku ye, ada pak cik sedara yang tiru nama aku. tunggu me familia sampai dari teluk intan ingatkan sampai awal pagi, rerupanya kol masih jauh lagi..so aku tak tau nak buat apa sebab arini housemate tinggalkan aku tak ajak gi jogging huk huk huk..<--hakikatnya dia tau aku malas nak gi. so aku pun sebab rasa nak berpeluh gak kalau kat kampung harus pepagi dah kena gi kebun sawit dah, walau tak pandai kait sawit aku pandai tolak sawit ngan kutip sawit gugur<--kalau buat ni tangan anda akan berbau cekam haha.. so bukak pintu nampak tanah aku yang seluas 600 ekar dah lama tak diusahakan, maklumla kan satu masa dulu aku teringin sangat nak jadi penanam anggur huhu...
so terus jantung aku terkobar-kobar rasanya menyuruh aku membersihkan ladang dan melaksanakan pengoperasian membersihkan daun-daun layu dan gugur, menegakkan pokok mana yang dah condong, menggemburkan tanah yang dah kusam dan membajakan semua sekali supaya diorg berbunga dengan meriah, melambai-lambai je rupa pokok2 an aku tu meminta ihsan aku <--puitisnya ayat jalil huhu maklumla konon-kononnya aku asyik bz n finally aku mencari pisau sumbing dan mula mngerat mana dahan yang tak perlu kat bunga taik ayam n bunga melur aku..<--hebat tak aku siap ada bunga melur?, pastu potong dahan bunga kertas buang daun pokok spider lili dan bunga loceng yang dah layu, kasi ponggah pasir dalam pasu bunga yang dah kematu2 tu..siap pindahkan pokok keladi dalam pasu yang lebih berfesyen..ermmm dah cantas dan caras aku mulakan operasi menggembur lak, terkenang masa lepas SPM inila kerja aku pepagi huhu, sesi mengimbas kenangan lalu ye...bling..bling..gambaran semakin pudar.....

"disember 1999 7.30 pagi - usai soalt subuh aku terus menjalankan rutin harian masa cuti spm ni iaitu aku terus siram pokok bunga mak aku yang menimbun2 mak aku suka tanam pokok bunga kertas je senang nak hidup, aku punya kaktus masa tu adalah dalam 100 pasu n 50 spesies agaknya gigih aku kumpul duit sikit beli tetiap minggu kat pakcik pasar tani hari ahad, kekadang pesan kakak aku yg slalu naik cameron banyak tu aku ada 50 spesies ye sekali lagi aku ulang kaktus aku ada 50 spesies..dah habis siram ronda aku mula buat kerja lain, kalau rumput panjang aku merumput selang 2 minggu aku bajakan semua pokok masa tu bunga dia mmg meriah la..macam2 warna ada, siap kalau mood baekk punya aku buat proses pengetutan lagi, senang cakap kerja landscaping n gardening kat rumah mak kau masa tu aku yang pegang la"

skang ni nan ado, dah lanjut umur ni je malas sikit2 tapi bila datang angin semangat abis semua kena gali balik kena gembur <--syabas bette ucapan jalil untuk dirinya sendiri..haha.. gemburkan tanah merumput <--walau tingkat 15 mana ntah dtg rumput aku jumpa ulat bulu ngan ulat tanah kaler putih yang aku jadikan menu sihat utk ikan pirana ngan ikan lampan aku dalam akuarium luar rumah yang penuh dengan kiambang, kiambang aku pun ada 3 spesies ye..haha teratai yang ambik kat kampung dulu taknak hidup plak, takpe pasni aku gi ambik lagi usaha tangga kejayaan..

sejam lebih gakla rupanya aku berkebun kat luar ni..dah lama rasanya peluh jantan aku pun dah mencurah2 so tindakan terakhir aku adalah mensucikan lantai bahagian koridor aku mentelahan lantai didalam rumah usdah seabad adanya tak bergonyoh menggunakan ajax kaler biru...haha