Wednesday, August 12, 2009

Janji Jalil Episode S01E02

ENAL KAHWIN

ermmm setelah sekian lama jalil menaburkan janji-janji manisnya barus ekarang berkesempatan untuk menggali balik gambar2 yang sepatutnya dah boleh masuk muzium. (hoh lama sungguh tergendalanya) tapi sebab dah nak puasa ni buat la jugak untuk mengurang hutang janji manisku.

pos kali ini adalah pasal kahwin zainal darus ngan pilihan hati fatimah (wakaka ayat skema peperiksaan) punya la lama dah wedding ni dah berlaku sampai aku tak ingat tarikhnya. apa pun aku mengambil kesempatan ini untuk mewar-warkan sekali lagi perkahwinan ini.

gambar set ungu aku rompak dari web orang n set warna biru kejadian kat sungai lampam perak. kat parit 17, masa kenduri tu ramai la warga JKPTG yang datang, kagum aku...hoho tu la orang baik semua orang sayang, yang datang dari johor (nora ngan bob), Pahang (kak ieja), Sarawak (puan amani) n sepekan tu aku la...
sorry la ye enal tengahari aritu tak nampak n dengar ko panggil aku, lain kali laung kuat2 sikit ye. aku skang ni dah agak labang..

Monday, August 10, 2009

COLOURS of RANGOLi.('-')...ooopppsss FLOWEriA 09

untuk tatapan umum kepada mereka yang tak sempat nak gi tengok FLORIA 2009 kat presint 2 Putrajaya aritu..tak tau nak tulis apa daa...

Wednesday, July 29, 2009

KenaPa SAya suKA AparTMent SayA? (1)

hoho ini adalah kisah penanaman bunga yang sangat berjaya oleh jalil salleh...(fakri sorry ye aku nak nama baik sendiri je) haha. gambar bunga ni semua diambil depan rumah aku yang berada pada ketinggian 15 tingkat ye kaalu ikut meternya berada lebih kurang pada ketinggian 40 meter daripada aras laut. sebelah kanan punya gambar adalah bunga taik ayam punya bunga sebab baunya yang agak busuk tapi tu la bunga paling cantik yang berkembang mekar kat depan rumah aku ni, rasa macam terharu je tengok bunga cantik2. thanks to Fakri sebab rajin tolong siramkan.

yang sebelah bawah ni plak adalah gambar bunga kertas yang aku beli dari kebun bunga kat sunga buloh, aku ada dua pokok tapi satu pokok lagi tu agaknya masih berada dalam keadaan menyesuaikan diri berada di tempat yang tinggi sebab memula beli dia mmg ada bunga kaler merah cumanya lepastu bunganya tak bercambah2 lagi, ingat agaknya lepas ni nak kena rasuah guna baja taik ayam lagi la agaknya.


yang ni plak adalah bunga lili...haha..iye ke bunga lili aku pun tak tau, tapi bunganya cantik warna pink yang segar, pokok ni aku ngan housemate tanam adalah dekat 4 bulan baru nak berbunga, setelah 4 bulan ye para pembaca..tapi sekali dia berbunga rasa macam puas hati je tengok sampai 4kuntum yang megah. masa gambar diambil bunga ni dah mencapai usia senja, dah kecut2 dah bunganya.


lepas bunga lili adalah satu lagi bunga yang aku tak tau namanya, kami panggil nama manjanya adalah bunga gantung sebab bunga ini biasa ditanam didalam pasu yang bergantungan. bunga yang ini aku kebas dekat paip belakang rumah kat kampung, sampai sini memula macam nak kecut sebab altitud yang tinggi pastu kalih masuk pasu yang mengandungi baja berkhasiat terus daun dia gemuk2 sebesar tiga jari, hoho banyak pokok yang aku tanam adalah mabuk daun namanya sebab berdaun aje yang meriah.

bunga ni lagi la banyak aku tanam kat rumah ada macam2 kaler ada yang merah, kuning, oren dan juga pink belang putih, nama sebenar bunga ni pon aku tak tau gak.yang tau panggil bunga kembang pukul 9pagi sebab di akembang pagi2 je tengahari ke petang bunganya dah kecut kemerut. so jarang la aku dapat tengok bunga ni kembang dengan jayanya pada hari2 biasa, namun ianya masih perlu ditambah baik lagi sebab kurang menyerlah hohoho...


last but not least adalah bunga melur, harum baunya...ini bunga melur kampung tau baunya mmg wangi kalau keluar aje dari rumah masa dia kembangla. masa memula pokok ni nak membaikpulihkan dirinya asyik kena makan aje daunnya sampai bentuk daunnya jadik cantik bulat2 macam dicorak2an.
ok itu sajalah cerita keberjayaan bunga yang ditanam dirumah ku

Friday, July 24, 2009

:: MANIFESTATION IN SABAH ::


manifestation in sabah tajuknya??haha apa yang menifestasinya? kalau nak tau bacalah aku tulis kali ni sampai hujung ye. minggu lepas aku telah menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu sekali lagi selepas trip mendaki gunung kinabalu yang tidak mencapai kejayaan itu akibat dada aku masa kat atas tu rasa panas nak meletup haha..itu cerita lain. kali ni nak cerita pasal aku sampai ke Tawau the east coast of sabah. kali ni trip adalah di atas urusan kerja semata2 sebab aku duk sana sehari je, so kepada sesiapa yang menyangka orang kerajaan selalu buang duit itu adalah tidak benar ye, sebab letih tau gi sana nak buatkan kajian untuk kegunaan ramai gak nanti. gambar intro yang kat atas tu adalah gambar yang diambil semasa didalam golden lounge KLIA ye kawan2, dapat masuk sebab ada tiket bisnes kelas kepunyaan bos aku.


flight aku yang pergi KK adalah pada jam 750 malam n sampai KK dalam kul 10.30 malam macam tu la teruk check ini kat hotel promenade dekat ngan pusat bandar KK n dekat ngan pasar filipina n hotel sama yang aku tidur masa trip ke Kinabalu dulu, thanks Baim. sekali lagi esoknya pagi2 buta kalau kat semenanjung matahari belum terbit aku kena bergegas ke airport nak ke Tawau lak yang perjalanannya memakan masa selama 45 minit macam tu, naik satu flight ngan Timbalan Menteri tempat aku kerja lagi. mendarat terus kami digegaskan ke marco polo untuk dengar taklimat oleh JMG Sabah.

dengar taklimat pasal JMG sabah, pasal LPMM, pasal tanah tinggi, dan pasal geoterma pastu kami bergegas pergi buat lawatan ringkat kat jeti buruk yang memerlukan pemodenan kat perkampungan kat Tawau ni (sila rujuk gambar dengan sampan itu) kejap je la sesi bertemu rakyat ni sebab macam dah terlari dari schedule sebenar yang mana kena gi tengok sistem penyaluran air tanah ringkas lak kat sekolah bukit quion tawau. sebelum berlalu pergi sempat la try makan kuih pulut panggang sarawak, bezanya cuma kuihnya gedabah n pulutnya agak keras. takpe2 janji dah cuba makan.
lepas tu pergilah rombongan kami ke sekolah bukit quoin tu nak tengok sistem pengairan diorang, tetiba rasa macam maju lak sistem ni sebab air yang dapat dari bawah tanah ni kualitinya adalah melebihi apa yang telah ditetapkan oleh WHO, maknanya diorang dapat bekalan air bersih sebersih-bersihnya yang mana sebelum ni diorang kena tadah air ujan dan kaalu bila musim kemarau maka kemarau jugalah tandas-tandas mereka. tapi dengan sistem ni masalah kekemarauan ini dapatlah diatasi dengan jayanya.
aktiviti meredah sungai akan bersambung selepas ini

Tuesday, July 14, 2009

ADIK MASUK POLI

minggu lepas aku n my family pergi hantar adik aku pergi poli, kami panggil dia adik, namun dia bukanlah adik yang paling adik hanya kerana nama dia adik.


adik yang aku maksudkan adalah masitah yang kini sedang menyambungkan pelajarannya di POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN a.k.a POLITEKNIK DUNGUN yang terletak dinegeri yang beriman iaitu negeri Terengganu Darul Iman. Bergerak ke Terengganu hari sabtu selepas kenduri sapinah my sepupu kat cheras around 11.00 kitorang jalan, memula budget perjalanan 6 jam tanya orang ada yang kata 4 jam, 5 jam, 6 jam...tapi kami buat 7 jam rasanya..sampai depan politeknik tu dalam kul 6.15 macam tu la.


lepas dah tengok tempat adik tu adalah pula giliran nak cari tempat tidur huhu...punyalah payah nak dapat sampai ke kuala abang la kami berjalan..sipi2 nak sampai tempat penyu bertelor. gambar kat atas tu adalah gambar kat depan kedai jual hasil laut yang segar bugar, tengok ngan sotong ngan udang dia nampaklah kesegarannya, kembung2 aje keras...warna menyalaa...kalau dapat goreng rangup2 ikan merah dia mesti sedap sangat


lepas dah dapat tempat bermalam kat perantau inn kat kuala abang tu, kami pun sleep aje la amalm tyu dan sebelum tu semapt makan dinner seafood, bay ayang kepingin sangat nak makan seafood katanya, memula jalan ngala ke rantau abang tapi kedai seafood nya macam kulat je kecik2 haha..pastu ngala kuala dungun jumpa la satu kedai yang boleh tahan tapi sepi aje keadaannya, nasib baik makanan sedap la jugak. sampai licin kami melahap malam tu, lapor agaknya.

gambor pun tak sempat ambik, LICINNNNNN

lepas makan apa lagi balik perantau inn sleep ajelah, bayar rm120 untuk satu malam, iyer2 request bilik ada dir cond tgk2 air condnya keluar angin je hawa sejuknya adalah amat minimal ye kawan2. pagi esoknya pagi2 dah jalan ke tepi laut yang memang betul depan chalet tu, malam tu tanya budak tu kata boleh mandi sekali tengok siang pagi2nya jangan kata mandi nak jejak kaki pun seriau aje rasanya..ombak dia kuat-kuat ayam tapi pergerakan macam leh tarik orang ketengah aje, pastu air nya dark aje macam dalam cerita dark water tu.

tapi apa pun nikmatilah keharmonian gambo kat tepi pantai tu pada pagi itu ye