Tuesday, October 7, 2008

The Making of....

Eidul Mubarak
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429
Jika kesilapan semalam belum terampun 'MAAFKANLAH',
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati 'LUPAKANLAH',
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT,
Inginku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR dan BATIN


sambutan raya aidilfitri 1429 tahun ni disambut dengan penuh kemeriahan kat rumah aku seperti tahun-tahun sebelum ini. aku merupakan anak pertama di perantauan yang sampai kerumah pada perayaan kali ini...haha, aku sampai rumah dalam pukul 11.00 pagi sabtu sebelum raya..ingatkan baya budak U.P sampai dulu..dia 2nd place n abang eim merupakan peserta ketiga sampai..
[perlumbaan ini mengecualikan akak, anon ngan aus sebab diorg duk dekat]

masa sampai kat rumah mak n adik2 aku tengah masak peyek..dari pagi sampai ke nak berbuka memasak peyeknya.adik aku cakap sampai keras2 bontot duduk lama sangat haha...


sehari sebelum raya seperti biasa rumah aku masak lemang, dodol n ketupat. aku macam ala2 relaks sikit tahun ni sebab konon2nya terkena jangkitan demam denggi..4 kali kena cucuk ambik ujian darah.

.....more update is coming

Tuesday, September 16, 2008

PRE-WEDDING katenye...


Ini muka orang yang belanja kami makan semalam untuk meraikan majlis hari kahwinnya yang berlangsung pada 4 Raya, Sorry la memang malas laa aku nak pergi. nasib baik buat majlis pre-wedding...

SITI NURDIYANA BT. MOHAMED FARID & KHAIRUL FADZLY BIN SAZALI


makan kat Kenny Rogers Jusco Equine, tapi aku ngan pensponsor sampai lambat kul 7.45.. mana yang datang awal kat situ [faisal n wife, dyana, lynn n abe] dah makan dulu siap2..huuhuu.. Gambar bawah ni la semua orang yang datang ada 10 0rang semua
[bolehla anggap macam mini gathering]


sambil2 makan tu aku tengok diyana farid cukup professionalnya memberikan tazkirah perkahwinan kepada mereka2 yang bakal berkahwin. bukan takat dekat meja makan dah nak balik depan pintu kenny rogers pun tak abis2 lagi petuanya...[siapa nak petua kahwin tanyala diyana ini - pasti dibantu hahaa]

last sekali sessi memberi hadiah, bagi awal sebab tak dapat nak attend majlis masa aidilfitri nanti
[wahhh aku nampak kurus] hahaha

dan yang terakhir kalinya gambar ini adalah makanan kat Kenny Rogers Roasters

Tuesday, September 9, 2008

BerbukA PuasA

semalam pukul 8.00 saya ngan budak pejabat serta boss kami dan isterinya pergi berbuka puasa bersama-sama di SOHO, Bangi. waktu berbuka saya makan 5 bijik karipap makanya bila masa utk makan nasik perut saya dah sedia adanya penuh, tapi makanannya mewah...

ini satay ayam...sedap, 4 bintang

ini sambal udang petai...biasa2 la 3 bintang

ini kerapu sweet sour, tak sedap 1 bintang

ini sayur campur seafood, tak try xleh komen

yang ni plak kerabu mangga, sedap, 4 bintang

ini tomyam dia sedap, 5 bintang

yang terakhir ni plak sizling seafood, ermm xberapa suka la ngan yang ini sebab tak pandai makan

ada nasik putih, ikan kerapu sweeet sour kot, sizling seafood, satay ayam, sayur campur seafood jugak, tomyang udang, kerabu mangga ngan sambal petai udang. wah sedap2, aku minum air kelapa laut afrika..pun sedap jugak. macam air kelapa campur laici. kesimpulannya makanan kat sini semuanya ok tapi pernah dulu 2 kali datang sini nak dapat makan tu kena tunggu lama sangat so takde la asyik nak pergi kedai ni kecuali kalau dia betul2 lengang macam malam semalam tu.
siapa yang bayar semua ni, mestilah boss saya...TQ DR.

Tuesday, August 26, 2008

salam ramadhan


Selamat menyambut ketibaan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan, agar puasa ramadhan tahun ini mendapat berkat dan ganjaran daripada ALLAH S.W.T.
di kesempatan ini..saya ingin memohon maaf dia atas segala dosa sepanjang tahun ini..secara sengaja atau tidak...harap ramadhan kali ini dpt berikan 1001 keinsafan & keampunan..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

PESTA BUNGA API @ FIREWORKS, PUTRAJAYA

From the left: Malaysia, China, Canada and Spain

12 august 2008: Malaysia fireworks show, i witnessed the show from a bridge behind the NRE building. me went to the fireworks with my officemate the 3 stooges with my misai boss. for me the fireworks was blown fire with no good arrangement. following is the photo taken at that nite.

16 ogos 2008: it is China turn, not a fantastic presentation as i'm expecting, dah habis bunga api mainkan untuk majlis pelancaran olimpik china 2008. the view from the same place.

20 ogos 2008: Canada merupakan negara ketiga yang bertanggungjawab untuk meletupkan bunga api mereka, merupakan yang terbaik setakat ini. bunga apinya besar2 dan berwarna warni.


24 ogos 2008: Sepanyol pulak yang main bunga api, tapi sian mereka sebab kalau dari tempat aku biasa tengok bunga api tu tak clear la,. kalau dari PICC aku comfirm mesti cantik gila2 terutamanya untuk penutupan dia tu. aku tak nampak sebab separuh daripada bunga api meletup dalam awan. jadi nampak separuh je. masa kat situ sikit punya seronok tengok bunga api ngan adik aku walaupun hujan dan angin menderu-deru sampai tak sedar semua orang blah dah [sedar sebab ada polis kat belakang cakap: dah la tu balikla] haha...terpegun sangat rasanya walaupun dapat nampak separuh je.