|
Dipercayai ini adalah buah raspberry yang ada dekat Mardi Cameron Highland |
Bismillahirrahmanirrahim.... dan Assalamualaikum....
Adalah dengan ini saya selaku tuan empunya blog merasmikan come back saya untuk tahun 2013. Hahaha setelah sekian lama tak meng update kini saya update pasal trip mengejut ke Cameron Highland, Pahang Malaysia hujung February yang lalu.
Memang takde rancangan nak naik Cameron pun masa balik Kg hujung bulan lepas tapi tetiba je adik ajak naik sebab nak hantar kawan dia yang praktikal kat atas tu kat Ladang Strawberries and Chillis. Tetiba terkenang mesti macam cool je kalau aku dulu pun praktikal kat Majlis Daerah Cameron Highland yang cool tu. Kot tak merasa la aku makan stroberi hari2, bangun pagi je petik stroberi segar kat ladang orang. Satu ilmu yang nak share ngan korang yang nak ke cameron tu silalah beli buah strawberry yang bersaiz kecil molek sebab kawan adik aku tu kata kalau yang bersaiz besar besar tu cepat lembik bila dah dipetik especially bila dibawak turun dari Cameron Highland tu.
|
Buah Strawberry ni kalau yang saiz kecik lambat nak lembik |
|
Air Terjun Lata Iskandar yang dah lapang |
Teluk Intan - Cameron Highland boleh naik ikut Tapah sebab akan menjimatkan banyak mileage tapi kena la masa cuaca yang baik since jalan belah sini adalah sangat berliku-liku dan mempunyai jurang yang tinggi. Aku ingatkan bila dah bukak jalan naik dari Simpang Pulai lori lori sekalian akan menggunakan jalan yang baru, tapi nampaknya diorang still nak guna jugak jalan yang kecil dan sempit ni, apadaaa....
Bertolak sebelum asar then solat asar kat Tapah then naik ke Cameron Highland dan sampai sana betul-betul dah nak maghrib. Tapi we all bukanlah naik direct terus ke Tanah Rata, ada jugaklah menyinggah-nyinggah. First stop adalah air terjun Lata Iskandar, kecik kecik dulu masa mandi kat sini sejuknya rasa sampai ke tulang sumsum tapi baru ni pergi takde la rasa sejuk mana sangat pun airnya, betul la kot kalau pokok dah kurang sejuk pun kurang la. Masa dulu tu rasanya keliling air terjun ni macam redup penuh dengan pokok-pokok besar so sebab tu airnya amat dingin.
|
Dulu pernah cuba baring atas pokok teh ni |
Dah puas berpusing-pusing jalannya kitorang pun sampai kat Ringlet sampai kat Cameron Valley Tea Farm singgah sekejap nak pee wee, dapat la melampiaskan hajat ngan sentosa sebab tandasnya bersih dan airnya dah mendingin. Masa sampai tu mmg dah senja pun dah pukul 6 lebih rasanya..so bergambar gambar depan pintu btandas je la masa tu. Gambar kat atas tu adalah view daripada kawasan tandas tu. Berbukit bukit ladang tehnya. Masa kecik dulu abang aku propa kata leh baring atas rimbunan pokok teh tu kitorang pun cuba la, dan adalah dinasihatkan janganlah korang terpedaya sebab pokok teh tu takkan mampu menampung berat korang anda anda sekalian especially yang bersaiz comel macam aku ni.
|
Ini bukan hotel penginapan kami!!! |
Sampai kat Tanah Rata yang mana merupakan pekan nombor satu kat Cameron Highland ni pun dah maghrib sangat dah, dah gelap kata orang. terus la tuju cari hotel bajet kat pekan ni yang satu row ngan Maybank. Dapatlah bilik rate RM30.00 satu malam, takdela semenggah mana pun biliknya, ok la untuk tidur satu malam dan semata-mata untuk tidur je. Bilik aku siap kitorang tolong cucikan kipas lagi sebab dah berkeladak sangat sampai tak dapat rasa pun anginnya.
Dah check in, kemas bilik sikit kitorang g jalan-jalan makan angin kat pekan Tanah Rata tu masa tu baru dalam pukul 830 gamaknya and orang atas jalan memang dah sangat kurang tapi ramai pelancong duk lepak makan minum kat deretan rumah kedai kat situ. Malam pun takde la sejuk sangat and takdelah apa sangat aktivitinya sebab semuanya gelap, tapi kalau kena tiup ngan angin dia terasa jugakla sejuknya. Tak taula sama ada memang CH dah tak sejuk or lemak aku yang semakin menebal. Jalan-jalan dalam kul 10.30 malam balik bilik.
Malam tadi sebelum tidur duk google point of view sunrise yang cantik katanya dekat CH ni, hasil googlelan banyak suggest tengok view dari Equatorial punya dock yang sah-sah kitorang takleh nak masuk tu.
(04/07/2013 - Khamis) Di bawah bawah ini adalah gambar yang diambil semasa bercuti tersebut....sorry la sebab dah takde idea nak mengarut apa. Post ni pun sebenarnya dah lama simpan dalam ni, cuba malam ni terasa kesian plak tengok blog aku ni takde sebarang update sekian lama aso aku tepek la satu hahaha....selamat menghayati uolsss....
yang last sekali ni bukan gambar kat Cameron yang ni gambar kat Tapah kat Kuala Woh...