hah tu dia intro jalil the pillow maker menggunakan bahasa sepanyol, kau mampooo? hahaahaa.. next time nak pakai intro bahasa korea plak..tapi bab intro je la, nak tulis panjang2 sgt bahasa asing kang korang tak paham plakkan. kali ini aku nak menunjukkan kepada pembaca pembaca tekun blog ini bagaimana asal kekabu menjadi bantal. first of all kepada yang tak mengenal erti kekabu sila tengok gambar kat bawah n kat bawahnya; gambar yang pertama menunjukkan pokok kekabu dan keduanya menunjukkan kekabu nan gebu ditiup angin. buahnya yang muda adalah sangat keras dan sesuai dijadikan objek untuk membaling haiwan2 liar dan juga membaling manusia-manusia engkar..hahaa komfem gedebuk bunyinya.
kekabu putih gebu yang dah masak akan jatuh kalau tak dikait cepat cepat
Apabila buah kekabu sudah masak dan berwarna hitam dan mempunyai kulit yang rangup dan rapuh maka sesuailah kiranya ianya dipetik menggunakan galah yang panjang. Kalau tak dikutip ketika ini akan menyebabkan kulitnya meletus macam benih pokok angiosperma, hasilnya kekabu itu tidak akan menjadi bantal kerana pada tahap itu ia akan mudah berterbangan dan akan melahirkan perasaan benchi nak kena kutip dia. Jadi untuk mengelakkan hati penuh rasa benchi so sebelum dia jatuh kita jatuhkan dia, jangan biarkan dia terbang tinggi tinggi.
Selepas diasingkan kulit dari isinya, maka peringkat seterusnya plak adalah menjemur kekabu tersebut. kekabu yang dalam timbe biru tu kan kurang gebu, jadi nak bagi gebu kena jemur untuk beberapa hari sehingga ianya betul-betul gebu dan kembang. Jangan plak pergi terer sangat gi jemur tengah2 padang dalam talam plak, kang jenuh nak ngutipnya balik. nak senang jemur dalam karung besar yang dibentuk menggunakan kain nipis-nipis dan jarang-jarang.
hasil kerja keras aku and mak mengasingkan kekabu dari kulitnya dan bijiknya
mucho gracias te amore
p/s: siapa nak order kekabu ori yang dihasilkan melalui titik peluh kerja keras?...hahahaha
2 comments:
jalil...lama menyepi..hang pie mna?
menjadi pembuat bantal kekabu lak skang ni hahaha
Post a Comment