Saturday, November 29, 2008

SITI....SITI....SITI......


siti hajar binti irwansa, dilahirkan pada 2oktober2008, di hospital besar teluk intan pada waktu tengah malam....telah dibotakkan kepalanya separuh oleh kak ju...lepas tu kepalanya ada darah terpercik percik terus kak ju cuak dan stop cukur kepala anaknya. bukan itu sahaja,


PENGALAMAN MANIS ADIK
adik kata "dia seorang yang manja...sambil gedik2 sebak" ,"dia comel macam lee chong wei"..




PENGALAMAN MANIS AUS
aus kata " owwwhh yeahhh..."


PENGALAMAN MANIS ANON
anon kata " saya bermain dengannya hanya untuk seketika, kerana dia sudah hendak pulang"

PENGALAMAN MANIS AKAK
akak kata "apa anon mengata", "kenangan terindah (suara ngantok)"

PENGALAMAN MANIS ABAYA
abaya kata "dia suka ambik perhatian...", "dia takutkan kesepian"

PENGALAMAN MANIS MAK
mak kata "mak sangat gembira"

PENGALAMAN MANIS APAK
apak kata "bahagia bersama cucuku"

siti telah balik ke kuala lumpor pada tengah bulan 11



Monday, November 3, 2008

LasT EiduLFiTrI Open HousE

Rabu, 22 November 2008

kak ieja menjemput bebudak opis ngan aku skali ke majlis rumah terbuka kat desa pinggiran putra, Putrajaya pada 30 nov 2008. kak ieja mintak tolong carikan lemang yang beli masa open house GACOS aritu.


30 November 2008
4.00 pm: airid ngan Nora keluar ke Bangi sambil mencari lemang untuk open house kak ieja ngan cynthia > > > tapi kedai tu dah tutup, baru perasan yang bulan syawal dah habis pun rasanya masa tu.. [haha...rumah terbuka hari raya ke lagi kak ieja?]

5.00 pm: naik kereta airid hantar nora balik rumah dia ngan pergi cari lemang sampai kat depan pintu masuk 9 UPM kat serdang, kak ieja kata dia nampak kat situ ada jual masa dia balik site visit..

6.00 pm: singgah kat tempat basuh kereta sampai la ke maghrib...lama sungguh tunggu giliran lap kering kereta tu. nasib baik dia basuh bersih..

7.00 pm: kak ieja mesej mintak datang bawak lemang kerumah dia secepat mungkin, aku ngan airid singgah opis sembahyang maghrib terus keluar kerumah kak ieja..[kata start pukul 8] tgk2 orang dah tak sabar nak merasa kak ieja ngan cynthia masak semua datang lepas ofis huhu..nasib baik tak ramai sangat..


7.30 pm: sampai rumah kak ieja n cynthia n diorang dah siap idang segala jenis masakan atas meja kecuali lemang je..macam2 ada meriah sungguh kak ieja ngan cynthia masak, ada rendang, ada laksa, ada spaghetti, ada nasik impit, agar2 laici, satay haji samuri, fruit punch, ngan air apa ntah haha...semua benda aku sebat sampai last tak tahan sebab dah kenyang sangat n rasa panas aku terpaksa duk luar je jadi penyambut tetamu..hehe

8.00 pm: tetamu jemputan dari pejabat kak ieja ngan cynthia mula sampai...penuh la jugak rumah tu huhu, sampai kena bukak pintu grill nak bagi angin berpusar dalam tu.
8.45 pm: percubaan pertama nak mintak diri untuk pulang...GAGAL...tuan rumah sibuk sangat tak sedar permintaan kami atau saja2 buat tak sedar haha...

9.00 pm: sekali lagi nak mintak diri...GAGAL...lagi kali ni sebab cynthia berlakon2 sibuk bercakap dalam talipon huhu...kau kijam cynthia...

9.1o pm: kali ni nekad tuan rumah bagi tak bagi aku ngan airid nak balik gak nak tengok cerita tV kekasihku seru episod akhir...nasib baik selepas di paksa dapat gak kami balik...
+++TERIMA KASIH KAK IEJA NGAN CYNTHIA+++

Thursday, October 30, 2008

NANDO's Pertama Kali

N A N D O 's Pertama Kali
semalam kat taman maluri aku mengepow reen belanja aku makan Nando's hahaha...buat pertama kalinya makan nando's nak merasa. mmg sedap rasanya..beza ngan kenny rogers sebab rasanya yang ni macam dipanggang guna charcoal sebenar... kalu macam kenny rogers tu dia lembab2 basah tapi yang ni kering menyebabkan masa makan aku teringatkan ayam panggang yang biasa aku buat kat kampung macam ni lah juga sedapnya haha...bahan2 garam ngan kunyit je. pastu bakar atas arang tempurung, mmg marvellous.


yang kiri tu aku punya hidangan yang kanan tu tukang sponsor aku punya hidangan, aku makan peri2 chicken level hot, potato salad ngan salad-semuanya sedap, reen lak makan jejari kentang ngan salad macam aku.



yang kanan sekali tu aku, tengah-tengah tu empat jenis sos yang ada, yang kiri tu cik zarina ismail, deco kedai tu menarik la layanan pun best bertambah best aku dapat top up air banyak kali haha

semalam pertama kali gak aku naik tren dari bandar tasik selatan ke stesen maluri aku tak pernah ambik route yang tu, siap patah balik ke cheras bila kerna tersilap naik tren masa kat Chan Sow Lin..main naik je terus sebab perut tengah lapar haha...
lepas makan kami round lak jusco Taman Maluri tu, besar rupanya macam Jusco Balakong lak aku tengok..leh la pasni mintak jadi manager kat sini lak..Jusco Equine ke Jusco Maluri....Jusco Maluri ke Jusco Equine....
lastly ucapan terima kasih kepada pensponsor makan malam aku semalam...

Friday, October 10, 2008

semalam GACOS buat Jamuan Raya

Malam tadi ada majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran GACOS. majlis bermula jam 2000, kak sa'diah sampai tepat jam 1930 dan jemputan lain amani ngan cynthia sampai lambat kul 2030 sebab sesat katanya..orang bagi direction lain jalan lain lak yang dia ikut, bersusah payah aku lukis pelannya semalam, tapi tetamu terakhir sampai adalah kak iera dan suaminya dan bayinya yang belum keluar lagi tu.


menu jamuan tersebut mula plan macam cukup2 je untuk kami 12orang tapi bila dah hidangkan mak aih banyak la pulak...dari nasi ayam ke nasi impit ke satay, lemang ngan rendang, bawak lak lagi roti jala, biskut raya, kuih pau pun ada sampai la ke buah2an ngan puding mangga..

nasi ayam order untuk 15 orang tamak punya pasal, tapi baiknya tokey kedai tu bagi untuk macam 20 orang punya makan, berlebih2an banyak sangat nasib baik iryd bawak balik, terima kasih jugak kat tokey nasik ayam tu sebab bagi pinjam set makanan untuk nasi ayam tu, kot tak jenuh nak makan nasi ayam dalam pinggan kertas..huh mencabar tu ngan sup ngan sambalnya lagi..

dah kenyang makan semua sambung lak majlis dengan sesi mengumpat dan bersembang-sembang macamlah semua lama tak jumpa, padahalnya kerja satu bangunan je, huh...Dr Azim siap bagi ceramah pasal Gated Community Schemes lagi pada beberapa kerat tetamu yang datang ke majlis tersebut...ohhh lupa nak bagitau majlis ni diadakan kat rumah hinggap Dr Azim la kat presint 10.

sesudah boring bersembang sampai dah takde point untuk disembangkan lagi makanya kami2 ini yang masih belum berkahwin kecuali kak iera mengadakan sesi bergambar raya 2008.



dah puas berposing sesama kami barulah bergambar dengan tuan rumah dan semua tetamu yang hadir [huh macam ramai je tetamunya]..ingat lepas2 bergambar reramai ni boleh la mula mengangkat bontot balik tengok2 tuan rumah sambung sembang lagiii..last2 dekat pukul 2400 jugak la kami balik, kurang 10 minit kul 1200 tengah malam nasib baik sempat sebelum aku bertukar kepada paras rupa sebenar yang lebih kacak lagi.

Tuesday, October 7, 2008

The Making of....

Eidul Mubarak
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429
Jika kesilapan semalam belum terampun 'MAAFKANLAH',
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati 'LUPAKANLAH',
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT,
Inginku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR dan BATIN


sambutan raya aidilfitri 1429 tahun ni disambut dengan penuh kemeriahan kat rumah aku seperti tahun-tahun sebelum ini. aku merupakan anak pertama di perantauan yang sampai kerumah pada perayaan kali ini...haha, aku sampai rumah dalam pukul 11.00 pagi sabtu sebelum raya..ingatkan baya budak U.P sampai dulu..dia 2nd place n abang eim merupakan peserta ketiga sampai..
[perlumbaan ini mengecualikan akak, anon ngan aus sebab diorg duk dekat]

masa sampai kat rumah mak n adik2 aku tengah masak peyek..dari pagi sampai ke nak berbuka memasak peyeknya.adik aku cakap sampai keras2 bontot duduk lama sangat haha...


sehari sebelum raya seperti biasa rumah aku masak lemang, dodol n ketupat. aku macam ala2 relaks sikit tahun ni sebab konon2nya terkena jangkitan demam denggi..4 kali kena cucuk ambik ujian darah.

.....more update is coming

Tuesday, September 16, 2008

PRE-WEDDING katenye...


Ini muka orang yang belanja kami makan semalam untuk meraikan majlis hari kahwinnya yang berlangsung pada 4 Raya, Sorry la memang malas laa aku nak pergi. nasib baik buat majlis pre-wedding...

SITI NURDIYANA BT. MOHAMED FARID & KHAIRUL FADZLY BIN SAZALI


makan kat Kenny Rogers Jusco Equine, tapi aku ngan pensponsor sampai lambat kul 7.45.. mana yang datang awal kat situ [faisal n wife, dyana, lynn n abe] dah makan dulu siap2..huuhuu.. Gambar bawah ni la semua orang yang datang ada 10 0rang semua
[bolehla anggap macam mini gathering]


sambil2 makan tu aku tengok diyana farid cukup professionalnya memberikan tazkirah perkahwinan kepada mereka2 yang bakal berkahwin. bukan takat dekat meja makan dah nak balik depan pintu kenny rogers pun tak abis2 lagi petuanya...[siapa nak petua kahwin tanyala diyana ini - pasti dibantu hahaa]

last sekali sessi memberi hadiah, bagi awal sebab tak dapat nak attend majlis masa aidilfitri nanti
[wahhh aku nampak kurus] hahaha

dan yang terakhir kalinya gambar ini adalah makanan kat Kenny Rogers Roasters

Tuesday, September 9, 2008

BerbukA PuasA

semalam pukul 8.00 saya ngan budak pejabat serta boss kami dan isterinya pergi berbuka puasa bersama-sama di SOHO, Bangi. waktu berbuka saya makan 5 bijik karipap makanya bila masa utk makan nasik perut saya dah sedia adanya penuh, tapi makanannya mewah...

ini satay ayam...sedap, 4 bintang

ini sambal udang petai...biasa2 la 3 bintang

ini kerapu sweet sour, tak sedap 1 bintang

ini sayur campur seafood, tak try xleh komen

yang ni plak kerabu mangga, sedap, 4 bintang

ini tomyam dia sedap, 5 bintang

yang terakhir ni plak sizling seafood, ermm xberapa suka la ngan yang ini sebab tak pandai makan

ada nasik putih, ikan kerapu sweeet sour kot, sizling seafood, satay ayam, sayur campur seafood jugak, tomyang udang, kerabu mangga ngan sambal petai udang. wah sedap2, aku minum air kelapa laut afrika..pun sedap jugak. macam air kelapa campur laici. kesimpulannya makanan kat sini semuanya ok tapi pernah dulu 2 kali datang sini nak dapat makan tu kena tunggu lama sangat so takde la asyik nak pergi kedai ni kecuali kalau dia betul2 lengang macam malam semalam tu.
siapa yang bayar semua ni, mestilah boss saya...TQ DR.

Tuesday, August 26, 2008

salam ramadhan


Selamat menyambut ketibaan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan, agar puasa ramadhan tahun ini mendapat berkat dan ganjaran daripada ALLAH S.W.T.
di kesempatan ini..saya ingin memohon maaf dia atas segala dosa sepanjang tahun ini..secara sengaja atau tidak...harap ramadhan kali ini dpt berikan 1001 keinsafan & keampunan..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

PESTA BUNGA API @ FIREWORKS, PUTRAJAYA

From the left: Malaysia, China, Canada and Spain

12 august 2008: Malaysia fireworks show, i witnessed the show from a bridge behind the NRE building. me went to the fireworks with my officemate the 3 stooges with my misai boss. for me the fireworks was blown fire with no good arrangement. following is the photo taken at that nite.

16 ogos 2008: it is China turn, not a fantastic presentation as i'm expecting, dah habis bunga api mainkan untuk majlis pelancaran olimpik china 2008. the view from the same place.

20 ogos 2008: Canada merupakan negara ketiga yang bertanggungjawab untuk meletupkan bunga api mereka, merupakan yang terbaik setakat ini. bunga apinya besar2 dan berwarna warni.


24 ogos 2008: Sepanyol pulak yang main bunga api, tapi sian mereka sebab kalau dari tempat aku biasa tengok bunga api tu tak clear la,. kalau dari PICC aku comfirm mesti cantik gila2 terutamanya untuk penutupan dia tu. aku tak nampak sebab separuh daripada bunga api meletup dalam awan. jadi nampak separuh je. masa kat situ sikit punya seronok tengok bunga api ngan adik aku walaupun hujan dan angin menderu-deru sampai tak sedar semua orang blah dah [sedar sebab ada polis kat belakang cakap: dah la tu balikla] haha...terpegun sangat rasanya walaupun dapat nampak separuh je.