Sunday, May 6, 2012

perut comel

semalam masa otw driving balik kampung dari kotaraya aku perasan aku memiliki sebuah perut yang bulat. masa tu terfikir wahhhh nak kena diet ni sebab perut aku semakin maju kehadapan. biasalahhh kalau tengah memandu macam macam la dok plan, nak kurangkan makanla mentelahan duit bajet bulan ni dah jadi tayar, nak buat sit up sebangun pagi juga nak minum air banyak banyak sebab nak melarutkan lelemak degil kat bahagian perut tu.

tapi pastu lama lama dah beberapa batang dia lepas dah berbagai warna lampu traffic light aku tempoh,aku pandang perut aku lagi skali. aku nampak dia bulat dan begoyang goyang tetiba rasa macam comel je perut aku ni hahahaha. terus timbul cadangan terlatest nak simpan je perut yang comel ni.

hahaha sah sah aku dah gilo gamaknya...tapi tetap nak kuruskan sikit perut tapi kalau perut comel nampak macam lambang kemewahan dan keharmonian hidup walaupun sebenarnya hidup ni takde la semewah mana pun. cukup makan cukup pakai je kata orang. hahaha cukupla entry mengarut aku untuk petang ini, sajaje nak merasa apdet blog guna adik aku punya samsung galaxy tab ni...hahahaha

2 comments:

unknown said...

TERASA MAJU TAK MENUPDATE GUNE TAB...

kecopong said...

lamanya x baca blog jalil!