Monday, November 28, 2011

Pesta Bunga Api diBulan November

Masuk yang malam ni dah kali kedua rumah orang kaya belakang rumah aku main bunga api tahap pesta bunga api yang kat Putrajaya tu gahnya. Pasang bunga api sampai 10-20 minit lamanya, memang kaya sungguh melampau lampau lak pakcik tu, sebab setau aku bunga api yang bunyi pes pes tu pun 100 das dah berpuluh ringgit regenya.

Sebelah petang tu orang berduyun duyun masuk kat kawasan orang kaya tu, aku syak diorang ada mesyuarat nak cabut undi giliran kutu kot. Pastu penutup parti cabut giliran kutu tu diorang tengok pertunjukan bunga api secara beramai ramai hahaha....


Oh! Sushi King TIDAK Halal


Kepada pengemar sushi … be careful

Oh! Sushi King TIDAK Halal


Berikut adalah petikan dari email, persoalan dari Abdul Rahman Omar (seorang pengguna) kepada pihak pentadbiran Sushi King sendiri mengenai status halal atau tidak restaurant tersebut.
Question:
Dear Marilyn,
Another element of halal is on the use of alcohol in food preparation / cooking or the presence of alcohol in the ingredient use such as sauces etc.
Can you tell me whether Sushi King use alcohol or use materials
(such as sauces) that content alcohol?
Answer:
Dear Mr. Abdul Rahman Omar,
Thank you for your email. For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Sushi King is not certified ‘Halal’. This is due to some of our food contains ‘Mirin’.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.
Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
On top of that, some of our restaurants do sell beer
However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.
Hope this clarifies your concern.
Thank you.
Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283

Dapat emel dari kawan aku, dan sebelum ni pun kawan aku memang kata sushi king takleh nak makan sebab diorang memang pakai mirin especially dalam kicap masin dia tak silap aku. Kalau betul marilyn yang jawab camtu memang leh respek kat dia sebab memang jujur dan takde nak sorok2 terutamanya dalam bab diorang tak dapat sijil HALAL daripada JAKIM tu.

Makanya adalah afdhal dan terbaik sekiranya tak makan sushi dah sebab menjauhi yang was was...huhuhu, pasni kena makan sushi jusco la plak

ADI IDA


Dua pasang pengantin of the day, Ida ngan Kakak dia...pelamin cantik and sempoii

Pepagi ni takde idea sangat nak tulis panjang2 la...tulis sikit padam tulis sikit padam heheh makanya kat sini aku hanya nak mengucapkan selamat pengantin baru pada 2 orang kawan aku yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Kepada Adi ngan Ida, aku nak mengewish kepada korang-korang ini semoga senantiasa berbahagia dan rahmat tuhan will always be with uols. Semalam kami sampai kat wedding tu agak lewat selepas bertungkus lumus memburu sebijik lagi kereta yang sungguh liar hahaha, sib baik la sempat jugak tengok pasangan pengantinnya...komen abang hassan Adi sangat berwajah serius....
Geng geng gerombolan gadis yang cool je duduk dekat meja makan sambil bermesyuarah...
Geng geng gerombolan lelaki tengah sibuk nak ambik gambar pengantin kat pelamin

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualikum dan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin dan muslimat yang diingati sekalian. Kepada yang tak ingat bahawa hari ini adalah permulaan tahun baru untuk kalendar islam maka adalah lebih baik cepat2 sedar ye....

Friday, November 25, 2011

Metrojaya Festive Sale


DISINI ADA PENGUMUMAN!!!

to all readers yang duduk dekat dalam Putrajaya ataupun kat kawasan sekitarnya ataupun yang duduk jauh sikit sikit ataupun yang jauh banyak banyak dari Putrajaya.

Kalau all readers sekalian takde nak buat apa2 weekend yang panjang ni leh la gi usha-usha barang kat Metrojaya Festive Sale dekat PICC putrajaya.

Kat situ ada macam macam dari pakaian atas ke bawah, luar ke dalam, patung beruang, pinggan mangkuk al fresco, kain langsir, sarung bantal, cadar tapi tilam vono takde jual kat situ tilam tilam lain pun takde jugak. Kot2 ada yang berniat nak cari kelengkapan sekolah mebe kecewa sikitla sebab tak banyak sangat barangnya, pen/pencil yang ada pun ada gajah bertenggek kat atas hulunya.

Tapi apa apa pun kalau takde nak kemana or buat apa arini leh la datang cuci cuci mata kat promotion ni. Leh la beli handbag sebijik dua tuala sehelai dua or beruang 2-3ekor...

Lupa plak nak bagitau yang promosi tu setat 11pagi sampai 9malam sampai hari ahad ni aje ye...

Monday, November 21, 2011

bermain ais kepal...

sebab dah biasa duk tempat sejuk apa
sangatla bila masuk snowalk tu pakai
seluar pendek je...
Yang warna purple tu adalah
donut untuk aku main menggelungsur ais

























Assalamualaikum dan holla te amour kepada pengunjung tegar sekalian. kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku bercakap sambil berasap tanpa merokok kat korang sekalian. Korang korang semua tau tak kos nak memasuki snowalk yang dekat Icity Shah Alam tu adalah rm20.00 kepada pemegang2 mykad yang dewasa, macam mahalkan? tapi jangan risau di penghujung bacaan nanti aku akan tunjukkan macamana kaedahnya nak jadikan tiket tersebut bernilai.

aku ngan fizi pergi kesini pun secara bukan yang dirancang2 so kepada sesiapa yang terasa diabaikan sila jangan gediks2 nak berasa sedemikian. Memulanya aku gi teman si fizi ni gi beli madu habbatus sawda direct kat HQ dia kat shah alam kat jalan lawan pedang which is berdepan dengan stadium. Dah shopping madu pergi plak makan kat kedai ayam kampung yang dekat2 situ jugakla..ramai orang, aku bajet mesti glamor kedai makan ni kart area shah alam tu. Dah nama kedai ayam kampung so aku makan ayam kampung berkuahkan gulai lemak ketam. then ambik skali lemak masak gulai kawah, the ayam n kuah was good tapi the gulai kawah ngan cicah dia masin yang mmg tahap kalau aku ada darah tinggi leh terus kena strok kat situ gakla hahaha...

makan sudah tujuan utama sudah..so kendian terpikir la nak gi mana, aku ajak fizi g Icity, tapi cadangan tu mmg aku sendiri rasa tak sesuai memandangkan masa tu matahari memancor2 atas kepala, and the Icity is famous as the city of light so pasti pastinya akan bergemerlapan diwaktu malam. Tapi drive punya drive punya drive tetiba tersampai gak kat Icity tu.  Nak masuk dalam tu mahal plak duit parkingnya siang2 hari yang at first aku ingat takde apa tu pun rm5.00 ye kalau malam 10 hengget dia caj, makanya terhenyak seketika kat depan penghadang jalan masuk parking tu.

Tapi sebab fizi has never been here dan atas dasar ingin tahu si fizi ni masuk jugakla dalam kawasan tu and terus parking close to the snowalk punya hall. masa masuk tu orang macam takde je, seriously cakap kawasan tu siang-siang tandus je. Alang2 dah sampai kat depan pintu snowalk tu aku pikir dari tak tau bila lagi nak masuk so adalah baik kiranya aku masuk jugak dalam snowalk tu dengan berseluar pendek, tu pon sampai guard ngan adik2 kat kaunter tu dah kenal sebab asyik tanya sejuk sangat ke dalam tu? boleh ke pakai seluar pendek? ada tak jaket yang panjang sampai kaki? blaa bla and blaaa....tapi tiket tak beli gak lagi hahaha.
Fizi bergambar ngan polar bear tapi kurus la bearnya gamak tak makan dah lama kot


Rusa tu nak cium aku hahha

Rumah sejuk..yang ni confirm takyah pasang aircond dah weiii...tapi licin ya amat, asyik nak tergelincir je kerjanya aku duk kat bangku dia dalam tu
Ice fort kat dalam kawasan salji tu..kot dapat main paintball agak2 best tak..mesti ramai yang jatuh gedebuk gedebak sebab licin

with Patrick and sponge bob kat luar bilik sejuk tu

Nama dia Fizi, dia tengah melakonkan aksi seorang gelandangan di sebuah negeri beriklim sejuk...
Baru aku perasan muka santa tu merah macam baju dia je dah, tapi aku punya lagak tu memang macam dah biasa berada kat kawasan beriklim sejuk kot.
Tiga orang snowman sebijik macam yang aku ada kat laman belakang rumah dulu je..
after a few time of asing the same question kat semua kaunter yang wujud kat snowalk tu, aku bertekad sepenuh hati masuk jugaklah tempat yang sejuk tu...walau hanya berseluar pendek. harga tiket rm20.00 sekali masuk tapi aku masuk keluar masuk keluar dari bilik sejuk tu 4 kali, maknanya aku main snowalk ni hanya pada kadar rm5.00 sekali masuk hahhaa...

Pertama kali masuk bajet macam sejuk sangat la tapi rupanya memang i was born mempunyai darah yang panas so masuk dalam takdelah rasa terlampau sejuk tu, cuma aku terjatuh gedebuk bunyinya sakit bontot sekejap sebab pakai kasut licin yang disewa kat pintu masuk tu. Tapi one thing nak pesan kalau nak tak rasa sejuk sangat elakkan tangan bersentuh dengan ais yang ada kat dalam tu, sebab bila kena ais kering tu memang terasa macam sejuk sangat.

sebab dah jalan sampai hujung dan dah main gelongsor ais dalam kasut aku ngan fizi cepat2 cabut keluar sebab sejuk mula terasa. duduk kat luar sekejap sambil jemur kamera aku bawah cahaya matahari sebab dia dah mula pandai bagi efek kabus sendiri haha...then masuk skali lagi buat kali kedua, kali kedua masuk is better than yang pertama rasanya. Masuk2 terus main hembus2 sebab baru sedar bila cakap ada asap keluar dari mulut haha. kali ni main yang gelongsor atas donut tu, rasanya macam lagi best dari main gelongsor dlm kasut sebab yang dlm kasut tu rasa sejuk daa...pastu kena cepat2 keluar lagi sekali sebab sejuk mencengkam balik haha..kamera aku pun dah menggigil, nak beli sarung tangan bagi kurangkan sejuk rasa macam rugi sebab rm15.00 sepasang. kalau aku beli sarung tangan kebun tu dah leh dapat 10pasang dah hahaha..

kali ke3 masuk adik2 depan pintu tu mesti nyesal bagitau yang boleh keluar masuk keluar masuk kalau rasa sejuk...sampai aku leh bukak pintu masuk sendiri, before nak curi2 tengok pun dia taknak kasi huhuhu. kali ke3 masuk adalah bertujuan untuk mengambil gambar yang cantik2 walaupun masa kat dalam tu processor kamera aku tetap terpengaruh menjadi lembab nak on. Kali ni masuk angin aircond dia tambah kuat so takleh nak tahan lama sangat sebab rasa sejuk sehingga ke tulang sumsum, walau camana pun aku dengan tabahny amain skali lagi gelungsur kasut ngan donat tu untuk kali ke2. 

lepak kat luar kejap je walaupun idung dah mula sok sek sok sek keluarkan cairan jernih hahaa...tetap tabah  hati kental fikiran masuk sekali lagi dalam bilik sejuk tu semata-mata nak meminimakan kadar sekali masuk kedalam tu, hahah so boleh disimpulkan dengan kemasukan kali ke4 tu aku berjaya menjadikan tiket masuk rm5.00 untuk sekali masuk. Cadang nak buat rm4.00 seklai masuk je dengan masuk buat kali ke5 tapi tak larat dah kot tambahan plak kulit muka dah keras macam baru lepas buat suntikan botox, keras semacam je..haha

dah keluar kali ke4 tu return balik kasut untuk dapat return cagaran rm20.00 tapi resitnya terhilang la plak, jenuh la aku memintak kat kakak tu, tapi dia ketegaq memula taknak pulangkan duit tu. tapi sebab aku kiut dan irritating enough akhirnya kakak tu pulangkan duit without saying much hahaha...alhamdulillah sebab masa tu duit dalam poket aku tinggal rm10.00 je pun.

seronok gak rupanya dapat main sejuk cakap berasap-asap ni haha..ehhh satu soalan, kalau dia cakap temperature dalam tu below 5 darjah maknanya 5 4 3 2 1 or -1 -2 -3 -4 -5?

Wednesday, November 16, 2011

mamai...

arini tadi aku cuti dan aku gi jejalan kat rumah adik aku memain ngan anak2 sedara aku yang super duper kiut namun liar. haahaa..so after a moment rasa ngantuk dan jatuh tidur la aku sampai dekat kul 2petang. Bangun tidur tengok henpon oh ada 5 miskol omaigod sibuknya line tepon aku arini, selalu nak ada 1 call pun payah haha
ini gambar google

one of the call are from my boss, so as a good subordinate aku reply call la balik and the conversation between me and my boss casey (bukan nama sebenar) mcm berikut:

me: Salam, ye kak kenapa call saya tadi?
Casey: Naper tak angkat tadi, Tidor ke?
me: a'ah biasa la cuti2 ni, nak apa kak?
Casey: kalau jalil pergi S***** leh tak?
me: S****** tu kat mana?
Casey: Mr H kata kat tepi hiway je...
aku pun tak de nak pikir pikir dah jawab ok je la kan, ingat pergi bekap ke apa ke.

tetiba bila dah habis sembang letak tepon mata nan kuyu dah mula jegil jegil baru otak aku yang terpikir that she mean by pergi s***** tu bukan as a bekap or whatsoever tapi nak kena transfer kat sana la kot huwaaaa......

omaigod omaigod aku dah tersasul semasa minda aku separuh sedar tercakap setuju lah pulak, so now terpikir camana nak teragkan kat dia what i thought before and actually takdela kisah sangat nak kena PERGI tu, cuma harapannya jangan la dalam masa yang sangat dekat ni..huhuh baru nak beramah tamah ngan setaff yang ada kat tempat sekarang.

Kamera pink Burung kuning

edited version: gambar aku ambik otw nak gi kerja kat mrr2
unedited version
assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pengunjung pengunjung yang menten melawat blog ini kerana semakin lama blog ini semakin tidak berupdate namun begitu masih ada yang sudi melawatnya.

nak meracau apa kat sini pun tak tau la, kekadang tu dah taip panjang berjela2 tetiba jemari mulus ni laju je tekan ctrl A ngan butang delete hahaha.n Mungkin salah satu sebabnya aku kurang meracau<-- perkataan yang tgh up skang ni hahaha skang ni sebab kamera aku sedang mengalami masalah merajuk manja-manja. kekadang dah tangkap gambar takleh nak upload plak, ganti kad baru sebab sebelum ni dia takleh nak on pun sebab katanya kad dah rosak. huhu kalau ikutkan lanjut usianya mmg dah dipandang sinis la kan.

sekarang ni era orang pakai kamera DSLR tapi aku menten je gune kamera pink ada burung kuning aku ni. Pada aku, aku rasa puas guna kamera ni, senang nak diangkut kesana kemari dan dan kualiti gambarnya sangatla memuaskan hati...contohnya gambar KL kat atas ngan gambar bunga yang kat bawah cantik je. Standard la kalau ada pengeditan, orang guna DSLR pun kalau bukan betol2 expert kena edit sampai berulang kali kan. huhu..


by the way most of the gambar yang ada kat dalam blog aku ni adalah menggunakan kamera pink burung kuning aku ni la...termasuklah gambar2 header untuk blog ini. so kepada kamera aku jangan la meragam2 manja lagi sebab memang dah takde kot pada aku kamera yang elok macam ni, huhuhu..dah try adik abang aku punya aku tetap rasa gambar dari kamera aku ni paling meletop. Nanti kalau rosak nak cari kedai yang boleh repair kot ko rosak sukar bebenor dah le gamaknya, sebab ko boleh dikategorikan sebagai kamera yang rare...haha

edited version:gambar bunga lili depan rumah aku