Thursday, November 25, 2010

my little bunny

huhu kiut tak tajuk post aku kali ni???
hehe terasa diri ini macam remaja yang baru menginjak belasan tahun je..ada bunny kiut2 ni.. kisahnya 2 ekor arnab ni aku mula kenen masa gi rumah mak teh kat ipoh lebih sebulan yang lalu tapi mak tak benarkan aku mengkidnapnya dimasa itu so kena bertahan jiwa ini supaya tak mengambiknya tambahan pula pada ketika itu baby arnab ini masih sedang didalam susuan so mmg merasakan diri ini sebagai seorang yang kurang bermoral kerana memisahkan anak yang masih disusuan.
akibatnya aku memendam rasa selama 2 minggu lagi iaitu menunggu sehingga aku menghadiri ujian PTD yang dilakukan bersebelahan dengan rumah makcik aku tu. so tanpa mensia-siakan peluang yang timbul aku dengan jaya merampas anak arnab ini dari rumah makteh n kedua-duanya adalah jantan dan berwarna putih kiut...
so kisahnya aku belala 2 ekor anak arnab ini dan dengan gigihnya setiap malam pindahkan masuk dalam rumah takut kena gigit ngan nyamuk hisshhh manja habis memula je...nak dijadikan kisah suatu malam sebab arnab2 yang berjari kaki mulus ini terlalu ingka asyik keluar malam je makanya sekor terkena perangkap tikus yang diletakkan dengan tujuan memerangkap tikus ..dah namanya perangkap tikus takkan nak tangkap arnab lakkan tapi nak buat camana rupanya ngan jayanya arnab aku terperangkap malam tu, aku dengan tabahnya membersihkan bulu arnab tu sedari jam 0530 hours lagi..namun apakan daya tuhan lebih menyayanginya, 2 hari kemudian mati jugak dia..dah takde rezeki, sian tgk kawan dia yang lonely tinggal tu n rabu lepas aku ternampak arnab pedaging utk lak, terus berazam nak beli buat kawan arnab aku ni...
lepas kejadian tu aku meletakkan arnab aku terus kat luar biorla dia kena gigit nyamuk dari kena perangkap tikus or berak merata-rat adalam rumah ni, tak tau la camana dengan berjayanya mereka asyik dapat meloloskan diri sebelum ni..
XOXOXO...<--menambahkan nampak mcm gadis kiut

1 comment:

syntheare said...

pembunuh arnab!!!!! noooo....!!!!!