assalamualaikum...ini adalah satu lagi cerita yang telah lama berlalu cerita ini cerita minggu lepas. disebabkan tahap kebizian aku yang semakin lama semakin meningkat mengakibatkan aku sering terlalai dan terpaksa mengejar masa untuk mengupdate blog ini <--haha macam siryes je, padahal!. kali ini aku nak berkongsi pengalaman dan foto2 semasa aku berBBQ walaupun secara actual nya semua gambar -gambar ini telah diupload kat FB aku yang lebih ramai dapat lihat tetapi aku tetap nak jugak publish kat sini..mana la tau ada follower aku yang mengikuti perkembangan semasa aku kat FB tu so leh la tgk gambar tu kat sini..<--tulis macam follower ada 600orang kan sebenarnya nan ado.. haha..
malam minggu yang lepas iaitu kira2 3hari setelah berlalunya Aidiladha aku n adik beradik termasuk mak ngan apak telah mengadakan BBQ dihadapan pintu dapur rumah kami, tapi memandangkan semasa itu musim hujan maka walaupun hanya berBBQ di pintu dapur pemandangannya adalah amat magnificient.
ooo lupa lak nak bagitau bahawa petang tu aku ngan adik2 aku telah meliar ke Rapid Mall Teluk Intan untuk membeli belah barangan keperluan dengan sponsorship daripada Baim tetapi sebab macam rasa tak cukup best diGIant itu maka kami pun pergi membeli belah di pasar sekupang yang menawarkan barangan pada harga yang lebih menarik...apapun thanks a lot diucapkan kepada pihak penaja. kami beli nugget, fries, sosej, ayam, sos, mayonis <--haha tekun aku senaraikan semua
gambar kat atas ini adalah gambar semasa bermulanya majlis nak berBBQ, balik je daripada surau semayang maghrib <--riak sikit2 tengok mak dah ready nak memasang unggun api untuk membentuk arang bagi membolehkan BBQ dijayakan pada kadar yang segera. actually malam itu ujan turun dengan kadar kelebatan yang sederhana so semua kayu api yang dikutip telahpun dilencuni oleh hujan...so terpaksa bersusah payah berusaha untuk menghidupkan apinya sehinggalah terpaksa menggunakan teknik api terhebat seperti diatas untuk memastikan semua kayu basah yang dibakar emnjadi kering thanks to getah tayar beskal
gambar yang ni pulak adalah gambar pada peringkat pembakaran tetapi akak n aus itu hanyalah untuk lakonan semata-mata hahaha..dapat dilihat bahawa terdapat peha ayam garing, sosej dan daging yang telah digilis menggunakan mesin tebu telah pun dibakar diatas unggunan arang yang membara tadi..utk pengetahuan uols daging yang dipanggang itu adalah amat fresh kerana lembunya hanya disembelih beberapa jam sebelum majlis BBQ ini dilangsungkan...
yang ni plak saja aku upload untuk emnunjukkan bahawa aku juga turut menabur bakti disini..gambar kana tunjuk aku dengan gigih menyediakan payung untuk mengelakkan apa yang membuak2 itu disirami hujan manakala digambar kana jelas kelihatan aku sedang mendiangkan diri untuk memastikan makanan2 tersebut dapat disediakan mengikut kadar kemasakan yang menggiurkan..macam juicy2 sikit..hoho
gambar kiri adalah tukang sedia air yang telah menyediakan air lemon grass aka air serai pada malam itu dan rasanya enak dan dia juga sedang menduduki peperiksaan SPM, lantaran itu dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berjaya kepada anon dan juga diharap kowrang kowrang semua dapat mendoakan kejayaan adik aku ini..gambar sebelah kanan lak menunjukkan kami sedang makan..
sekian XOXOXO
p/s:banyak typo so sila abaikan n kegelenyaan aku taip kowrang itu bukanlah termasuk dalam kategori typo
resepi air serai:
bahan-bahannya: air; serai; ais krim soda; daun pudina; gula; laici
cara membuatnya: campur semua bahan didalam air yang telah disejukkan sehingga sebati
No comments:
Post a Comment