Ini sambungan pasal lawatan aku ke Australia dulu ye, Amaran kepada pembaca bahawa mmg kisah lawatan ini sangat tak menurut sequence nya kata omputih sebab aku update ikut suka aku nak update apa dan apa yang terlintas kat pkiran aku masa ni je. gambar yang kat bawah ni adalah gambor secara menyeluruh untuk bandar perth australia yang disnap semasa atas jake cruise iaitu cruise yang bawak kami naik cruise dari bell tower <--taksilap aku nama dia ke Fremantle <--lenkali punya cerita. naik cruise ni maha jugak la dan perjalanan dia makan masa dalam dekat 3 jam jugak rasanya. suka tengok skyline <--ayat maju kali ini bandar perth ni sebab nampak macam harmoni je daripada pandangan tasik tak silap aku, ke sungai, ntahla..satu perkara aku nak bagitau kat Australia ni aku rasa air paip dia pun macam payau gak [anda semua tahu apa itu payau?] ala rasa macam air mineral tu huhu sebab benua ini terdiri dari seketul pulau dan diorang banyak gunakan air bawah tanah untuk kegunaan seharian therefore sbb air yang digunakan berasaskan daripada air laut yang masin makanya apabila ditapis secara semulajadi dan dirasa menggunakan lidah serasa airnya payau..ala macam rasa air mineral tu. bayangkan tengah mandi tetiba terminum air mineral hahaha <--wahhh very informative post kali ini.
Bawah daripada urbanscape perth tu plak adalah pemandangan teluk laut dekat dengan tempat aku makan caramel yang enak tu...dan juga tempat yang banyak lalat halus yang mcm selalu urung kerbau/lembu tu tetiba masa kat sini serasa diri seperti busuk huhu...tapi dekat sini punya laut kami tgk dari jarak jauh je sbb masa tu sangat bergaya pakai kasut so malas nak gi pijak pasir laut yang halus tu nanti kotor van pelancong tu kesian dia haha..baik sungguh hati rakyat malaysia ini...so kami pergi bermain pantai cottesloe ke cottestoe ke huhu ntah mana satu nama dia. errmmm lanscpae kat pantai kat australia ni agaknya mmg takde pokok kelapa, pantainya berlandscapekan lalang lalang layu ke mmg lalalang tu kaler coklat ntah..lupa nak siasat.
Yang kat bawah ni pulak adalah pemandangan biasa atau lanskap hutan biasa kat kawasan ini certain tu macam gurun rumput renek je kekadang macam kawasan padang lalang yang kena sembur gramoxone je sbb kaler kuning part2 keciknya nampak la ladang anggur sepanjang perjalanan kami nak pergi melawat the famous pinnacle desert yang dipercayai kununnya adalah merupakan kawasan hutan banat suatu masa dahulu kala yang kemudiannya tertimbus dan kini telah muncul semula...lebih kurang la sinopsis tourist guide tu bagi kat aku..
kat atas ni plak adalah gambar bandar perth waktu malam daripada kingston park tak silap aku satu kawasan taman/ hutan simpan yang terletak diatas bukit yang kekononnya ada kanopi walk tapi kami tak sempat naik, suhu disini pada waktu malam ini adalah sangat sejuk menyebabkan beberapa percubaan untuk mengambil gambar yang berobjek hidup gagal sbb takleh nak stay still sebab kena menggigilkan badan sebab kesejukan <--huh cukup terang tak pernjelasan aku ni...so walau ada gambar aku airid n nora kat sini tapi takleh nak dipublished sbb takut anak2 kecil akan mengigau diwaktu malam...haha, sbb kami kelihatan seperti makhluk aneh..huhu..
ok cukup untuk kali ini ye..aku nak gi beli tiket wayang tgk The LAst AirBender ni...chau chee chau <--jangan update se-line je bak kata kak eija..(oooppppsss pekup mulot)
1 comment:
hahaha.. tau takut eh ;p
Post a Comment