Saja je nak update blog tapi tak tau nak cerita apa, aku kendiannya jumpa lak gambar masa aku ngan team GACOS pergi melawat bumi Australia-the western part je la.. masa aku team ngan projek GACOS dulu aku berpeluang melawat Singapore dan Australia and Batam. Tapi ini kisah lama dahulu, kisah masa aku remaja dulu, ini kisah 3 tahun yang lalu.
Pergi melawat Perth tujuannya adalah untuk melawat kepada kediaman berpagar yang ada kat sana, mmg banyak contoh baik yang boleh kita gunakan..tapi malas nak bercerita pasal tu mungkin lain kali je la ye..lagi pun ini entry bila aku tgh tak tau nak buat apa, n otak aku tgh agak beku..so apa yang aku tulis adalah apa yang telah mencair je la..lagi pun mak aihhh nak merecall memory bertahun lepas ngan RAM aku yg sekedar 512 ni apa la sangat plus la plak kot kot termakan milo ais bersemut kat kedai bawah rumah lagi, kan dah bertambah sempit space memorinya.
How the journey begin i cannot remember theres only a few places i can recall sbb nampak signboard dalam gambar. Kat sana alang2 dah berkelana menimba ilmu <--wah ayat mengancam kami terus la bersiar siar makan angin. turun kapal terbang kat Perth Airport kena periksa ngan kastam diorang n tak silap aku sbrg jenis tumbuhan atau haiwan tak deibenarkan dibawa masuk dan perlu dikuarantin sebab diorang sangat nak menjaga tumbuhan native tempat diorang ini. Sampai sana seingat aku hari masih siang, anginnya sejuk macam angin kat Cameron Cuma lebih sejuk walau ada matahari tapi cahayanya tak panas sangat, so kekadang bila kena tiup angin sejuk tambah suam-suam kuku panasnya matahari tu rasa macam perona je nyamann.
Airid, jalil [ambik gambor], bob, puan bad, dr azim, prof salleh, dr goh, chris, enal, kak eija, kak cuyek, nora
Gambar ni ambik masa makan lobster kukus kat the Dunes Restaurant dkat ngan area tepi laut yang mempunya kawasan pasir halus mulus yang luas. Makan lobster pada aku masa ni takde la sedap sangat rasanya haha tapi dia punya kek karamel sampai sekarang terngiang-ngiang lagi rasa sedapnya.
gambar atas ni plak adalah pemandangan dari arah pantai ke restaurant tersebut tetapi ntah mengapa banyak sungguh lalat lalat kecil kat kawasan pantai dia tu
Lepas acara makan – makan ni tak silap aku pastu kami meneruskan perjalanan ke sand dunes untuk main giant school bus dan juga sand sliding. Yang giant school bus tu macam naik roller coaster rasanya, dia buat sebijik bas sekolah ngan tayar yang besar pastu berjalan-jalan atas bukit pasir yang berbalam – balam, so kejap kami di puncak dan kendian teriak teriak trauma gembira bila bas tu turun ke lembah lak haha. Masa naik benda raksaksa ni kami satu kumpulan dengan pelancong dari jepun yang mana pemandu pelancong dia adalah orang dari Pahang Malaysia <--haha jalil ingat benda tak penting je. Kat bawah ni adalah gambar aku ngan bas sekolah besar tu..seronok, kalau sesiapa gi sana leh la cuba benda ni.
Sesudah kami teriak teriak trauma gembira then kami dijuadahkan pulak ngan main snow sliding sebab nak main snow boarding takde salji dan yang hanya ada adalah timbunan timbunan pasir yang membukit so org australia ini memperkenalkan sand sliding la plak kat sana. Mainan ini agak ekstrem kerana tanpa kawasan yang pejal dan jitu mungkin akan menyebabkan anda tersembam secara mengejut dan mengakibatkan sakit dada dan malu yang membusut. <--airid sila terasa ye, masih ingatkah ko masa itu? Tapi Cuma satu yang macam benci masa main ni dia main tendang je untuk menggelungsurkan kami huhu..
jalil berdebar-debar masa nak menggelungsur pasir tinggi ooo lagi lagi trauma setelah melihat objek tersembab haha
nanti aku sambung part 2 lak ye..idea tetiba larik
No comments:
Post a Comment