Monday, March 23, 2009

BELON PANAS YANG KEJAM

ermmm my first balloon fiesta ni adalah event pertama kali buat kat Malaysia, start dari hari khamis minggu lepas sampai la ahad semalam..following photos are taken on the first day of the event. all the balloon were flew at 18.00, there is about 20 balloon...ada yang bentuk gajah pink, merak cawan nescafe ngan buah oren, tapi yang paling aku suka sekali bentuk belon biasa yang macam mentol tu, lagi2 kalau dia warna warni macam dalam gambar 1 n 2 dibawah.
kat atas tu gambar semasa proses belon-belon itu ditiup, memula skali belon akan dipam-pam menggunakan angin biasa, guna kipas kedai mamak yang besar tu aje pastudah kembung belon tu macam dalam gambar 1 tu baru api akan dipasang, panas sungguh apinya sebab aku yang duduk kat luar pagar pun terasa bahangnya masa diorang test power api tu. masa petang ni yang boleh naik belon ni adalah golongan press, bebudak yang datang ngan mak bapak pun ramai sangat meriah la..n diorang paling fascinate bila tengok belon gajah n nescafe tu. kat bawah ni pulak aku tunjuk gambar belon yang dah almost nak naik terbang ke awan tinggi. ermmm sebab belonnya banyak dekat 20 bijik so nak tiup satu persatu n lepaskan naik ambik masa n belon terakhir yang naik adalah belon nescafe yang naik dah pukul 1900 pun. masa tu aku dah on the way nak balik dah.
setelah penat mengepam belon tu mesti la nak suruh dia terbang pulakkan, so aku tengok satu persatu belon naik ke angkasa yang tinggi, ermmm tapi takdela tinggi sangat rupnya kemampuan belon ni untuk naik, and most importantly rupanya dia mmg bergerak mengikut pergerakan angin.
kalau rujuk pada web diorang sepatutnya belon ni landing kat PICC tapi jatuhnya nampaknya berteraburan, n mc majlis ni mengumumkan bahawa belon akan jatuh kat Alamanda and to sesiapa yang nak tolong menarik belon tu turun bolehla ke Alamanda, beratnya nak tarik benda tu dalam 2tan siot. n satu perkara lagi pasal belon ni adalah ianya tidak boleh terdedah kepada pancaran cahaya matahari yang panas, teori aku..sebab belon tu kena tiup ngan belon panas makanya kalau dia kena panas matahari maka kulit belon tu akan layu sebab kena masak dari luar dan dalam, bila belon layu maka akan jatuh tergolekla belon itu.
sebelum balik tu sempat la sembang ngan abang yang jaga belon tu n tanya kat dia camana nak naik belon tu, dia kata ada jual tiket untuk naik RM10 [murahkan] untuk hari jumaat n sabtu. tapi tiket takleh beli n advance so aku planning la nak naik ngan housemate ngan sorang lagi kawan ari sabtu tu, sebab ari jumaat kan hari bekerja dan aku adalah pekerja mulia yang taknak ponteng kerja...[benarkah??... haha]. ari sabtu tu pepagi lagi aku dah terpacul kat situ nak beli tiket, masa temuduga abang tu dia kata start jual tikel kul 0700 aku kul 0655 dah sampai tetengok q panjang ya amat, ingatkan aku yang terperingin skali nak naik rupanya ada yang sanggup beratur dari kul 5 pagi, kejam betolla diorang ni sebab diorang la aku tak dapat tiket na ride hot balloon tu, tapi paling kesian ada sepasang budak yang muka mmg fresh gileerr muka bangun tidur mak ngan bibik dia bwak konon-kononnya nak naik belon, tetapi tetap kecewa macam aku.

ada ke patut jual tiket 50KEPING aje..kejam betull..

Friday, March 20, 2009

satu kali kena tag daaa...

huhuhu setelah banyak kali kena tag ngan kawan2 bloggers kali ni terpaksa jawab lak...haha sebab kena cabar ngan cynthia, kuching barelang betulla..ermmm tag nya pasal open sixth folder of gambar and ambik the sixth picture of the folder, hasil yang keluar adalah gambar kat bawah ni. gambar bunga ORKID DESA

hahaha comfirm aje orkid desa, aku pun tak tau la nama bunga orkid ni apa..ambik kat tapak pesta bunga putrajaya kat presint 2 [sama tempat ngan pesta belon sekarang ni] gi ngan family kakak aku yang duk kat sungai buloh..nasib baikla tag nak folder ke-6 gambar ke-6, bantainya nak gambar ke-10 dari folder ke-10 gambar ni yang akan terkeluar...

sexy tak tub ni aku jumpa masa gi melancong ke benua eropah dulu..

selepas aku ditag makanya aku disuruh untuk mengetag 6 rang lagi, huh nalik2 no 6 macam berpuaka aje no ni...makanya 6 orang puaka yang aku tag adalah

1. cynthia [saja nak balas dendam] 2. amani 3. airidza 4. siti nurdiyana 5. hafizi 6. halim

sesiapa yang rasa rajin nak mengetag diri sendiri tu silalah ye...

semalam gambar orkid tu gambar bunga dalam laptop aku, arini aku tengok dalam PC ofis lak tetap gambar bunga. tapi jangan memain bunga luar negara siot..gambar bunga ni ambik masa kat australia ye, bukannya austria ye..jangan tanya apa nama bunga ni kat aku, yang aku perasan kalau kat malaysia macam ada gak cuma malaysia punya kaler ungu yang ini kaler merah bunganya.

Tuesday, March 10, 2009

SEPETANG DI SUNGAI BULOH

Semenjak 2menjak ni aku teramatlah sangat berminat untuk menanam pokok bunga kat rumah aku yang tinggi ni, certain dari pokok yang aku tanam sepatutnya senang berbunga mengalami komplikasi untuk memproduksikan bunganya mungkin disebabkan kedudukan pada altitud yang tidak sesuai dan kadar sinaran matahari yang kurang tepat bagi memberikan tumbesaran terbaik kepada pokok-pokok saya itu. [hoho..penerangan saintifik sangat]

Disebabkan mengalami tekanan sebab pokok yang tak mahu berbunga makanya pada cuti yang lalu sebaik turun dari genting highland aku telah ke kebun bunga aku yang terletak kat sungai buloh temankan kawan aku nak cari orkid untuk kakak dia. kawan aku beli orkid taiwan, harganya sampai 40ringgit sepokok, sebab mahal sangat so aku letak dalam blog ni pun takde maknanya sebab aku nampak jenis orkid tu dah banyak dipalsukan..merata2 ada, kalau kat JKPTG ada kat pintu masuk jambatan ke bilik Dato' KP tu. yang daun gemok2 tu. bezanya yang taiwan ngan Malaysia adalah kadar kepanjangan tangkai bunganya, kalau yang malaysia tahan 3 bulan n Taiwan tahan untuk 4 bulan bunganya kembang. kakak kedai tu cakap "MALAYSIA PUNYA PENDEK, TAIWAN PUNYA PANJANG" hahahaha....

dibawah ni aku tunjukkan pemandangan bunga-bunga kat kebun bunga aku dekat sungai buloh, selangor. kalau rasa nak tengok bunga cantik-cantik disyorkan saudara-saudari semua kesini sebab banyaknya bunga mengalahkan cameron highland.
gambar last tu bukan kat Cameron ye tapi kat sungai buloh, yaaa....di sungai buloh pun ada jual pokok strawberry bahkan buahnya adalah besar2 sebesar besar penumbuk bayi mengalahkan yang ada kat Cameron cuma beza kat sini tak sejuk macam kat sanala.
kat atas tu lak adalah antara kedai bunga yang ada kat sini, rasanya semua sekali adalah dalam 30-40 buah kedai agaknya, ada kedai leong, gohtong, boleh kata semua ownernya adalah cina, itu row dalam je yang dekat ngan kediaman pesakit kusta suatu masa dahulu.
ohh lupa lak nak bagitau asal tempat ni adalah rumah untuk pengasingan bagi pesakit kusta yang mana mengikut sejarahnya penghuni sini dulu digalakkan menanam pokok bunga yang mana kendiannya dijual untuk bagi mereka duit poket, tapi sekarang dah takde dah pesakit kustanya, n lokasi tempat ni betul2 dekat ngan hospital besar sungai buloh tu, siap ada exit tol PLUS lagi.
jalan2 kat Sungai Buloh tu nampak pokok asam batu kegemaran mak aku, so aku pun belikanla satu untuk mak sebab cadangannya nak balik kampung minggu ni, mak lak sesuai n rasi betullah bak kata orang putih ngan pokok ni. gemuk2 jadinya, dah besar nanti leh la aku kidnap balik bawak kerumah aku yang beraltitud tinggi ni..haha..to whom who don't know is asam batu it is as shown below. aku belikan untuk mak aku yang daun warna hijau putih dalam frame 1 dan frame 2 lak adalah untuk zoom daun asam batu yang aku beli masa naik Cameron aritu, harga sama je n kat sini lagi banyak choice. harap2 mak suka la nanti haha..
hahaha...sajaje letak banyak gambar dalam post kali ni sebab nak bagi fizi jeles...hahaha

Friday, March 6, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah katanya

Februari 2009 dua kali aku gi melaka. untuk trip kali pertama rasa macam pelawat kilat je sebab round habis melaka within 30 minutes je..habih satu banda melaka aku round, masa tu abis meeting tghari firstly naik menara taming sari, kalau kat singapore panggil menara carlsberg, fungsinya adalah untuk bagi pengunjung melihat melaka dari pandangan udara, fee dia boleh tahan jugakla mahal tapi ada diskaun untuk rakyat malaysia yang tunjukkan IC, rasa macam dah tua lak sebab takleh ingat berapa harganya [banyak makan semut agaknya] hoho..

yang macam UFO tu adalah dataran Pahlawan, bangunan shopping complexnya panjang ya amat, menyampah masa jalan dari hujung nak ke hujung buat yang julung2 kalinya masuk macam aku ni ada harapan untuk sesat larat dalam tu. masa naik menara Taming sari ni ngan 2 orang kawan aku yang lain tatapi setelah turun kawan aku tak sihat so terpaksalah aku meronda sendiri bandar sejarah melaka yang diangkat sebagai salah dua warisan dunia di Malaysia yang mana satu lagi adalah Pulau Pinang, ermmm sejak naik pangkat aritu rasa nak sangat melawat melaka ni, tapi bukan sebab aku suka sejarah ye, sejarah aku fail, tapi rasa nak tengok je..yang penting kalau apa2 promote melaka yang utamanya adalah A famosa, tetapi yang paling aku nak tengok adalah Bangunan yang kaler merah tu, macam cantik aje, ingatkan kawasannya luas tup2 au ronda satu melaka ambik maa 30minit je, tapi ronda kat kawasan luar je la any muzium such as muzium umno, muzium kecantikan muzium senjata macam2 jenis muzim lagila tak masukla ye sebab untuk masuk memerlukan uwang dan masa iu aku agak kesempitan uwang haha...paling terperingin sekali nak masuk n lawat muzium laksamana cheng ho agaknya.

tapi aku tetap bawak kamera untuk ambik gambar dan membuktikan yang aku dah sampai ke melaka n want to share photo of malacca to whom want to visit malacca someday. ermmm kat banda melaka ni jugak banyak kenderaan lama yang ditayangkan untuk tatapan umun, antaranya adalah kereta bomba dan polis dan keretapi sungai lukut[xtau kenapa tajuk dia sungai lukut] selain tu ada sebiji kapal terbang dan of course the most famous is trishaw the beca.

A Famosa merupakan kot apertahanan yang paling glamer kat melaka atas sebab yang tidak saya ketahui sebab sejarah saya kurang cemerlang semasa SPM dahulu huhu..tapi masa memula tengok rasa macam terpedaya je tengok bangunan ni sebab rasa tengok dalam gambar macam gah n besar habis kota ni tengok2 kecik cinonet je.
rondaan pertama di Melaka ada beberapa struktur menarik lain yang sempat saya ambik gambar before finishing my 30minutes around malacca.
nantila sambung lagi ye