Monday, March 31, 2008

Batu Berangkai, Kampar Perak


minggu lepas aku sekali lagi pergi berjalan-jalan ke air terjun, saja je aku nak buat blog aku ni macam air terjun punya blog hahaa...kali ni aku pergi ke air terjun batu berangkai dalam 40minit dari rumah aku kat teluk intan.

masa pergi ni hari tengah hujan, tapi aku ngan adik beradik aku bantai jugak mandi kat si
ni sebab dah tanya pakcik kat situ dia kata boleh mandi sebab langit kat belah atas bukit tu cerah lagi katanya...lainla kalau dah gelap..
masa kami pergi berpiknik tu bawak nasi sikit ngan lauk rendang ayam, tapi tak cukuppp kami laporr...hujan la katakan, pastu siap menderma kat ikan2 dalam air tu lagi huhuhu...aku ingat dah dapat tangkap ikan tu nak bawak balik goreng tapi adik aku tak kasi daaa..hahaha kot tak dapat aku makan KELAH raja ikan sungai...

Wednesday, March 19, 2008

Hutan Lipur Lentang, Karak Highway

hutan Lipur lentang actual location is at the RnR of the Karak Highway which is about 45 minutes from Bustling Kuala Lumpr if u are a well behave driver and may be accesible within 30minute from KL if u are a goodracer.haha. actually this is an old post which i amended as the process of reviving my blog making it no less interesting.
the Lipur Letang Forest is a good spot for family picnic as it provided various of family friendly site and the water is very cool.the management of this site has provided enough facility to this area but i also like to inform uals there is danger during the monsoon season as the water level may increase rapidly. i've been here so many time with my family and friends.

Monday, March 17, 2008

mandi pagi kat Ulu Yam

7.10 pagi: Bertolak dari rumah aku,
8.30 pagi: Sampai Hutan Lipur Sg Tua a.k.a Ulu Yam
,
10.00 pagi: Bergerak balik rumah,




Hari minggu aritu aku g mandi kat jeram ulu yam...aku bertolak keluar dari rumah seawal 7.00 pagi pergi rumah kawan aku dan pergi menuju ke ulu yam lokasinya dalam 20 minit dari rumah kawan aku tu, kami sampai dalam pukul 8.30 pagi...ingat nak rasa air sejuk tahap peti ais, padahalnya airnya biasa2 je la tak sejuk ke tulang sumsum walaupun seawal 830 pagi. agaknya lepas ni kena g pukul 7.00 lak kot, nak masuk ke kawasan mandi tu satu kepala kena charge rm 1.00 pagi tu kami punya sarapan adalah nasi lemak tepi jalan sebungkus sorang...sampai ulu yam kami mandi2 posing2 jalan2 kami naik dan balik dalam kul 10.00 dan aku sampai rumah dalam kul 11.30 (he3 aku adalah buat salah sikit arini)


p/s: haha kawan yang di "blur" kan jangan marah arrr...

Monday, March 10, 2008

Bukit Tinggi, Pahang

Bukit Tinggi.....(tak tinggi pun)


Jumaat lepas aku merayap lagi kali ini kami pergi mendaki Bukit Tinggi menaiki kereta...bertolak daripada ofis rancangan awal kul 730 tapi sebab lapar kami makan dulu pukul 830 baru la bergerak ikut laluan ulu langat untuk masuk ke mrr2 tembus kat ampang park (jalan baru tau) dalam pukul 10.00 sampai kat Bukit Tinggi Colmar Tropicale. tujuan perjalanan kali ini adalah untuk berjumpa boss yang ada meeting kat situ...


sementelahan menunggu boss kami bermeeting kami telah mengambil kesempatan untuk berpose-pose disekitar bukit tinggi colmar tropicale...



termasuklah memasukkan diri ke taman jepun yang dibina menurut makcik kat situ meliputi kos rm3-4billion...lepas ni pergi lagi sekali wajib pakai kimono.




selepas boss kami keluar daripada meetingnya kami makan2 kat colmar tropicale dan seterusnya menghiburkan diri kami di Rabbit Park bersama-sama boss kami...sebelum tu kami bersama kak sadiah PA boss kami sempat melawat ke kebun bunga bukit tinggi... okla



gambar last - aku sempat juga menjalankan aktiviti memanah sebelum bergerak pulang ke ..putrajaya..

eye on malaysia

eye on malaysia


rabu malam khamis minggu lepas aku ngan seorang kawan aku masa kat KMK dulu matrikulasi pergi jalan2 makan2 dekat "eye on malaysia" kat tasik titiwangsa...kawan aku punya ofis dekat ngan tasik ni n sepatutnya aku jumpa dia dekat star titiwangsa...tapi ntah macamana aku sesat sampai kat carrefour wangsa maju dan terpaksala aku mintak tolong kawan aku ambik aku kat sana dan mentapau kfc untuk kami makan nanti...mula2 cadang nak tengokje...the next thing aku sedar2 dah ada atas gondola eye on malaysia ni...tiket rm15 satu kepala. gondola yang aku naik tu ada 4 orang je...aku kawan aku ngan ada satu couple tu, pengalaman naik eye on malaysia ni jujurnya takderla seseronok mana sebab malam kot KL nampak lampu2 macam biasa tu aje...