Thursday, December 22, 2011

Malayan Banking Berhad is not CIMB


Final Notification!

Message body

Dear Customers,
Your Cimb Clicks Account needs to be Re-update because we detect you login your account in some unsecure computer,
this maybe as a result of wrong or incomplete data 
As a result, You need to confirm and verify your account details by Clicking Here
and completing the confirmation process.
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.
Thank you,
Malayan Banking Berhad (CIMB Bank)


Assalamualaikum and good afternoon....tadi cek email and i got this message hahaha..memula baca ayat kat atas Notification macam serius ya amat je, tetiba bila sampai bahagian ujung skali baca 

"Malayan Banking Berhad (CIMB bank)" haha rasa macam nak penampo je penipu ni laju2. mana la diorang dapat email aku ni..

Tasik Permaisuri sesudah suboh....


takde apa pun just nak share gambo ni je.....

Sunday, December 11, 2011

mee tarik sg besi


























Blog ini memang suke menunjukkan gambor2 makan. Kalau sebelum ni letak gambor masakan yang aku masak sendiri tapi kali ni aku tunjuk plak gambar mee tarik kat sungai besi ni. As many times aku bagi tau sebelum ni duk sungai besi ni memang mudah sungguh nak cari makanan yang sedap2. 

Actually yang ni kali kedua aku ke kedai ni tapi masa aku datang semalam tak dapat nak makan sebab aku semalam on invicible mode agaknya masa duk kat kedai tu sebab aku tu tak nampak aku n tak sudi pun nak ambik order.

Petang tadi lagi skali aku mencuba nasib and nasib baik aku dapat gak la merasa mee tarik dia, Nak order nama dia tak tau tapi leh order dengan memberikan no kod mengikut gambar yang dia lekat kat dinding...and sedap rasanya makanan yang aku makan tadi, aku ambik menu no a2 tadi. so kepada sesiapa yang berjalan ke sg besi leh la turun makan kat sini.

Monday, December 5, 2011

Bubur Durian + Jagung


Assalamualaikum dan selamat malam...
Lepas tengok Dhia yang dah mati hidup balik maghrib tadi aku pergi rumah adik aku yang kat Bandar Kinrara pergi ambik buah durian, manggis dan rambutan yang apak aku kata dah nak sampai penghujungnya dan aku still tak berkesempatan nak balik kampung merasa tunggu durian gugur dan manjat pokok manggis dan gegar dahan dia nak bagi dia jatuh. untuk pengetahuan semua, untuk mencari buah manggis yang masak kat celah-celah daun daun dia yang lebat adalah sangat mencabar.

Balik dari Bandar Kinrara terus kopek Durian ngan Potong Jagung nak buat bubur, sebelum tu singgah kedai dulu sebab kena beli santan m&s. rupenya santan kat rumah ada lagi, huhu dahla beli kotak yang besar punya.

Dah kopek durian terus tenggekkan atas api dapur gas yang telah diservis petang tadi. Api dia dah besar membuak2, tenggek durian tu tuang skali ngan air 4-5cawan air gakla then kacau dan kacau dan kacau sampai isi durian lekang dari bijiknya. Tengah2 tu masukkan sekali jagung yang dah dipotong halus tak halus sangatla. masukkan gula putih dalam sesenduk bagi manis kaw-kaw punya. pastu teruskan mengacau sampai rasa dah bosan last2 baru masukkan pulak santan dalam periuk tu supaya buburnya lemak berkrim dan teruskan mengacau lagi sampai rasa bosan kali kedua plak then barulah boleh padam api dapur. Sedia untuk dimakan cicah ngan roti gardenia or roti benggali or baguette.

aku suka jagung tu tak lembik sangat, maknanya ada rasa rangup rangup manja masa makan tu.

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu

Good morning everyone, semalam aku dah pergi tengo cerita ombak rindu ni dekat MBO Viva Home sebab MBO feveret aku kat SPARK tu takde tayang cerita melayu, menchik.. Bertolak dari rumah pukul 950 malam seb baik sempat dapat tiket walaupun duduk front line sekali sebab dah full house.

Jalan cerita boleh la nak kata menarik tapi watak Izzah macam tak berapa sesuai dibawak oleh Maya Karin ot sebab dia nampak macam dah matang and slanga cakap dia tak kampung langsung haha..since pengetahuan aku Izzah ni adalah gadis kampung yang cun yang kena jual ngan pakcik dia sebab berhutang. Dan bila masa dia kena beli ngan Haris, rasanya Haris simpan kat rumah yang siap ada security and banyakla jugak onflik sebelum Haris leh berkenan kat si Izzah tu..After all ada sedikit perubahan yang dilakukan kat jalan dan latar belakang cerita ni. Izzah cakap Mak Bapak dia mati semasa turun kelaut and since then setiap pagi dia akan tunggu kat pantai....tapi bila tengok pemandangan kampung macam kat tengah-tengah kawasan bendang takde tunjuk laut pun and setau aku mak bapak Izzah tu meninggal sebab kemalangan jalan raya. Huhuhu mebe diorang tukar cerita tu sebab nak sesuaikan dengan nama filem Ombak Rindu tu kot. Watak Haris sesuai la dengan aaron aziz tu sebab dia memang menjadi la berlakon anak orang kaya yang sungguh bergaya dan tampan dan liar sikit2..and Mila tu macam melampau-lampau femes macam artis Hollywood lak bila tunjuk masa dia balik dari belajar kat luar negara tu huhuhu...

Overall out of 5 aku rating cerita ni kat 3.5 je la kot and is far away better dari cerita Lagenda Budak Setan yang asyik ulang lagu setiap 2minit. Satu lagi background lagu dalam cerita Ombak Rindu agak annoying sebab menyanyi macam menjerit and tak ikhlas je hahaha...sepatutnya ambikla lagu Anuar Zain yang mendayu dayu tu..huhu..

Thursday, December 1, 2011

Sudah Disember daaa...

Arini dah satu haribulan doblas dah untuk 2011 maknanya dah bulan terakhir untuk tahun ni la, maknanya tinggal lagi dalam 31 hari je lagi sebelum menyambut tahun baru kalendar masihi, maknanya macam yang orang biasa buat la..apdet azam tahun baru and buat post mortem azam tahun ni tercapai or tak and kenapa?
Hahaha dan aku adalah insan yang selalu fail dalam mencapai azam tahun baru, siap bleh tak ingat apa yang aku azamkan masa tahun-tahun yang dulu...but importantly aku rasa dalam senarai cita-cita tu mesti ada azam nak kuruskan badan or turunkan berat badan tu..and semalam aku timbang berat aku guna penimbang nini tu aku dah lost 5kg berkat ketekunan menjalankan kerja...and for the next whole week aku akan bertapa dalam kebuk panas dari pagi sampai malam plak, harap-harapnya leh la turun lagi 3kilo pun jadi la. Kalau cita cita tu tercapai leh la aku set azam yang lain plak untuk tahun baru nanti. Lepas ni aku pikir pikirkan apa azam tahun baru aku untuk tahun 2012 dan mngkin juga akan tulis disini untuk memudahkan aku membuat reference dimasa masa mendatang....Dan aku juga nak mengingatkan kepada pembaca diluar sana supaya memecut untuk mencapai azam2 and untuk tahun 2011, silalah jadi macam aku yang berjaya mencapai 1 of my few list of azam utk 2011.