Friday, August 28, 2009
SElAmAT MenYAmBUt RAMadHAn Al-MubaRaK
Wednesday, August 19, 2009
kecik2 asyik main aje...belajo taknak...
main teng-teng pun slalu gak aku main, kena bersungguh nak main benda ninak kejar banyak2 rumah. mainan ni biasa main masa musim banyak pasir kat depan rumah sebab nak kena lukis atas pasir, kalau jahat macam kawan aku guna arang conteng simen rumah la...hahaha...tapi teng-teng yang aku main bukan yang macam dalam gambar tu, aku main yang segiempat je ada 8-12 kotak biasanya..yang sebelah macam bentuk pepatung tak best..
GAME 04: BATU SEREMBAN
Ini paling jagoan aku main dedulu bebudak perempuan yang konon-kononnya ayu pun asyik kalah kalau main ngan aku, tak kira la game nya sampai berapa pun, kalau takat nak dapat markah 100 tu sekali jalan je aku buat. masa musim main benda ni nampak la bebudak dulu yang kurang beruang tertonggok2 tepi jalan nak kutip batu yang bentuknya sipi2 nak bulat, senang nak kutip masa main, siap feeling2 ada batu keramat lagi wahahaha...
main guli lagi la aku terer, masa main ni mesti menggunakan perkataan teget (bahasa orang putihnya target), haha pastu masa main mmg sebijik macam gambar kat sebelah tu, memula letak bet berapa banyak guli nak letak dalam bulatan pastu teget buah guli tu bagi keluar dari bulatan n kalau dah cukup jumlahnya korang leh guna lak untuk teget orang lain bagi dia mati n hilang hak untuk bermain lagi, masa musim guli ni untuk sungguh makcik yang jual guli, tapi masa tu murah je sekupang dapat 5 biji kalau guli susu mahal sikit sekupang tiga kalau guli batu 2kupang sebijik je, abang aku paling terer sekali main benda ni, pernah la 1tong milo guli kena buang dalam tangki tandas sebab asyik main guli je sampai tak belajo haha.. musim guli ni leh kata hampir serentak ngan musim daun terup yang sepapan 30 keping rege sekupang gak tu. haha...main tepuk terup pun aku terer gak.
pernah main tak rounders? bebudak kampung aku dulu selalu main mainan ni bila ada budak yang jumpa bola tennis dalam semak atau tempat membakar sampah, tetiba je terus fenomena rounders melanda kampung aku sampai merebak2 ke kampung kampung sebelah..kalau petang2 jalan tengok kampung orang terus nampak semua orang main rounders terpusing-pusing keliling padang. ini kira satu permainan yang formal gak la sebab rasanya masuk sekali dalam senarai aktiviti sukan kat sekolah, nama glamour baseball
sebelah ni adalah gambar popia untuk dimakan bukan untuk dimain ye, sebab aku google cari gambar orang main popia ni takde lak..siapa yang tau macamana main popia? angkat tangan.
mula-mula aku tak kenal pon mainan ni, tapi sebab bakat semulajadi aku yang cepat belajar terus aku jadi terer hehe (part main cepat tangkap nih) memang la aku nak memuji bebudak dulu yang telah pun mengamalkan konsep 3 R iaitu recycle, reuse dan reduce yang mana dalam kebanyakan mainannya dulu memang la bercirikan mainan yang kurang keperluan kewangan cuma memerlukan sedikit kekreatifan untuk mengisi masa yang terbuang. bayagkan tudung botol minuman pun boleh jadi alat mainan yang menggegarkan. mainan ni balik baru ni aku nampak budak kampung aku main lagiTuesday, August 18, 2009
kenapa saya suka apartment saya? (2)

sebelum ni post saya suka rumah saya sebab rumah saya banyak bunga, kali ni saya suka rumah saya sebab ada pemandangan yang cantik2. pagi2 matahari terbit kat belakang bukit ngadap tingkap bilik ni, pagi2 best la, bila kul 10 panas ya rabbi dah bilik ni, haha..abis kering semua tapi okla sebab takde masalah pencemaran bau berlaku sangatkan.
ok itu aje apdet takat ini, sekian terima kasih..hahahaahahahahahahahahahahahahahaahahaha
Wednesday, August 12, 2009
Janji Jalil Episode S01E02
ENAL KAHWINpos kali ini adalah pasal kahwin zainal darus ngan pilihan hati fatimah (wakaka ayat skema peperiksaan) punya la lama dah wedding ni dah berlaku sampai aku tak ingat tarikhnya. apa pun aku mengambil kesempatan ini untuk mewar-warkan sekali lagi perkahwinan ini.
gambar set ungu aku rompak dari web orang n set warna biru kejadian kat sungai lampam perak. kat parit 17, masa kenduri tu ramai la warga JKPTG yang datang, kagum aku...hoho tu la orang baik semua orang sayang, yang datang dari johor (nora ngan bob), Pahang (kak ieja), Sarawak (puan amani) n sepekan tu aku la...






