Monday, September 7, 2009

PUASA 15 & 16

Salam,


untuk puasa ke 15 dan 16 aku berbuka puasa kat De Palma Sepang, untuk hari pertama makanannya sedap terutamanya ayam bakar dia makanan nasik ngan gulai lemak ayam dia pun best jugak. walaupun tempatnya macam kecil tapi rasanya puas hati la untuk bayaran sebanyak RM29.00 per head yang dikenakan. makanan dia okla.
ada 2-3 warung la dia bukak, antara produk yang terdapat kat warung-warung tu adalah koay teow goreng, cucur udang, Ais Batu Campur ngan Rojak pecal-untuk malam sabtu tu.


bagi malam kedua plak makanannya agak hampeh sebab takde ayam panggang haha...still ada buat ikan bakar tapi maintain macam malam sebelumnya yang mana ikan bakarnya langsung tak masak. siap potong2 nampak merah lagi dagingnya. tak paham la aku, payah sangat ke nak bakor ikan, rasanya takla lama sangat tapi diorang agaknya feeling2 duk kat jepung nun kot makan ikan mentah (harap airid tak buatla makan ikan mentah tu) tapi ayam bakar dia mmg sedap dan memuaskan hati, sampai kak ieja tiga kali la beratur nak dapatkan ayamnya, rasa dia punya sos lada hitam pun light2 yang enak je...so rasanya mmg la puas hati makan malam tu, lepas makan perut pun kenyang nak kena sleep haha..selepas hantar semua jemputan balik kami balik bilik dan dapat lelapkan mata sebelum kena panggil balik untuk kerja sampai tengah malam huhu..


Thursday, September 3, 2009

WHAT type OF mercun DO you Play?

hehe..salam semua, kali ni nak bagitau lak pasal mercun apa yang biasa dimainkan bagi memastikan kemeriahan raya terasa (tapi sekarang dah diharamkan ye adik2). kalau masa aku kecik2 dulu macam2 jenis mercun ada jual siap jual kat kedai runcit pun, lepas diharamkan kena jual sorok2 dan sekarang boleh tahan la senangnya nak dapat mercun ni cuma harganya la mahal teramat sangat rasanya.. kalau dulu bunga api tangkai belang-belang tu 2ringgit dapat seberkas dah ni tadi nampak macam sebatang sekupang je harganya..huh mahal sungguh, ini baru betul2 bakar duit namanya (hahaha macam zaman aku free aje kan bunga api n mercun ni)
walau macam tu pun aku ni bukanlah pemain bunga api/ mercun yang merbahaya sangat bunga api yang biasa aku main kekecik dulu adalah bunga api batang belang tu la takpun bunga api cap kucing yang tangkainya besi tu. tak mampunya nak beli yang warna warni tu, yang tu masa umur aku dah harga 2kupang satu hoh rugi2.
tapi kalau bab mercun boleh kata semua spesies aku dah try la walaupun pada setiap tahun setiap kali nak start main mercun tu rasa macam cuak kebaibeh aje, tapi lama2 jadi syiok plak membakar mercun tu. tapi yang paling selalu n standard adalah mercun papan atau mercun padi, gambar mercun merah kat atas tu mercun papan ye mercun padi kecik sikit dari tu regenya sepapan 3kupang huahuahua...ganas tak aku siap ingat harga lagi.
mercun yang lain macam mercun roket, mercun lebah dan mercun gasing selalu gakla main cuma kadar kekerapannya jika dibandingkan dengan mercun bola n mercun ketupat tu adalah lebih tinggi. mercun ketupat ngan mercun bola ni bunyi kuat kemain n agak bahaya la jugak.so lepas pasang sumbunya terus cabut lari jauh2 haha...kalau mercun padi tu berani la main baling kat orang. kalau mercun lebah atau ular atau katak memang bahaya sebab dia main jalan kemana dia nak pergi je.
tapi apabila aku melangkah lebih dewasa start main meriam tanah lak, memula main meriam tong je tapi lama kelamaan akibat rasa boring ngan bunyinya yang tak mencabar sangat kami diinovatifkan untuk menjadi pembuat meriam tanah, siap main lawan bunyi siapa kuat lagi ngan kampung sebelah. selalu jugak kami letupkan merian ni pepagi masa waktu sahur dengan niat nak kejutkan oprang supaya bersahur...[ok la tu beramal baik sikit2]
okla aku dah ngantuk dah ni, hasil penguploadan gambar ini dari internet wimax aku yang agak slow harini, so dah terlajak waktu tidur aku...byeee....zzzzzzzzzzzzzz

Friday, August 28, 2009

SElAmAT MenYAmBUt RAMadHAn Al-MubaRaK

DOA RAMADHAN

Ya Allah,

Berilah kemampuan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah,

Tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Ya Allah,

sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hatiku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

Ya Allah,

penuhkan bahagianku dengan keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Ya Allah,

bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

credit to firusfansuri.blogspot.com

Wednesday, August 19, 2009

kecik2 asyik main aje...belajo taknak...

Masa kecik2 dulu korang suke main apa? haha..main banyak, belajo liat tahap kanggaru nasib baikla kira berjaya jugak dah besor2 ni, rasanya kalau dolu2 aku asyik gigih belajor tak main2 mesti sekarang ni harta aku berjumlah 86 juta billion dah kan. tapi sebab aku banyak main dari belajor so aku rasa hidup kanak2 dulu sangta bahagia dan aku menjalani kehidupan yang sihat. so kali ni post nak membawa cerita pasal mainan yang aku main semasa masih berusia muda belia. setiap permainan ini dimainkan secara bermusim ye..
GAME 01: BALING KASUT
kalau kat tempat kat PERAK, kasut adalah kasut dan selipar adalah kasut ye, haha begitu juga roti ngan biskut.. mainan yang antara ko pro adalah main baling kasut, yang mana main baling kasut ni perlukan 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan ada tak kisah berapa ramai ahli pun. masa aku memain dulu kekadang satu grup samapi 12 orang pon ada, lepas dah baling kasut sampai runtuh pemain kena bertempiaran menyelamatkan diri dari dipungkang dengan kasut oleh pasukan lawan. kira sama status ngan baling tong la

GAME 02: GALAH PANJANG
main galah panjang ni memang kena main kat sekolah kat padang badminton sekolah tu, so kalau dedulu waktu rehat kalau takde duit nak makan (huhu sedih tak) gi la main galah panjang ramai-ramai kat court badminton sekolah..tapi masa dah lepas UPSR dedulu main sepanjang masa je hahaha..sebab cikgu dah tak masuk kelas sangat, satu lagi mainan kat sekolah yang wajib main masa sekolah rendah adalah mainan cop tiang, biasanya tiang yang menjadi mangsa adalah tiang parking basikal biasa main sementara nak balik atau waktu kelas tambahan petang

GAME 03: TENG - TENG

main teng-teng pun slalu gak aku main, kena bersungguh nak main benda ninak kejar banyak2 rumah. mainan ni biasa main masa musim banyak pasir kat depan rumah sebab nak kena lukis atas pasir, kalau jahat macam kawan aku guna arang conteng simen rumah la...hahaha...tapi teng-teng yang aku main bukan yang macam dalam gambar tu, aku main yang segiempat je ada 8-12 kotak biasanya..yang sebelah macam bentuk pepatung tak best..

GAME 04: BATU SEREMBAN

Ini paling jagoan aku main dedulu bebudak perempuan yang konon-kononnya ayu pun asyik kalah kalau main ngan aku, tak kira la game nya sampai berapa pun, kalau takat nak dapat markah 100 tu sekali jalan je aku buat. masa musim main benda ni nampak la bebudak dulu yang kurang beruang tertonggok2 tepi jalan nak kutip batu yang bentuknya sipi2 nak bulat, senang nak kutip masa main, siap feeling2 ada batu keramat lagi wahahaha...
GAME 05: CONGKAK
yang ni pon aku terer gak...haha mati la semua game aku terer, yerla masa dulu mana ada game boyz habis2 terer pun main saidina je la.. kat rumah aku siap ada lagi kayu congkak 7 lubang, nak main congkak ni adalah lepas musim main guli, sebab buah guli tu nak guna untuk letak dalam lubang congkak tu plak. aku terer sekali untuk main tipu dengan menyurukkan guli kat celah jari jemari aku yang gebu ni. so kalau ada sesiapa yang nak mencabar aku leh la hantar surat cabaran berantai kat aku ye. tapi aku cakap series mmg aku terer sangat main benda ni dedulu la sekarang dah berkarat ilmu dah huhu..
GAME 06: MAIN GULI
main guli lagi la aku terer, masa main ni mesti menggunakan perkataan teget (bahasa orang putihnya target), haha pastu masa main mmg sebijik macam gambar kat sebelah tu, memula letak bet berapa banyak guli nak letak dalam bulatan pastu teget buah guli tu bagi keluar dari bulatan n kalau dah cukup jumlahnya korang leh guna lak untuk teget orang lain bagi dia mati n hilang hak untuk bermain lagi, masa musim guli ni untuk sungguh makcik yang jual guli, tapi masa tu murah je sekupang dapat 5 biji kalau guli susu mahal sikit sekupang tiga kalau guli batu 2kupang sebijik je, abang aku paling terer sekali main benda ni, pernah la 1tong milo guli kena buang dalam tangki tandas sebab asyik main guli je sampai tak belajo haha.. musim guli ni leh kata hampir serentak ngan musim daun terup yang sepapan 30 keping rege sekupang gak tu. haha...main tepuk terup pun aku terer gak.
GAME 07: MAIN ROUNDERS
pernah main tak rounders? bebudak kampung aku dulu selalu main mainan ni bila ada budak yang jumpa bola tennis dalam semak atau tempat membakar sampah, tetiba je terus fenomena rounders melanda kampung aku sampai merebak2 ke kampung kampung sebelah..kalau petang2 jalan tengok kampung orang terus nampak semua orang main rounders terpusing-pusing keliling padang. ini kira satu permainan yang formal gak la sebab rasanya masuk sekali dalam senarai aktiviti sukan kat sekolah, nama glamour baseball

GAME 08: POPIA
sebelah ni adalah gambar popia untuk dimakan bukan untuk dimain ye, sebab aku google cari gambar orang main popia ni takde lak..siapa yang tau macamana main popia? angkat tangan.
mainan ini dimainjkan secara individu dan sering dimainkan bila pasukan rounders dah kalah n malas nak main so tukar main popia lak, cara mainannya adalah dengan menggunakan bola tennis (kalau masa aku dulu bola tu dah botak dah pon) baling ke badan mana2 pemain dan sekiranya ada pemain yang kena bola tu tiga kali, maka seluruh pemain akan membaling dia yang sedang memeluk tiang ataupun batang pokok. mainan ini agak ganas kerana boleh mengakibatkan lebam2 dibelakang badan. jarang ada budak perempuan yang sanggup nak main permainan ni sebab asyik - asyik kena hentam aje.
GAME 09: TUDUNG BOTOL
mula-mula aku tak kenal pon mainan ni, tapi sebab bakat semulajadi aku yang cepat belajar terus aku jadi terer hehe (part main cepat tangkap nih) memang la aku nak memuji bebudak dulu yang telah pun mengamalkan konsep 3 R iaitu recycle, reuse dan reduce yang mana dalam kebanyakan mainannya dulu memang la bercirikan mainan yang kurang keperluan kewangan cuma memerlukan sedikit kekreatifan untuk mengisi masa yang terbuang. bayagkan tudung botol minuman pun boleh jadi alat mainan yang menggegarkan. mainan ni balik baru ni aku nampak budak kampung aku main lagi
GAME 10: BUNGA API
yang ini adalah mainan wajib setiap kali raya sampai la rasanya aku tingkatan 2 ke 3 ke baru kerajaan mengharamkan permainan bunga api kat malaysia ni, semua salah bebudak yang terlebih kreatif..gatai tangan sungguh nasib baik la kau dah jatuh dalam kategori yang puas hati gak la dah main bunga api ni. setahun lepas kena ban adik aku cipta plak bunga api daripada iron ore haha...besi sagat periuk kat dapor tu leh jadi bunga api rupanya, cuma lepas tu kena piat ngan mak sebab habis tebuk2 kain pelekat, main lepas balik tarawikh la katakan..banyak lagi mainan klasik zaman dedulukan yang tak la costly sangat

Tuesday, August 18, 2009

kenapa saya suka apartment saya? (2)

POST KENAPA SAYA SUKA APARTMENT SAYA? (2),

Apartment hahaha..apartmentkah? rumah ni duduknya kat tingkat 15 tinggi kemain, tapi saya suka sebab dia selalu berangin tambahan sekarang ni memalam asyik sejuk aje...

sebelum ni post saya suka rumah saya sebab rumah saya banyak bunga, kali ni saya suka rumah saya sebab ada pemandangan yang cantik2. pagi2 matahari terbit kat belakang bukit ngadap tingkap bilik ni, pagi2 best la, bila kul 10 panas ya rabbi dah bilik ni, haha..abis kering semua tapi okla sebab takde masalah pencemaran bau berlaku sangatkan.

ok itu aje apdet takat ini, sekian terima kasih..hahahaahahahahahahahahahahahahahaahahaha