Friday, August 28, 2009

SElAmAT MenYAmBUt RAMadHAn Al-MubaRaK

DOA RAMADHAN

Ya Allah,

Berilah kemampuan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah,

Tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Ya Allah,

sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hatiku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

Ya Allah,

penuhkan bahagianku dengan keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Ya Allah,

bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

credit to firusfansuri.blogspot.com

1 comment:

"iryd and pitt's little diary" said...

waa..dah insaf la ko..sebelum tu lagu dangdut ko tu ubah la jadik lagu nasyid..baru mendapat keberkatan..hahaha..selamat menyambut bulan puasa..puasa..hang tak de excuse ok..hahaha..