Monday, March 5, 2012

Kalau Cuti Hari ISnin nak buat apa?



holla bertemu kita lagi skali dihalaman ini, perggghhh tajuk post kali ni macam tajuk cerita Hindustan plak panjangnya...hoho arini masa korang korang semua sibuk bekerja aku plak berjalan jalan di mid valley, tenang sungguh rasanya sbb suasananya tak sekelam kelibut dihari minggu yang macam uols uols semua terpaksa berdepan haha.


hari ni tadi as early as mid valley is open seawal tu jugakla aku berjalan jalan berwindow shopping sbb nak shopping bersungguh sungguh tak berkemampuan sangat walaupun baru bergaji. Pergi sana sebab nak bayar bill telepon je sbb semenjak semalam dah kena block and sekali tukar plan ambik yg ada internet hopefully my incoming bill nanti takde la melampau lampau sangat sangat ambik plan VPI80 dapat 300sms 300minit call n 500mb data plan. ok la kot.

Dah puas melaha kat mid valley tu bercadang cadang la nak makan tengahrai but got 2options nak makan ikan bakar kat jalan bellamy or nak try nasik ayam sedap kat Cheras Leisure Mall. referring to gambar kat sebelah nyata nyatalah kami gi makan ikan bakar kak jat kedai no 3 kat jalan bellamy, rasanya sedap ikannya gebu dan manis cecahnya leh tahan tapi apa yang pedas aku makan pun aku tak pasti rasanya pedas pijor walaupun begitu harga makanannya adalah agak mencapap dan harga akhirnya memang mensepraiskan diri ini. Ambik semacam apa yang kami ambik dalam gambar tu; pinggan A nasi putih tambah, gulai lemak telur itik ngan sambal secoit (aku punya) n pinggan B nasi putih standard, kerabu daun, kuah apa ntah, ikan pari n kembong bakar = RM 22.00 tu tak masuk lagi air asam boi berharga RM2.50. Tapi ok la sebab sedap n future kalau nak makan sebab betul betul terperingin la pulak gamaknye.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...ingat pas makan nak terus balik rumah tidur tengahari but somehow tercetus idea nak tengok wayang terus terparking kereta kat VIVA Homes tu sempatla melayan cerita this is war. memula ingat cerita perang-perang rerupanya cerita cinta yang kelakar..okla kalau nak tengok cerita tu. Ingat dah rayap dah makan dah tgk wayang kami nak pulang tapi kawan minta tolong pikap dia plak so pergila ambik dia and balik rumah dah rasa sangat sukses sekali sebab aku berjaya keluar dari area Bukit Bintang tu jam 530 petang tanpa mengalami kesesakan yang teramat.

Tadi dah makan tengahari tapi dah tengok wayang masuk keluar KL rasa nak makan balik so plan masak sup ayam makan ngan roti kering macam selalu buat kat kedai mamak masa kat penang suatu masa dahulu...asyikkkk....sebab kat rumah ayam ada 2ketul je kenala singgah plak pasaraya hero beli ayam sekor n suruh abang tu kerat 32hahaha....halus halus je jadinya, ok la jimat.

Sampai rumah dah dekat kul 7 terus cuci cuci ayam n prepare nak masukkan dalam periuk dah sambil mandi sambil semayang maghrib sambil didihkan sup tu, but aku konpius la sebab dah 2 3 kali buat sup tapi my sup cannot be sejrenih sup yang mak aku buat rasa step dah sama dah hohoho...tapi kira sedap je la bantai ngan roti perancis ho liau jugak la rasanya. dah sudah makan dah tengok berita slot rosmah masuk bilik taip post ni...

No comments: