Thursday, March 22, 2012

taucu gaya cik asmah

Assalamualaikum dan selamat malam. Arini saya akan mengajar anda anda sekalian cara memasak gulai taucu ikan jaket cara cik asmah mak saya yg tercinta. but believe me event menggunakan resepi ini gulai taucu anda takkan menjadi sesedap yang mak saya masak.


Bahan - bahan yang diperlukan

1. ikan jaket digoreng rangup

2. bawang putih hiris, halia dimayang and bawang besar dipotong enam. dipercaya lagi banyak lagi meriah and lagi sedap.

3. timun dipotong panjang cili hijau dibelah tengah dan cabe burung takyah potong

4. 2 sudu besar taucu ngan segelas air asam jawa. kadar kemasaman mengikut selera.


Cara penyediaan

1. memula panaskan minyak masak nak lebih jimat guna minyak gorengan ikan tadi.

2. bila minyak dah panas masukkan bawang putih halia bawang cili hijau ngan cabe burung.

3. lepas dah naik bau  enda benda tu masukkan taucu dan tumis sampai yakin masak kemudiannya masukkan timun dan masukkan ikan yg dah digoreng tadi.

4. kira sampai 20 kendian tuangkan air panas dalam kualiti...ini adalah supaya ilan tu nanti tak jadi lenyo or lembik.

t

5. pura pura golekkan ikan tu dalam 5-10minit then tadaaa...siap.


selamat mencuba ye kawan kawan


Published with Blogger-droid v2.0.4

tengs AUS

masuk yang ni rasanya dah kali ke dua la aus dok featuring kat dalam blog yang hawt ni...kalau yang dulu tahniah kali ni anjale nak ucapkan tengs (ejaan terkini untuk thank you) sebab aus make me proud and those tengs adalah sebab aus jugak telah membuat mak ngan apak sangat verbangga dengan kejayaan aus sebab telah mendapat result yang terbaik dalam spm. kalau anjale leh terasa bangga, confirm confirm mak ngan apak berkali kali ganda bangganya...so dikesempatan dan dipentas kekuasaan abang jale ni abang jale nak mengucapkan

TERIMA KASIH AUS

sebab telah mendapat keputusan straight A dalam peperiksaan SPM 2011.

assalamualaikum and good night

assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca pembaca yang mantain ketegaq nak bukak blog no. hahaha....malam ni nak berpesan pada diri sendiri dan juga yabf membaca. melalui pengalaman aku, selalunya orang akan takut ngan bayang bayang diorang sendiri. bila diorang dah buat salah ngan orang diorang akan ingat orang pun akan buat benda yang sama kat dia plak. orang kalau dah buat salah akan cuba menafikan kesalahan diri sendiri dengan melibatkan orang lain plak. termasuklah jugak mewujudkan golongan manusia yang lain akan rasa sangsi kat orang tu or bersikap prejudis, walhal orang tu takde buat salah apa pun dan maybe takde berniat pun nak berkepochi sangat hal orang orang lain.

so nasihat aku kalau taknak orang korek rahsia ko or taknak hidup dam.ketakutan orang nak korek rahsia ko janganlah pulak memandai mandai pergi korek rahsia orang...life is simple but it is not as simple as.u imagining it...hohoho setiap sesuatu yang berlaku aturannya dah memang ditetapkan...


so lapangkan dada tetapkan iman la pembaca ketegaq sekalian. ingat qada dan qadar ketentuan ILAHI...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

Kalau Cuti Hari ISnin nak buat apa?



holla bertemu kita lagi skali dihalaman ini, perggghhh tajuk post kali ni macam tajuk cerita Hindustan plak panjangnya...hoho arini masa korang korang semua sibuk bekerja aku plak berjalan jalan di mid valley, tenang sungguh rasanya sbb suasananya tak sekelam kelibut dihari minggu yang macam uols uols semua terpaksa berdepan haha.


hari ni tadi as early as mid valley is open seawal tu jugakla aku berjalan jalan berwindow shopping sbb nak shopping bersungguh sungguh tak berkemampuan sangat walaupun baru bergaji. Pergi sana sebab nak bayar bill telepon je sbb semenjak semalam dah kena block and sekali tukar plan ambik yg ada internet hopefully my incoming bill nanti takde la melampau lampau sangat sangat ambik plan VPI80 dapat 300sms 300minit call n 500mb data plan. ok la kot.

Dah puas melaha kat mid valley tu bercadang cadang la nak makan tengahrai but got 2options nak makan ikan bakar kat jalan bellamy or nak try nasik ayam sedap kat Cheras Leisure Mall. referring to gambar kat sebelah nyata nyatalah kami gi makan ikan bakar kak jat kedai no 3 kat jalan bellamy, rasanya sedap ikannya gebu dan manis cecahnya leh tahan tapi apa yang pedas aku makan pun aku tak pasti rasanya pedas pijor walaupun begitu harga makanannya adalah agak mencapap dan harga akhirnya memang mensepraiskan diri ini. Ambik semacam apa yang kami ambik dalam gambar tu; pinggan A nasi putih tambah, gulai lemak telur itik ngan sambal secoit (aku punya) n pinggan B nasi putih standard, kerabu daun, kuah apa ntah, ikan pari n kembong bakar = RM 22.00 tu tak masuk lagi air asam boi berharga RM2.50. Tapi ok la sebab sedap n future kalau nak makan sebab betul betul terperingin la pulak gamaknye.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...ingat pas makan nak terus balik rumah tidur tengahari but somehow tercetus idea nak tengok wayang terus terparking kereta kat VIVA Homes tu sempatla melayan cerita this is war. memula ingat cerita perang-perang rerupanya cerita cinta yang kelakar..okla kalau nak tengok cerita tu. Ingat dah rayap dah makan dah tgk wayang kami nak pulang tapi kawan minta tolong pikap dia plak so pergila ambik dia and balik rumah dah rasa sangat sukses sekali sebab aku berjaya keluar dari area Bukit Bintang tu jam 530 petang tanpa mengalami kesesakan yang teramat.

Tadi dah makan tengahari tapi dah tengok wayang masuk keluar KL rasa nak makan balik so plan masak sup ayam makan ngan roti kering macam selalu buat kat kedai mamak masa kat penang suatu masa dahulu...asyikkkk....sebab kat rumah ayam ada 2ketul je kenala singgah plak pasaraya hero beli ayam sekor n suruh abang tu kerat 32hahaha....halus halus je jadinya, ok la jimat.

Sampai rumah dah dekat kul 7 terus cuci cuci ayam n prepare nak masukkan dalam periuk dah sambil mandi sambil semayang maghrib sambil didihkan sup tu, but aku konpius la sebab dah 2 3 kali buat sup tapi my sup cannot be sejrenih sup yang mak aku buat rasa step dah sama dah hohoho...tapi kira sedap je la bantai ngan roti perancis ho liau jugak la rasanya. dah sudah makan dah tengok berita slot rosmah masuk bilik taip post ni...

Saturday, March 3, 2012

Namanya Pavlova


Trust me kalau aku cakap my house past 2 weeks is a bakery factory almost setiap ada je benda yang kena masuk dalam oven tu yang kena bakar kiranya masa tu lah oven aku tu menjadi electrical appliance paling efisien kat rumah tu haha beside mixer faiez. Pavlova is a pencuci mulut originated from Australia or New Zealand rasanya,. First time aku dengar benda ni adalah daripada Haqq seorang socialite yang memang kerjanya makan benda benda aneh macam ni hahaha...see tak sempat aku nak update pasal cheese cake dah terkeluar satu lagi kek..itu belum lagi pasal cubaan membuat muffins pisang yang bantat ngan kek epal burberry hahaha...

BTW cara cara nak membuat pavlova ni agak mudah jugak dan kalau nak tau silalah cari kat youtube sebab banyak n kalau nak yang nampak cantik rujuk pada joy of baking punya video. Aku punya ni leh kata tak berapa nak menjadi sebab supposedly bahagian dalam tu pun jadi macam golden brown n lebih rangup dan kenyal kata kawan aku yang pernah makan. tapi ikutkan lidah aku yang makan dan membuatnya rasa sedap aje hahaha. sesuai untuk dibuat minum petang. rasa masam buah tu macam padan je ngan manisnya pavlova tu ngan cream tu.

So siapa nak cuba pasni leh la cuba..senang je nak membuatnya n rasanya instead of pukul sendiri whip cream tu baik cari yang dalam botol je senang dan pantas dan tuntas....

Air Terjun Serendah Rawang

Assalamualaikum dan selamat malam kepada orang orangan yang sedang membaca blog ini. hahaha seems like jalil suka tidak menghabiskan postnya yang sebelum ini and now jumping to a new tajuk which is Air Terjun Serendah Hulu Selangor.

Projek ni dah lama dah rancangan end 2011 lagu rasanya taping since menunggu tarikh dan masa bergaji yang sesuai makati ianya ditangguhkan sampai la ke 28 February 2012 sebab masa tu semua orang baru mendapat gaji.  Memula Casey bagitau nak picnik kat air terjun ulu yam tapi tukar plan ke air terjun serendah plakoglobin.  Aku dengan penuh konfiden nya kata air terjun serendah ngan air terjun sg inki yang aku pernah pergi adalah sama. tetapi rupanya aku salah hahaa....seb baik lagi kot take dah sampai ke Tanjung Malim kitorang masa tu.

Air terjun ni bebetul air terjun la macam gambar kat atas tu kalau yang sg inki it is most of sungai la maknanya takde air yang terjun macam kat atas. Kitorang masa tu pergi beramai ramai dalam 15 orang rasanya dari segenap pelusuk ada yang dari rawang, shah alam, subang, puchong dll. Standardla kalau dah namanya janji melayu nak jumpa kul 830 kat Balai Polis Rawang tup tup tup rupanya team aku yang terlambat skali sampai dah almost kul 10 pagi baru sampai sana. then sebab keluar awal n tak sempat nak membreakfastkan diri pagi tu singgah lepak makan kat kedai mamak kat area tu dulu makan roti telur sekeping dua.Dah sudah tu gerak ke air terjun yang letaknya kira kira 20menit dari pekan Rawang tu, kami di eskot oleh kumpulan konvoi bermotor sebab bebudak tu je yang pernah sampai kat situ. Jauh jugak le tempatnya kena keluar masuk kampung orang asli melintas lak jugak satu kawasan yang berpagarkan pokok anggur. sampai kat tempat berkubang tu kira kira jam 11 gak kot masa tu. dah paneh rembang dah kata orang.Mana yang mandi, mandi manda mana yang manggang, memanggang begitulah harmoninya keadaan ketika itu. aku sendiri harusla join geng geng yang mandi manda, hahaha sangat bersyukur sebab bebudak laki yang join sangat bertabah hati memanggang untuk kami kami ini, macam macam yang kena panggang masa tu ada ikan ayam sotong ada yang bawak bee hoon ada yang bawak sandwich dan yang paling meledak ada yang bawak dunkin donut; buah orennya pun sedap manis n rangup je rasanya. hahaha anyway tengs aku ucapkan sebab masa tu keluar air makan keluar air makan masuk air perut sendat haha.Air air terjun ni tak berapa nak sejuk la n rasanya macam dasar air terjun tu dah kena tambak ngan pasir lombong la sebab pasir dia macam kasar je. Tapi best la sebab ada kawasan yang dalam dan menggalakkan penerjun penerjun tiruk untuk beraksi walaupun signage warning duk kat sebelah tu je kata jangan terjun or lompat. Paling ingke sekali adalah abang anip yang melompat berkali kali semata mata nak dapatkan gambar pose yang elok katanya. Dua kali ujan turun kami masih kebal tetap mandi manda sampai dekat kul 4 baru semua abis mandi n bergerak balik ke sarang masing masing. Anyway aku enjoy the trip n lenkali leh bawak group yg lain plak ke sini walau macam jauh. Tapi rasanya tempat ni kalau nak mandi masa ujung minggu memang tak merasala kalau tak keluar rumah sesudah subuh yang awal sebab port mandi yang bestnya memang kat bawah air terjun tu je. tempat yang lain air tu macam melata paras paras lutut je kot. budak budak leh la.