Tajuk adalah dipetik daripada status FB aku. wahaha aku sudah mula pandai berstatus diFB semenjak banyak masa lapang ni hehe...banyak cadangan yang diterima antaranya adalah membuat kuih bingka ubi, bershopping walaupun tgh mengikat perut <--iye je ikat perut, dan juga bermain tarik rambut ngan zaza aka Nini.
pagi tadi aku dalam kul 10.30 lepas setel basuh baju n sidai baju aku ajak adik aku jalan ke jalan pasar, tempat adanya pasar pagi yang besarrr di ibu kota Kuala Lumpur ini. cadang memula taknak beli apa2 pun tetiba adik aku tershopping plak beli pouch bag ngan cover henset yang mana aku turutt terpengaruh utk beli. jalan pasar ni aku suka jalan2 kat sini sebab ada banyak kedai ikan selain ikan untuk digoreng malahan ada juga ikan untuk dipelihara namun begitu kandungan anak2 ikan dikawsan ini adalah sangat sedikit dimana menghampiri sifar haha..macam dalam gambar kat atas tu adalah beberapa kedai ikan yg tetap dan juga kedai menjual ikan hiasan dipinggir-pinggir kaki lima..kawasan ni macam lebih kurang petaling street cumanya otai2nya tak seganas petaling street la. kawasan ni juga sesuai kalau nak cari barangan elektrik dan elektronik berjenama san yang atau kok kuan...huhu.so kalau ada yg tak tau nak buat apa dimasa terluang silalah isi masa anda seperti saya dengan merayau-rayau jangan sehingga menjadi kutu rayau lak dah la.
benda terakhir aku beli adalah ikan koi kat atas tu, terpaksa bergegas pulang sebab beli ikan yg dah pening2 serta mendapatkan harga diskaun. sekarang ikan ni aku kuarantin kan kolam ikan abang aku kat Puncak Jalil, sebab rumah aku takde tempat yang seswai nak letak lagi haha..tapi sebab nampak cantik tadi itu semua tidak diambil dalam perkiraan, huhu..semoga dia selamat kat dalam kolam tu pesanan untuk abang: sila jaga elok2 nanti jalil mai ambik balik. balik rumah sudah lapar aku memasak tomyam ayam dan juga ikan rebus goreng. petang lak aku membongkangkan diri malam aku update blog, kejap lag nak gi cari makan la gamaknya.
p/s:aku pergi tadi naik motor bukan tren, gambar itu hanyalah untuk hiasan mencukupkan susunan 3-3 bagi mengkiutkan blog ini..sekian terima kasih
4 comments:
abang datang rumah kak yo td.... beliau kata ikan abg jale dah die.... dah die abg jale...sobb sobb
waahhh kenapa dah die pulak...ingat masih hidup lagi kesian dia
Bagus bagus
abg siap ingat ikan lama abang yang hilang telah kembali lagi.."ibarat keli pulang kelubuk"....... kesian tngk beliau kurus lantas bg makan banyak2... mungkin kematian sebab itu
Post a Comment