Ini adalah pos untuk anak sedara aku yang terlatest sekali untuk masa ini, gambar dibawah ini adalah wajah beliau yang gebok bersama emaknya. beliau ini adalah sangat gebok dimana baru berusia dua bulan namun jisimnya adalah hampir sama sekampit beras 10kg. nama beliau rasanya adalah Mohd Irfan Faiz bin Abdul Rahim.
sebut nama dia aku teringat kat iklan jalan raya yang nama saya irfan, umor 7 tahun....(ingat tak iklan tu?). so alkisahnya bermula disini, abang aku pada sabtu malam ahad yang lepas kami telah mengadakan sedikit majlis jamuan akikah dan juga marhaban untuk ahli keluarga baru ini. seekor kambing telah tewas didalam perjuangan dan dijadikan gulai kurma yang enakkkkkkk...dan juga sepahanya telah saya panggang sehingga hangus sebab tak mau lembut2 hahaha....
rajah di atas dan dibawah menunjukkan ketungkuslumusan ahli keluar salleh dan asmah berusaha gigih menggembleng tenaga bagi menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput untuk marhaban malam ini...antara menu yang disediakan adalah kurma kambing enak, pajeri nanas lazat, ayam masak merah yummy, ikan kering talang sedappp, jelatah nanas rangup....banyak tak...banyak tak? tapi untuk upacara melapah kambing aku tak sempat join sebab terlena diulit mimpi ngeri tengahari tu huhu...bangun2 dah pukul 330 lama sungguh aku tidur, tak sangka dengan keupayaan aku yang luar biasa untuk tidur siang telah meningkat lagi.
walaupun aku telah tersleep tengahari tu aku juga telah berjasa untuk menjadikan majlis pada hari itu bertambah bergemerlapan dengan mewujudkan boyan (buaian) yang berseri-seri dan memancar-mancar serinya. sib baik dalam gambar cantik belaka walau pada pembikinannya aku merasakan sedang membuat buaian berkonsep kurita belantara huhu....oohhh mae juga telah menabur benih jasa dalam projek boyan ini, habisla segala bunga plastik kat rumah kami gunakan termasuk yang telah dimasukkan dalam simpanan arkib negara.
selepas semayang maghrib kami sekali lagi disibukkan dengan upacara mengeset tempat jamuan para tetamu, terima kasih bebanyak kepada kanak - kanak masyarakat kampung yang telah berjerih perih membantu dalam menjayakan majlis ini...tidak lupa juga kepada cik ani dan cik ros yang telah bersama-sama dalam menjayakan majlis ini semenjak siang lagi...thanks a lot kata orang putihnya...
MEDANG...kata jawa untuk makan, so seterusnya ketibaan orang surau selepas semayang isyak yang sedikit demi sedikit telah menyebabkan ruang tamu hadapan rumah dipenuhi tetamu..ooo kami sangat terharu dengan sokongan padu penduduk setempat tersebut.
selepas majlis makan2 bermulalah upacara nmarhaban untuk orang yang diraikan...samapi kul 11.00 malam la jugak baru selesainya majlis tu, pastu aku seperti diganja-ganja tidur tak sedar diri sampai subuh... (huhu baik tak aku maintain bangun semayang suboh walau letih)...esoknya kenala kemas2 kan pulak sisa-sisa kenduri, terima kasih sekali lagi kepada jiran-jiran yang sangat banyak membatu mengemaskan selepas kenduri.
No comments:
Post a Comment