Sunday, January 31, 2010

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

last 2 weeks me n my fren pergi melawat kampung kuantan, nak tengok kelip-kelip.
Bertolak daripada sungai besi lepas asar, ini semua gara2 fizi main ugut2 aku...haha...nasib baik ise nak join skali so takde la gersang sangat perjalanannya, lepas asar aku keluar gi ambik fizi kat gombakthen ise kat puncak alam. budget maghrib nak sampai sana leh la ambik gambar sunset rupanya sempat sampai masa moon rise aje, huk2 n bertambah nasib baik malam tu gelap sungguh sebab its rainy all the way..n sib baik skali lagi sampai kg kuantan tu ujan dah stop.

tapi apa yang penting, kg Kuantan mmg sesuatu yang amat mengkagumkan, korang takkan tengok apa yang korang nak tengok tapi korang akan tengok something beyond your imagination, huhu..ayat power, tapisungguh..mmg cantik sangatla tempatnya dan mmg akan menimbulkan ketamakhalobaan didalam jiwa mereka-mereka yang tiada sabar..

Saturday, January 30, 2010

:: PoSt InI KaLEr iJaU::


maghrib tadi aku gi shopping kat The Mines letih2 otak duk rumah aku pun keluar merayap la...

ingat masa kaalu kat kampung, masa petang nak ke maghrib mmg aku suka jalan ronda kampung..petang tadi aku ronda gak tapi ronda mines huhu...

tetiba masa nak bayar cekedis yang aku beli aku terharu sebab aku tak diprovide dengan plastik, huhu...rupanya Giant dah kuatkuasakan cadangan untuk boikot plastik hari sabtu, aku pastu gi beli berus gigi sebatang kat guardian, n sama jua rupanya tiada plastik disediakan.

aku setuju dengan tindakan ini lalu aku membuat post ini, walau tadi di Mines aku asyik kena pandang sebab usung tupperware berisi susu n gula..aku bukan tak abik plastik tu sebab aku kedekut 2 kupang, aku tak mbik plastic tu sebab aku care for environment, biar la malu skit2 je janji in the future bumi hijau semula, wahaha patriotik tak aku.

so aku nasihatkan kepada pembaca tegar blog aku ini supaya menghijaukan bumi, tak banyak sikit pun dah jadikla....macam aku menghijaukan koridor rumah aku kat tingkat 15 ni (sempat promosi haha)..jangan ijau ngan lalang dah la huhu..

Saturday, January 23, 2010

POsE BuAT SILa

Monday, January 18, 2010

lentang bmg lentang bmg lentang bmg lentang bmg......

ilham tak datang lagi la, siapa ada cadangan utk write up sila buat kat komen ye..nanti aku masukkan kat sini...
sila nyatakan pandangan dan pendapat serta perspektif anda berhubung lawatan ini?
sekian terima kasih...
kalau takde cerita tatap je la gambar tu..huhu...

Tuesday, January 12, 2010

Anak SEDarE tErLateSt

Ini adalah pos untuk anak sedara aku yang terlatest sekali untuk masa ini, gambar dibawah ini adalah wajah beliau yang gebok bersama emaknya. beliau ini adalah sangat gebok dimana baru berusia dua bulan namun jisimnya adalah hampir sama sekampit beras 10kg. nama beliau rasanya adalah Mohd Irfan Faiz bin Abdul Rahim.

sebut nama dia aku teringat kat iklan jalan raya yang nama saya irfan, umor 7 tahun....(ingat tak iklan tu?). so alkisahnya bermula disini, abang aku pada sabtu malam ahad yang lepas kami telah mengadakan sedikit majlis jamuan akikah dan juga marhaban untuk ahli keluarga baru ini. seekor kambing telah tewas didalam perjuangan dan dijadikan gulai kurma yang enakkkkkkk...dan juga sepahanya telah saya panggang sehingga hangus sebab tak mau lembut2 hahaha....
rajah di atas dan dibawah menunjukkan ketungkuslumusan ahli keluar salleh dan asmah berusaha gigih menggembleng tenaga bagi menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput untuk marhaban malam ini...antara menu yang disediakan adalah kurma kambing enak, pajeri nanas lazat, ayam masak merah yummy, ikan kering talang sedappp, jelatah nanas rangup....banyak tak...banyak tak? tapi untuk upacara melapah kambing aku tak sempat join sebab terlena diulit mimpi ngeri tengahari tu huhu...bangun2 dah pukul 330 lama sungguh aku tidur, tak sangka dengan keupayaan aku yang luar biasa untuk tidur siang telah meningkat lagi.

walaupun aku telah tersleep tengahari tu aku juga telah berjasa untuk menjadikan majlis pada hari itu bertambah bergemerlapan dengan mewujudkan boyan (buaian) yang berseri-seri dan memancar-mancar serinya. sib baik dalam gambar cantik belaka walau pada pembikinannya aku merasakan sedang membuat buaian berkonsep kurita belantara huhu....oohhh mae juga telah menabur benih jasa dalam projek boyan ini, habisla segala bunga plastik kat rumah kami gunakan termasuk yang telah dimasukkan dalam simpanan arkib negara.
selepas semayang maghrib kami sekali lagi disibukkan dengan upacara mengeset tempat jamuan para tetamu, terima kasih bebanyak kepada kanak - kanak masyarakat kampung yang telah berjerih perih membantu dalam menjayakan majlis ini...tidak lupa juga kepada cik ani dan cik ros yang telah bersama-sama dalam menjayakan majlis ini semenjak siang lagi...thanks a lot kata orang putihnya...
MEDANG...kata jawa untuk makan, so seterusnya ketibaan orang surau selepas semayang isyak yang sedikit demi sedikit telah menyebabkan ruang tamu hadapan rumah dipenuhi tetamu..ooo kami sangat terharu dengan sokongan padu penduduk setempat tersebut.
selepas majlis makan2 bermulalah upacara nmarhaban untuk orang yang diraikan...samapi kul 11.00 malam la jugak baru selesainya majlis tu, pastu aku seperti diganja-ganja tidur tak sedar diri sampai subuh... (huhu baik tak aku maintain bangun semayang suboh walau letih)...esoknya kenala kemas2 kan pulak sisa-sisa kenduri, terima kasih sekali lagi kepada jiran-jiran yang sangat banyak membatu mengemaskan selepas kenduri.