Thursday, February 19, 2009

my favourite movies

Hello... sajaje kali ni sebab dah lama jugak tak mengupdate blog so petang khamis ni tetiba teringat rasa nak tiru satu post adik aku..nak cerita pasal cerita-cerita yang seronok yang aku pernah tengok walau ada antaranya aku tgk 3-4 tahun yang lalu..dah try kumpul 10 movie tapi dapat 9 movie je..

AKEELAH AND THE BEE 2006
P-U-L-C-H-R-I-T-U-D-E pulchritude... haha itu la cara macamana nak eja pulchritude yang maksudnya cantik. cerita Akeelah and the bee ni cerita pasal budak dari kawasan ghetto yang kendiannya di train oleh seorang professor untuk masuk spelling bee dan dia berjaya sampai peringkat negara, cerita ni bagus sebab secara tak langsung korang yang terpengaruh untuk tengok cerita ni akan ikut mengeja, kekadang rasa mencabar je..haha perkataan pulchritude tu spelling bee dia yang terakhir sekali, kalau aku rasanya mmg dah out lama dah haha...


BLOOD DIAMOND 2006
tulisan tajuk tu warna pink sebab rasanya diamond yang djimon (bukan digimon ye) jumpa dalam cerita ni warna pink dan sebesar ibu jari, cerita ni jatuh dalam kategori wajib tengok bagi perempuan2 yang asyik mata berkilau kena pancaran berlian yang asyik nak yang besar je, barula tau macamana la agaknya susah nak dapatkan berlian tu.. kalau kat negara dalam cerita ni siap ada sindiket untuk kidnap bebudak dan lelaki untuk dijadikan kuli batak pencari berlian. kalau rasa nak tobat dari beli berlian sekejap tengokla cerita ni ye. tagline cerita ni " it will cost you everything"


CALENDAR GIRLS 2003
sekarang ni macam sudah susahkan nak dapat kalendar gambar perempuan kan, kalau dulu pow aje dari tokey kedai motor mesti dapat haha...dalam cerita calendar girls yang ni jangan harap nak nampak pompuan MUDA seksi ye, sebab calendar girls adalah perempuan TUA seksi, hehe..tapi betul kalau tengok gambar diorang ambik untuk calendar macam seksi je haha...sebelah ada sedikit preview. kata pelakonnya " the flowers of Yorkshire are like women of Yorkshire, and the last phase of the woman of Yorkshire is always the most gloroious" cerita ni pasal sekumpulan komuniti wanita kat yorkshire yang buat kalendar untuk bagi sumbangan pada pesakit leukimia, awal ingat nak jual sikit2 kat kampung je last sekali diorang feymes satu negara. agak2 kalau buat kat sini laku tak?


FORREST GUMP 1994
tagline glamer dia " life is like a box of chocolates you never know what you're gonna get"
inila dia cerita yang aku tengok 16 tahun lepas rasanya, maintain ingat ceritanya walau jalan ceritanya dah ingat-ingat ayam je, ceritanya pasal forrest gump yang tempang tapi akhirnya kaya raya sampai takyah kerja makan gaji buta je disebabkan bisnes belacannya..[betul ni aku tak tipu..] tapi ayat dalam cerita ni paling aku ingat yang "run forrest run" masa tu si forrest nak lari dari rumah, awek dia yang suruh..haha, aku telah memutarbelitkan cerita ini.



LOVE ACTUALLY 2003
Pernah tengok cerita CINTA tak? aku tengok tak pernahnya nak habis huhu..asyik tertido je haha..samala gak ngan cerita ni bila aku tgk semalam tapi cerita ni aku tertidur sebab letih sangat bukan sebab cerita tak best ye, cerita dia mmg menarik sebab "it's all about love...actually" haha aku jiwang karat, ayat paling best "shut up miss dunkin donut 2003" try la cari statement tu bila korang tengok cerita ni, lagu tema dia pun sedap2...Bye bye baby, baby goodbye....ada 10 couple dalam cerita ni dan couple paling suka yang portugis ngan writer tu dan couple paling benci budak tu, gatai kemain budak tu haha...



THE GREAT DEBATERS 2007
cerita ni plak cerita pasal kehidupan orang kulit hitam masa dulu-dulu kat amerika yang selalu kena tindas. cerita pasal sekumpulan pendebat ada 4 orang rasanya yang memang mulut manis2 tapi yang penting berpengetahuan yang luas..denzel washington jadi dia coach untuk team ni, cerita macamana kepayahan diorang untuk berdebat sampai ke peringkat negara gak yang mana kumpulan diorang ni dipandang serong je sebab diorang kulit hitam semua. suara minah pendebat tu mendayu-dayu je haha..


"my message to you is to never quit"


THE ULTIMATE GIFT 2006
memang la aku ni mmg jenis orangnya yang suka tengok cerita ilmiah dan bermuhasabah ni haha..dalam cerita ni dia tunjuk apa yang korang perlukan dalam hidup, apa yang penting dalam hidup yang akhirnya akan membahagiakan korang..." a life experience becomes a gift". aku paling suka watak budak kecik gothic dalam cerita ni budaknya jujur ya amat "Get real. Horses are smelly and sweaty." dan amat misteri haha.. "I've drifted through lifeday to day thinking that was enough. And honestly, I don't knowif I have my own dream."


SAVING PRIVATE RYAN 1998
kalau cerita ni korang tak tau aku tak tau la nak kata apa...seronok cerita ni dia mencabar je haha penuh dengan konflik dan cabaran, cerita pasal satu platun tentera yang nak selamatkan seorang aje " the mission is a man" dia punya ahli sanggup berkorban nyawa "there was only one man left in the family and the mission was to save him" adalah si ryan tu merupakan anak lelaki terakhir tinggal dalam familynya sebab abang lain dah kiok so tom hanks rasa bertanggungjawab untuk selamatkan budak laki seekor ni, kalau rasa nak layan cerita perang silalah tengok cerita ni ye aku pun tak ingat ending dia camana rasa, kena tengok balik la lepas ni...



SLUMDOG MILLIONAIRES 2008
The Question worth 20,000,000.00 rupee = us$ 1million
"In Alexandra Dumas' book, the 3 musketeers - 2 of the musketeers are called Athos & Porthos, what was the name of the 3rd musketeers?
Jamal tak tau jawapan untuk jawab soalan ni sebab dia selalu tuang sekolah masa kecik2 dulu, tapi dia dapat sampai ke soalan terakhir dan disebalik setiap jawapan yang dia bagikan adalah berdasarkan kepada pengalaman hidupnya sebagai slumdog. tengok jangan tak tengok. suka jamal masa kecik kiut aje macam aku.
siapa yang tau jawapannya sila angkat tangan...

9 comments:

syntheare said...

Baru 3...tadi cakap ada 9 movie. Cakap x serupa bikin.

crisda79 said...

jalil memang cakap tak serupa bikin.. cakap nak banjer aku kenny rogers minggu ni.. esok dah jumaat.. tak banjer pun..huh!

jalilsalleh said...

sabarla yang gatai gi bukak masa tengah edit buat pa

syntheare said...

ko tau dah tak siap lagi yg ko gi publish watperrr?

jalilsalleh said...

alaa....saya mesti la publish siap2 supaya senang nak lakukan editing haha...

jalilsalleh said...

haha sorry la kak ieja masa berlalu begitu pantas, sedar2 esok dah jumaat

iSmAiL sAllEh said...

kata nak masukkan chite yg buat akak nangis 2....

chite tu mmg best la sbb adik siap reka lagu lagi utk si G-BABY tu..

diyana Farid said...

wah menarik2 ni bang jalil...tak sangka plak ada beberapa movies yg sama-minat..esp calendar girls tu..hohohoho...siap senarai 9 je...aku bleh je senarai lebeh 20 movies..
pewitt...*kalau hg jadi model kalender tu aku sanggup beli!*

Aleph Prime said...

weh, hg tak masukkan pun citer

- S1m0ne (Simulation One)
- A Walk To Remember.