Thursday, February 5, 2009

A.D.A.M

ADAM...itu la nama anak sedara aku yang terlatest...ADAM dilahirkan di Hospital Serdang pada 1Februari 2009 bersamaan dengan 5 Safar1430 bersamaan dengan sambutan hari persekutuan.
hehe sebenarnya nama adam tu aku yang suruh letak dan adalah belom official lagi, sajaje tulis blog ini untuk menyebarkan bahawa anak sedara aku itu hendaklah diletakkan nama ADAM. aku suka nama tu sebab macam kacak aje namanya n sempoi haha..tambahan pulak nama kakak-kakaknya juga bermula dengan A iaitu AISYAH dan ALIA.[nama aku A jugak] kakak sulong umor dah 7 tahun kak ngah 6 tahun kiranya jauh jugakla beza umor anak yang bongsu ni..tapi dia mmg sangat kiut sekali..[macam pakciknya yang kacak ni jugak] hehe...beratnya semasa keluar dari perut emaknya yang sejuk tu adalah seberat 3.47Kg..berat la tu..

2008 n 2009 keluarga aku punya keturunan macam melimpah ruang masuk yang ni dah ada 3orang baby yang masih baby lagi contohnya macam 2bulan lepas ada sorang baby girl kat johor Nur Farisha Syazwani sebelum tu ada dah kat puchong nama Siti Hajar ni ada plak ADAM (hoho yakinn...) nanti dalam bulan 3 Mac dijangka akan ada seorang lagi budak sungai buloh lak haha...ermmm kena start simpan duit untuk bagi duit raya ni huhu...
gambar-gambar kat atas tu diambik masa umor baby baru 2hari huhu...dan dia mmg suka tidor..untuk mengharukan lagi blog ini dan dengan bangganya aku nak bagitau yang kalau dia nangis aku dukong tetus dia senyap haha mmg la aku berbakat bukak nursery lepas ni...[hari2 bagi budak makan pil tidor] haha so sebab budak kiut miut ni suka kat aku makanya sepanjang aku kat hospital asyik aku je yang dukong..menurut kata maknya Alia yang tengah macam ada sedikit merajuk-merajuk ayam tetapi masih sayang adiknya sebab tiap kali aku nak bawak lari adiknya dia asyik membontoti aku sahaja...haha biasala tapi aku tengok Aisyah macam sangat bertanggungjawab dan menyayangi adik-adiknya..hehe teruskan usaha Aisyah...
p/s: nampak macam nama ADAM tu akan lekat je sebab aku dah promosi kat ramai orang haha...
Cadangan terkini adalah untuk meletakkan nama kepada bayi ini sebagai ADAM HARITH
mengikut petikan satu laman web "Nama Harith حارث adalah salah satu nama yang sesuai. Malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, “Nama yang paling benar ialah Harith dan Hammam”.(Sunan Abi Daud 4952, Musnad Ahmad 19032)."
so maksud nama ADAM ialah nama nabi/ikutan/tauladan dan HARITH pula maknanya berusaha/kuat

2 comments:

diyana Farid said...

hahaha..jalil..nanti aku beranak hg dtg le tgk aku..utk bagi nama..

kalau hg bukak nursery aku pi hntaq la..tapi rasanya jauh sgt so aku tak jadi hantarla pulok...hehehe

iSmAiL sAllEh said...

alamak abang jalil nampak kurus la dalam gambo tu... adekah abg jele melonjongjan gambo tu...

fuhh nsaib baik tawaran seluar dockes dah tamat....