Friday, October 10, 2008

semalam GACOS buat Jamuan Raya

Malam tadi ada majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran GACOS. majlis bermula jam 2000, kak sa'diah sampai tepat jam 1930 dan jemputan lain amani ngan cynthia sampai lambat kul 2030 sebab sesat katanya..orang bagi direction lain jalan lain lak yang dia ikut, bersusah payah aku lukis pelannya semalam, tapi tetamu terakhir sampai adalah kak iera dan suaminya dan bayinya yang belum keluar lagi tu.


menu jamuan tersebut mula plan macam cukup2 je untuk kami 12orang tapi bila dah hidangkan mak aih banyak la pulak...dari nasi ayam ke nasi impit ke satay, lemang ngan rendang, bawak lak lagi roti jala, biskut raya, kuih pau pun ada sampai la ke buah2an ngan puding mangga..

nasi ayam order untuk 15 orang tamak punya pasal, tapi baiknya tokey kedai tu bagi untuk macam 20 orang punya makan, berlebih2an banyak sangat nasib baik iryd bawak balik, terima kasih jugak kat tokey nasik ayam tu sebab bagi pinjam set makanan untuk nasi ayam tu, kot tak jenuh nak makan nasi ayam dalam pinggan kertas..huh mencabar tu ngan sup ngan sambalnya lagi..

dah kenyang makan semua sambung lak majlis dengan sesi mengumpat dan bersembang-sembang macamlah semua lama tak jumpa, padahalnya kerja satu bangunan je, huh...Dr Azim siap bagi ceramah pasal Gated Community Schemes lagi pada beberapa kerat tetamu yang datang ke majlis tersebut...ohhh lupa nak bagitau majlis ni diadakan kat rumah hinggap Dr Azim la kat presint 10.

sesudah boring bersembang sampai dah takde point untuk disembangkan lagi makanya kami2 ini yang masih belum berkahwin kecuali kak iera mengadakan sesi bergambar raya 2008.



dah puas berposing sesama kami barulah bergambar dengan tuan rumah dan semua tetamu yang hadir [huh macam ramai je tetamunya]..ingat lepas2 bergambar reramai ni boleh la mula mengangkat bontot balik tengok2 tuan rumah sambung sembang lagiii..last2 dekat pukul 2400 jugak la kami balik, kurang 10 minit kul 1200 tengah malam nasib baik sempat sebelum aku bertukar kepada paras rupa sebenar yang lebih kacak lagi.

1 comment:

cuyek said...

puas hati ada gak yg gambar cantik... tp rasanya tahun lepas lagi kita sakan ambik gambar. Anyway, thanks kat budak2 GACOS especially Jalil Kacak yg susah2 menjadi host.